Monday, October 15, 2012

214. Berkata 'bukan di(pasif)' (dulu)

Berkata 'bukan di(pasif)' (dulu)

Berkata 'bukan di...(dulu, negatif dan pasif)' bermakna 'berkata 'bukan di...' dimana hal 'bukan' itu ujud tapi dimasa lalu'. Ini ialah bentuk 'negatif' (bukan) dan 'pasif' (di...(kena buat)).

Contohnya, kadang-kadang kita mahu berkata seperti 'saya bukan disuruh pergi ke sana tapi ke sini' (dulu). Ayat ini mengandungi frasa bukan di... (dulu). Ayat ini mengandungi dua bentuk iaitu 'negatif' (bukan) dan 'pasif' (di...).

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan bagi bermaksud bukan di ... (dulu) ialah :

'Was not'.
'Were not'.

Perkataan-perkataan ini digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'was not' + ('past participle').
2. (Objek) + 'were not' + ('past participle').

Ingat :

'Past participle' digunakan dalam bentuk pasif.



1. Struktur : (Objek) + 'was not' + (past participle)

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'was not' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).

Struktur ini sama seperti digunakan untuk berkata dulu tidak di(pasif).

EnglishMelayuEnglishMelayu
PoisonRacunThe leader was not poisonedKetua negara itu dulu bukan diracun
TeachAjarI was not taught about anesthesia but ...Saya dulu bukan diajar tentang menamatkan riwayat pesakit tapi ...
BombBomThe town was not bombed but ...Bandar itu dulu bukan dibom tapi ...
InfiltrateResapiThe state was not infiltrated by communists but ...Negeri itu dulu bukan diresapi oleh komunis tapi ...
HandcuffGariThe robber was not handcuffed but ...Perompak itu dulu bukan digari tapi ...

Catitan :

- 1. Bentuk ini adalah bentuk 'negatif' dan 'pasif'. Perkataan 'was not' menunjukkan ia hal masa lepas bagi objek 'singular'. Perkataan 'not' menunjukkan ini satu bentuk 'negatif'. Perkataan 'past participle' digunakan bagi hal 'pasif'.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dulu' mungkin disenyapkan oleh penutur walaupun dia bermaksud 'dulu'.
- 3. Dalam bahasa Inggeris, 'tense' yang berpadanan dengan 'dulu bukan di...' ialah 'past tense' (bentuk negatif dan pasif).
- 4. Dalam bahasa Inggeris, apabila penutur menggunakan perkataan 'was not', dia bermaksud hal itu adalah hal masa dahulu.
- 5. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'was not' digunakan bagi kedua-dua 'dulu tidak di...' dan 'dulu bukan di...'.
- 6. Dalam bahasa Inggeris, struktur ini salah satu dari bentuk negatif dan pasif.

2. Struktur : (Objek) + 'were not' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini :(Objek) diikuti perkataan 'were not' diikuti dengan ('past participle') tertrntu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).

Struktur ini sama seperti digunakan untuk berkata dulu tidak di(pasif).

EnglishMelayuEnglishMelayu
BuildBinaDuring 1800s roads were not built for carsDalam tahun 1800an jalan-jalan dulu bukan dibina untuk menampung kereta-kereta
BornLahirYou were not born to sufferAwak dulu bukan dilahirkan untuk menderita
WatchPerhatiThe patients were not watched closely enoughPesakit-pesakit itu dulu bukan diperhatikan secukupnya
DividePecah-pecahThey were not dividedMereka dulu bukan berpecah-pecah
SpyIntipThe governments were not spied on but ...Kerajaan-kerajaan dulu bukan diintip tapi...

Catitan :

- 1. Bentuk ini adalah bentuk 'negatif' dan 'pasif'. Perkataan 'were not' menunjukkan ia hal masa lepas bagi objek 'You, plural'. Perkataan 'not' menunjukkan ini satu bentuk 'negatif'. Perkataan 'past participle' digunakan bagi hal 'pasif'.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dulu' mungkin disenyapkan oleh penutur walaupun dia bermaksud 'dulu'.
- 3. Dalam bahasa Inggeris, 'tense' yang berpadanan dengan 'dulu bukan di...' ialah 'past tense' (bentuk negatif dan pasif).
- 4. Dalam bahasa Inggeris, apabila penutur menggunakan perkataan 'were not', dia bermaksud hal itu adalah hal masa dahulu.
- 5. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'were not' digunakan bagi kedua-dua 'dulu tidak' dan 'dulu bukan'.
- 6. Dalam bahasa Inggeris, struktur ini salah satu dari bentuk negatif dan passive (pasif).

Ringkasan

StrukturObjekMasaBentuk
(Objek) + was not + ('past participle')I, singular'Past tense'Negatif dan Pasif
(Objek) + were not + ('past participle')You, plural'Past tense'Negatif dan Pasif

No comments: