Dalam bahasa Inggeris, hal 'Regular' atau 'Irregular' sesuatu verb itu berkaitan dengan perubahan ejaan dari 'infinitive' kepada 'verb' ('action' atau 'non-action') tertentu dalam bentuk 'aktif' dan 'past tense'.
Jika perubahan ejaan dari sesuatu 'infinitive' kepada sesuatu 'verb' (past tense) itu adalah dengan menambah huruf 'd' atau 'ed' kepada ejaan asal ('infinitive'), maka 'verb' itu dikenali sebagai 'Regular verb' (Biasa). Jika perubahan ejaan bagi sesuatu 'verb' itu adalah dengan menambah selain dari huruf 'd' dan 'ed' kepada ejaan asal, maka 'verb' itu dikenali sebagai 'Iregular verb' (Tidak biasa/luar biasa).
Biasanya, dalam bahasa Inggeris, sesetengah ejaan sesuatu hal atau perbuatan yang berlaku/terjadi ('verb' - 'action' atau 'non-action') akan berubah dari ejaan dasar/asas ('infinitive') kepada 'past tense' (masa atau tempoh hal atau perbuatan itu berlaku atau terjadi pada masa lepas).
(Diantara 'Regular verb', ada yang merupakan 'action verb' dan 'non-action verb').
Berikut ialah beberapa amalan yang digunakan untuk menukar sesuatu 'infinitive' kepada 'Regular verb'. (Perhatikan hampir semua 'verb' yang dinyatakan berubah dengan tambahan d atau ed) :
1. Tambah "ed" kepada ejaan 'infinitive' :
English (infinitive) | Melayu (Kata Dasar) | English (past tense) | Action/Non-Action Verb | Melayu |
Jump | Lompat | Jumped | Action verb | Telah melompat |
Paint | Cat | Painted | Action verb | Telah mengecat |
Accept | Terima | Accepted | Action verb | Telah menerima |
Add | Tambah | Added | Action verb | Telah menambah |
Alert | Sedarkan | Alerted | Action verb | Telah menyedarkan |
2. Jika ejaan 'infinitive' hanya satu bunyi, maka tambah huruf terakhir sekali lagi dan tambah "ed":
English (infinitive) | Melayu (Kata Dasar) | English (past tense) | Action/Non-Action Verb | Melayu |
Chat | Bual | Chatted | Action verb | Telah berbual |
Stop | Berhenti | Stopped | Action verb | Telah berhenti |
Ban | Cegah | Banned | Action verb | Telah mencegah |
Beg | Rayu | Begged | Action verb | Telah merayu |
Chop | Potong | Chopped | Action verb | Telah memotong |
3. Jika ejaan 'infinitive' hanya satu bunyi, dan huruf terakhir ialah w, x atau y, tambahkan "ed" :
English (infinitive) | Melayu (Kata Dasar) | English (past tense) | Action/Non-Action | Melayu |
Sew | Jahit | Sewed | Action verb | Telah menjahit |
Play | Main | Played | Action verb | Telah bermain |
Fix | Pasang | Fixed | Action verb | Telah memasang |
Slow | Perlahan | Slowed | Action verb | Telah memperlahankan |
Stay | Tinggal | Stayed | Action verb | Telah tinggal |
Mix | Campur | Mixed | Action verb | Telah mencampurkan |
4. Jika ejaan 'infinitive' lebih dari satu bunyi dan berakhir dengan 'r', maka tambah huruf terakhir sekali lagi dan tambah "ed" :
English (infinitive) | Melayu (Kata Dasar) | English (past tense) | Action/Non-action verb | Melayu |
Incur | Membelanjakan | Incurred | Non-Action | Telah membelanjakan |
Prefer | Lebih suka | Preferred | Non-Action | Lebih suka (dahulu) |
Disappear | Hilang | Disappearred | Non-Action | Telah hilang |
Suffer | Derita | Sufferred | Non-Action | Telah menderita |
Tour | Lawat | Tourred | Action verb | Telah melawat |
5. Jika ejaan 'infinitive' berakhir dengan "e", maka tambahkan "d" :
English (infinitive) | Melayu (Kata Dasar) | English (past tense) | Action/Non-action verb | |
Thrive | Maju | Thrived | Non-action verb | Telah maju |
Guzzle | Memancar | Guzzled | Action verb | Telah memancar |
Waste | Sia-sia | Wasted | Non-action verb | Telah mensia-siakan |
Whistle | Siul | Whistled | Action verb | Telah bersiul |
Wrestle | Rebut | Wrestled | Action verb | Telah merebut |
6. Jika ejaan 'infinitive' berakhir dengan "y", tukar "y" dengan "i" dan tambahkan "ed" :
English (infinitive) | Melayu (Kata Dasar) | English (past tense) | Action/Non-action verb | English - Past participle |
Cry | Menangis | Cried | Action verb | Telah menangis |
Fry | Goreng | Fried | Action verb | Telah menggoreng |
Hurry | Tergesa-gesa | Hurried | Action verb | Telah tergesa-gesa |
Identify | Kenalpasti | Identified | Action verb | Telah mengenalpasti |
Multiply | Darab | Multiplied | Non-action verb | Telah mendarab |
Catitan :
- Ringkasnya, 'regular verb' adalah 'verb' yang berubah dari 'infinitive' dengan penambahan huruf 'd' dan 'ed' (dalam bentuk aktif dan 'past tense').
No comments:
Post a Comment