Tuesday, December 27, 2011

344. Berkata 'dengan', 'bersama'

Berkata 'dengan, bersama'

Ada beberapa cara untuk menyebut dengan atau bersama dalam bahasa Inggeris.

1. Menggunakan perkataan 'with'.
2. Menggunakan akhiran 'ly'.

Perkataan ini tidak bergantung kepada sistem objek dan masa ('tense').



1. Menggunakan perkataan 'with'

Perkataan Inggeris 'with' bermakna dengan atau bersama.

EnglishMelayuCatitan
We will go with himKami akan pergi dengan dia
- as above -Kami akan pergi bersama dia
- as above -Kami akan pergi bersama dengan dia
Come with meKemari dengan saya
- as above -Kemari bersama saya
- as above -Kemari bersama dengan saya
I agree with youSaya setuju dengan awak
- as above -Saya bersama (dalam hal ini) awak
- as above -Saya bersama (dalam hal ini) dengan awak
Stay here with usTinggallah di sini bersama kami
- as above -Tinggallah di sini dengan kami
- as above -Tinggallah di sini bersama dengan kami
I am angry with herSaya marah dengan dia
- as above -Saya marah bersama dia(Tidak sesuai)
- as above -Saya marah bersama dengan dia(Tidak sesuai)
She lives with parentsDia tinggal dengan ibubapa
- as above -Dia tinggal bersama ibubapa
- as above -Dia tinggal bersama dengan ibubapa
We see with our eyesKita melihat dengan mata kita
- as above -Saya melihat bersama mata kita(Tidak sesuai)
- as above -Saya melihat bersama dengan mata kita(Tidak sesuai)
Keep in touch with meSentiasalah berhubung dengan kami
- as above -Sentiasalah bersama kami(Tidak sesuai)
- as above -Sentiasalah bersama dengan kami(Tidak sesuai)
Let's start with prayerMari mula dengan doa
- as above -Mari mula bersama doa(Tidak sesuai)
- as above -Mari mula bersama dengan doa(Tidak sesuai)
A glass of tea with lemonSegelas teh dengan limau
I am glad to be with youSaya gembira dapat bersama awak
The girl trembled with fearBudak perempuan itu menggigil dengan ketakutan
Please go on with your storySila teruskan dengan cerita awak

2. Menggunakan akhiran 'ly'

Banyak perkataan Inggeris yang berakhir dengan 'ly'. Akhiran 'ly' sering membawa erti dengan.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)EnglishMelayu
LoudKuatLoudlyDengan kuat, dengan kuatnya
AttentiveTekunAttentivelyDengan tekun
EfficientCekapEfficientlyDengan cekap
DiligentRajinDiligentlyDengan rajin
BeautifulCantikBeautifullyDengan cantiknya
AbruptMengejutAbruptlyDengan mengejut
BraveBeraniBravelyDengan berani
BriefRingkasBrieflyDengan ringkas
CarefulHati-hatiCarefullyDengan berhati-hati
CompleteLengkapCompletelyDengan lengkap
DeepDalamDeeplyDengan mendalam
EagerBersemangatEagerlyDengan bersemangat
FlawlessTiada celaFlawlesslyDengan tiada cacat cela

Catitan :

- Sila maklum, banyak perkataan Inggeris berakhir dengan 'ly' tetapi tidak bermakna dengan.

No comments: