Perkataan Inggeris 'must' adalah salah satu 'Modal verb'.
'Must' (dalam bentuk aktif) dalam bahasa Melayu bererti 'mesti' atau 'mestilah'.
'Must not' (dalam bentuk negatif) dalam bahasa Melayu bererti 'mesti tidak' atau 'mestilah tidak'.
'Must be + ('past participle')' (dalam bentuk pasif) dalam bahasa Melayu bererti 'mesti di(pasif)' atau 'mestilah di(pasif)'.
'Must' (dalam bentuk soalan aktif) dalam bahasa Melayu bererti 'adakah mesti ?' atau 'mestikah ?'
'Must not' (dalam bentuk soalan negatif) dalam bahasa Melayu bererti 'adakah tidak mesti ?'
'Must + (objek) + be + ('past participle') (dalam bentuk soalan pasif) dalam bahasa Melayu bererti 'mestikah di(pasif) ?' atau 'adakah (objek) mesti di(pasif) ?'.
'Must not + (objek) + be + ('past participle') (dalam bentuk soalan pasif negatif) dalam bahasa Melayu bererti 'tidak mestikah di(pasif) ?' atau 'adakah (objek) tidak mesti di(pasif) ?'.
Contoh struktur penggunaan 'must' :
1. Dalam bentuk 'aktif' : (Objek) + 'must' + ('verb').
2. Dalam bentuk 'negatif' : (Objek) + 'must not' + ('verb').
3. Dalam bentuk 'pasif' : (Objek) + 'must' + 'be' + ('past participle').
4. Dalam bentuk 'negatif dan pasif' : (Objek) + 'must not' + 'be' + ('past participle').
5. Dalam bentuk soalan 'aktif' : 'Must' + (objek) + ('verb') ?.
6. Dalam bentuk soalan 'negatif' : 'Must not' + (objek) + ('verb') ?.
7. Dalam bentuk soalan 'pasif' : 'Must' + (objek) + 'be' + ('past participle') ?.
8. Dalam bentuk soalan 'negatif dan pasif' : 'Must not' + (objek) + 'be' + ('past participle') ?.
9. Dalam struktur : (Objek) + 'must be' + ('gerund').
10.Dalam struktur : (Objek) + 'must be' + ('non-verb').
11.Dalam struktur : (objek) + 'must not be' + ('non-verb').
1. Dalam bentuk 'aktif' : (Objek) + 'must' + ('verb').
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'must' diikuti perkataan 'verb' tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English | Melayu |
Apply | Mohon | Tourists must apply for a passport to travel abroad | Para pelancong mesti memohon paspot untuk ke luar nrgara |
Use | Guna | Customers must use that door | Para pelanggan mestilah menggunakan pintu itu |
Go | Pergi | I must go to bed early | Saya mesti masuk tidur awal |
Do | Buat | They must do something about it | Mereka mesti berbuat sesuatu tentang hal itu |
Come | Datang | You must come | Awak mesti datang |
Catitan :
- 'Verb' ('action verb' atau 'non-action verb') hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
2. Dalam bentuk 'negatif' : (Objek) + 'must not' + ('verb').
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'must not' diikuti perkataan ('verb') tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English | Melayu |
Use | Guna | Customers must not use that door | Pelanggan mesti tidak menggunakan pintu itu |
Talk | Cakap | We must not talk about it | Kita mesti tidak bercakap tentang perkara itu |
Eat | Makan | We must not eat chocolate | Kita mesti tidak makan coklat |
Phone | Fon | You must not phone me at work | Awak mesti tidak menelefon saya semasa kerja |
See | Lihat | He must not see us talking | Dia mesti tidak melihat kita bercakap |
Catitan :
- 'Verb' ('action verb' atau 'non-action verb') hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'mesti tidak' kadang-kadang boleh digantikan dengan 'jangan'.
3. Dalam bentuk 'pasif' : (Objek) + 'must be' + ('Past Participle').
Struktur ini berbentuk begini : Objek tertentu diikuti perkataan 'must be' diikuti perkataan 'Past Participle' tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English | Melayu |
Apply | Mohon | A passport must be applied by a tourist to travel locally | Paspot mestilah dipohon oleh sesesorang pelancong untuk bergerak dalam negeri |
Use | Guna | That door must be used by customers only | Pintu itu mesti digunakan oleh pelanggan sahaja |
Programme | Program | It must be reprogrammed | Ia mesti diprogramkan semula |
Sack | Pecat | He must be sacked by this evening | Dia mesti dipecat menjelang petang ini |
Divide | Bahagi | His properties must be divided | Harta-hartanya mesti dibahagi-bahagikan |
Catitan :
- Kombinasi 'be + ('Past Participle')' membawa bentuk 'pasif'.
- Struktur ini bermakna '(Objek) mesti di(pasif)'.
4. Dalam bentuk 'negatif dan pasif' : (Objek) + 'must not' + 'be' + ('Past Participle').
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'must not' diikuti perkatasn 'be' diikuti perkataan 'Past Participle' tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English | Melayu |
Use | Guna | That door must not be used by customers | Pintu itu mestilah tidak digunakan oleh pelanggan |
Apply | Mohon | Identity cards must not be applied by foreigners to travel to Malaysia | Kad pengenalan mestilah tidak dipohon oleh para pelancong ke Malaysia |
Swallow | Telan | The medicine must not be swallowed | Ubat-ubat itu mestilah tidak ditelan |
Delay | Lambat | The result announcement must not be delayed | Pengumuman keputusan mestilah tidak dilambatkan |
Destroy | Binasa | The reefs must not be destroyed | Batu-batu karang mestilah tidak dibinasakan |
Catitan :
- Perkataan 'not' membawa bentuk 'negatif'.
- Kombinasi 'be + (past participle)' membawa bentuk 'pasif'.
- Struktur ini bermakna '(Objek) mestilah tidak di(pasif)'.
5. Dalam bentuk soalan 'aktif' : 'Must' + (objek) + ('verb').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'must' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'verb' tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English - Question | Melayu - Soalan |
Apply | Mohon | Must tourists apply for a passport to travel abroad ? | Adakah para pelancong mesti memohon paspot untuk ke luar negara ? |
Use | Guna | Must customers use that door ? | Adakah para pelanggan mesti menggunakan pintu itu ? |
Go | Pergi | Must I go to bed early ? | Adakah saya mesti tidur awal ? |
Do | Buat | Must they do something about it ? | Adakah mereka mesti berbuat sesuatu berkenaan hal itu ? |
Come | Datang | Must you come ? | Adakah awak mesti datang ? |
Catitan :
- Dalam bentuk soalan, 'verb' mestilah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- Struktur ini bermakna 'Adakah (objek) mesti ?' atau 'mestikah (objek) ?'.
6. Dalam bentuk soalan 'negatif' : 'Must not' + (objek) + ('verb').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'must not' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'verb' tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English | Melayu |
Use | Guna | Must not customers use that door ? | Adakah pelanggan mesti tidak menggunakan pintu itu ? |
Talk | Cakap | Must not we talk about it ? | Adakah kita mesti tidak bercakap perkara itu ? |
Eat | Makan | Must not we eat chocolate ? | Adahak kita mesti tidak makan coklat ? |
Phone | Fon | Must not you phone me at work ? | Adakah awak mesti tidak menelefon saya semasa kerja ? |
See | Lihat | Must not he see us talking ? | Adakah dia mesti tidak melihat kita bercakap ? |
Catitan :
- 'Must not' boleh ditulis menjadi 'mustn't'.
- Dalam bentuk soalan, 'verb' mestilah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ksta dasar).
7. Dalam bentuk soalan 'pasif' : 'Must' + (objek) + 'be' + ('past participle').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'must' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English | Melayu |
Apply | Mohon | Must a passport be applied by a tourist to travel locally ? | Adakah paspot mesti dipohon oleh seseorang pelancong untuk berjalan dalam negeri ? |
Use | Guna | Must that door be used by customers only ? | Adakah pintu itu mesti digunakan oleh pelanggan sahaja ? |
Programme | Program | Must it be reprogrammed ? | Adakah ia mesti diprogramkan semula ? |
Sack | Pecat | Must he be sacked by this evening ? | Adakah dia mesti dipecat menjelang petang ini ? |
Divide | Bahagi | Must the properties be divided ? | Adakah harta-harta mesti itu dibahagi-bahagikan ? |
Catitan :
- Kombinasi 'be + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'. Ia bererti 'di(pasif)'.
8. Dalam bentuk soalan 'negatif dan pasif' : 'Must not' + (objek) + 'be' + ('past participle').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'must not' diikuti (objek) tertentu diikuti diikuti perkataan 'be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English | Melayu |
Use | Guna | Must not that door be used by customers ? | Adakah pintu itu mesti tidak digunakan oleh pelanggan ? |
Apply | Mohon | Must not identity cards be applied by foreigners to travel to Malaysia ? | Adakah kad pengenalan mesti tidak dipohon oleh para pelancong ke Malaysia ? |
Swallow | Telan | Must not the medicine must be swallowed ? | Adakah ubat-ubat mesti tidak ditelan ? |
Delay | Lambat | Must not the result announcement be delayed ? | Adakah pengumuman keputusan itu mesti tidak dilambatkan ? |
Destroy | Binasa | Must not the reefs be destroyed ? | Adakah batu-batu karang mestilah tidak dibinasakan |
Catitan :
- Perkataan 'not' membawa bentuk 'negatif'.
- Kombinasi 'be + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'.
9. Struktur : (Objek) + 'must be' + ('gerund').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'must be' diikuti perkataan ('gerund') tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English | Melayu |
Apply | Mohon | You must be applying a passport | Awak mesti memohon paspot |
Use | Guna | He must be using the computer | Dia mesti menggunakan komputer itu |
Freeze | Beku | You must be freezing | Awak mesti kesejukan ni |
Get | Jadi | I think I must be getting old | Saya fikir mesti bertambah tua ni |
Go | Pergi | I must be going | Saya mesti pergi |
Catitan :
- Jika menggunakan 'gerund', ia boleh selepas perkataan 'be'.
10. Struktur : (Objek) + 'must' + 'be' + ('non-verb').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'must be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English | Melayu |
Nice | Sedap | The food must be nice | Makanannya mesti sedap ni |
Right | Betul | This must be the right address | Ini mesti alamat yang betul |
Johan | Johan | That must be Johan | Itu mesti Johan |
7 o'clock | 7 o'clock | It must be 7 o'clock by now | Sekarang mesti sudah jam 7 ni |
Cold | Sejuk | You must be cold | Awak mesti kesejukan ni |
Hungry | Lapar | You must be hungry | Awak mesti lapar ni |
Catitan :
- Jika menggunakan 'non-verb', 'must' mesti selepas perkataan 'be'.
11. Struktur : (Objek) + 'must not' + 'be' + ('non-verb').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'must not be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
English - Infinitive | Melayu - Kata dasar | English | Melayu |
Taint | Cemar | The food must not be tainted | Makanannya mesti tidak tercemar |
Right | Betul | This must not be the right address | Ini mesti bukan alamat yang betul |
Johan | Johan | That must not be Johan | Itu mesti bukan Johan |
7 o'clock | 7 o'clock | It must not be 7 o'clock now | Sekarang mesti bukan jam 7 |
Cold | Sejuk | You must not be cold | Awak mesti tidak kesejukan |
Hungry | Lapar | You must not be hungry | Awak mesti tidak lapar |
Catitan :
- Jika menggunakan 'non-verb', 'must' mesti selepas perkataan 'be'.
Catitan :
- 1. 'Must' digunakan oleh semua objek iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'.
- 2. 'Have to' (bererti 'terpaksa') lebih kuat 'mesti'nya dari 'must' (bererti 'mesti').
- 3. 'Will have to' boleh menggantikan 'have to'.
- 4. 'Have got to' mempunyai sama erti seperti 'have to'.
2 comments:
terima kasih
tetima kasih cikgu.
Post a Comment