Sunday, December 30, 2012

125. Menggunakan 'must'

Menggunakan perkataan Inggeris 'must'

Perkataan Inggeris 'must' adalah salah satu 'Modal verb'.

'Must' (dalam bentuk aktif) dalam bahasa Melayu bererti 'mesti' atau 'mestilah'.
'Must not' (dalam bentuk negatif) dalam bahasa Melayu bererti 'mesti tidak' atau 'mestilah tidak'.
'Must be + ('past participle')' (dalam bentuk pasif) dalam bahasa Melayu bererti 'mesti di(pasif)' atau 'mestilah di(pasif)'.
'Must' (dalam bentuk soalan aktif) dalam bahasa Melayu bererti 'adakah mesti ?' atau 'mestikah ?'
'Must not' (dalam bentuk soalan negatif) dalam bahasa Melayu bererti 'adakah tidak mesti ?'
'Must + (objek) + be + ('past participle') (dalam bentuk soalan pasif) dalam bahasa Melayu bererti 'mestikah di(pasif) ?' atau 'adakah (objek) mesti di(pasif) ?'.
'Must not + (objek) + be + ('past participle') (dalam bentuk soalan pasif negatif) dalam bahasa Melayu bererti 'tidak mestikah di(pasif) ?' atau 'adakah (objek) tidak mesti di(pasif) ?'.

Contoh struktur penggunaan 'must' :

1. Dalam bentuk 'aktif' : (Objek) + 'must' + ('verb').
2. Dalam bentuk 'negatif' : (Objek) + 'must not' + ('verb').
3. Dalam bentuk 'pasif' : (Objek) + 'must' + 'be' + ('past participle').
4. Dalam bentuk 'negatif dan pasif' : (Objek) + 'must not' + 'be' + ('past participle').
5. Dalam bentuk soalan 'aktif' : 'Must' + (objek) + ('verb') ?.
6. Dalam bentuk soalan 'negatif' : 'Must not' + (objek) + ('verb') ?.
7. Dalam bentuk soalan 'pasif' : 'Must' + (objek) + 'be' + ('past participle') ?.
8. Dalam bentuk soalan 'negatif dan pasif' : 'Must not' + (objek) + 'be' + ('past participle') ?.
9. Dalam struktur : (Objek) + 'must be' + ('gerund').
10.Dalam struktur : (Objek) + 'must be' + ('non-verb').
11.Dalam struktur : (objek) + 'must not be' + ('non-verb').



1. Dalam bentuk 'aktif' : (Objek) + 'must' + ('verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'must' diikuti perkataan 'verb' tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglishMelayu
ApplyMohonTourists must apply for a passport to travel abroadPara pelancong mesti memohon paspot untuk ke luar nrgara
UseGunaCustomers must use that doorPara pelanggan mestilah menggunakan pintu itu
GoPergiI must go to bed earlySaya mesti masuk tidur awal
DoBuatThey must do something about itMereka mesti berbuat sesuatu tentang hal itu
ComeDatangYou must comeAwak mesti datang

Catitan :

- 'Verb' ('action verb' atau 'non-action verb') hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

2. Dalam bentuk 'negatif' : (Objek) + 'must not' + ('verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'must not' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglishMelayu
UseGunaCustomers must not use that doorPelanggan mesti tidak menggunakan pintu itu
TalkCakapWe must not talk about itKita mesti tidak bercakap tentang perkara itu
EatMakanWe must not eat chocolateKita mesti tidak makan coklat
PhoneFonYou must not phone me at workAwak mesti tidak menelefon saya semasa kerja
SeeLihatHe must not see us talkingDia mesti tidak melihat kita bercakap

Catitan :

- 'Verb' ('action verb' atau 'non-action verb') hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'mesti tidak' kadang-kadang boleh digantikan dengan 'jangan'.

3. Dalam bentuk 'pasif' : (Objek) + 'must be' + ('Past Participle').

Struktur ini berbentuk begini : Objek tertentu diikuti perkataan 'must be' diikuti perkataan 'Past Participle' tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglishMelayu
ApplyMohonA passport must be applied by a tourist to travel locallyPaspot mestilah dipohon oleh sesesorang pelancong untuk bergerak dalam negeri
UseGunaThat door must be used by customers onlyPintu itu mesti digunakan oleh pelanggan sahaja
ProgrammeProgramIt must be reprogrammedIa mesti diprogramkan semula
SackPecatHe must be sacked by this eveningDia mesti dipecat menjelang petang ini
DivideBahagiHis properties must be dividedHarta-hartanya mesti dibahagi-bahagikan

Catitan :

- Kombinasi 'be + ('Past Participle')' membawa bentuk 'pasif'.
- Struktur ini bermakna '(Objek) mesti di(pasif)'.

4. Dalam bentuk 'negatif dan pasif' : (Objek) + 'must not' + 'be' + ('Past Participle').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'must not' diikuti perkatasn 'be' diikuti perkataan 'Past Participle' tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglishMelayu
UseGunaThat door must not be used by customersPintu itu mestilah tidak digunakan oleh pelanggan
ApplyMohonIdentity cards must not be applied by foreigners to travel to MalaysiaKad pengenalan mestilah tidak dipohon oleh para pelancong ke Malaysia
SwallowTelanThe medicine must not be swallowedUbat-ubat itu mestilah tidak ditelan
DelayLambatThe result announcement must not be delayedPengumuman keputusan mestilah tidak dilambatkan
DestroyBinasaThe reefs must not be destroyedBatu-batu karang mestilah tidak dibinasakan

Catitan :

- Perkataan 'not' membawa bentuk 'negatif'.
- Kombinasi 'be + (past participle)' membawa bentuk 'pasif'.
- Struktur ini bermakna '(Objek) mestilah tidak di(pasif)'.

5. Dalam bentuk soalan 'aktif' : 'Must' + (objek) + ('verb').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'must' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'verb' tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglish - QuestionMelayu - Soalan
ApplyMohonMust tourists apply for a passport to travel abroad ?Adakah para pelancong mesti memohon paspot untuk ke luar negara ?
UseGunaMust customers use that door ?Adakah para pelanggan mesti menggunakan pintu itu ?
GoPergiMust I go to bed early ?Adakah saya mesti tidur awal ?
DoBuatMust they do something about it ?Adakah mereka mesti berbuat sesuatu berkenaan hal itu ?
ComeDatangMust you come ?Adakah awak mesti datang ?

Catitan :

- Dalam bentuk soalan, 'verb' mestilah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- Struktur ini bermakna 'Adakah (objek) mesti ?' atau 'mestikah (objek) ?'.

6. Dalam bentuk soalan 'negatif' : 'Must not' + (objek) + ('verb').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'must not' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'verb' tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglishMelayu
UseGunaMust not customers use that door ?Adakah pelanggan mesti tidak menggunakan pintu itu ?
TalkCakapMust not we talk about it ?Adakah kita mesti tidak bercakap perkara itu ?
EatMakanMust not we eat chocolate ?Adahak kita mesti tidak makan coklat ?
PhoneFonMust not you phone me at work ?Adakah awak mesti tidak menelefon saya semasa kerja ?
SeeLihatMust not he see us talking ?Adakah dia mesti tidak melihat kita bercakap ?

Catitan :

- 'Must not' boleh ditulis menjadi 'mustn't'.
- Dalam bentuk soalan, 'verb' mestilah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ksta dasar).

7. Dalam bentuk soalan 'pasif' : 'Must' + (objek) + 'be' + ('past participle').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'must' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglishMelayu
ApplyMohonMust a passport be applied by a tourist to travel locally ?Adakah paspot mesti dipohon oleh seseorang pelancong untuk berjalan dalam negeri ?
UseGunaMust that door be used by customers only ?Adakah pintu itu mesti digunakan oleh pelanggan sahaja ?
ProgrammeProgramMust it be reprogrammed ?Adakah ia mesti diprogramkan semula ?
SackPecatMust he be sacked by this evening ?Adakah dia mesti dipecat menjelang petang ini ?
DivideBahagiMust the properties be divided ?Adakah harta-harta mesti itu dibahagi-bahagikan ?

Catitan :

- Kombinasi 'be + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'. Ia bererti 'di(pasif)'.

8. Dalam bentuk soalan 'negatif dan pasif' : 'Must not' + (objek) + 'be' + ('past participle').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'must not' diikuti (objek) tertentu diikuti diikuti perkataan 'be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglishMelayu
UseGunaMust not that door be used by customers ?Adakah pintu itu mesti tidak digunakan oleh pelanggan ?
ApplyMohonMust not identity cards be applied by foreigners to travel to Malaysia ?Adakah kad pengenalan mesti tidak dipohon oleh para pelancong ke Malaysia ?
SwallowTelanMust not the medicine must be swallowed ?Adakah ubat-ubat mesti tidak ditelan ?
DelayLambatMust not the result announcement be delayed ?Adakah pengumuman keputusan itu mesti tidak dilambatkan ?
DestroyBinasaMust not the reefs be destroyed ?Adakah batu-batu karang mestilah tidak dibinasakan

Catitan :

- Perkataan 'not' membawa bentuk 'negatif'.
- Kombinasi 'be + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'.

9. Struktur : (Objek) + 'must be' + ('gerund').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'must be' diikuti perkataan ('gerund') tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglishMelayu
ApplyMohonYou must be applying a passportAwak mesti memohon paspot
UseGunaHe must be using the computerDia mesti menggunakan komputer itu
FreezeBekuYou must be freezingAwak mesti kesejukan ni
GetJadiI think I must be getting oldSaya fikir mesti bertambah tua ni
GoPergiI must be goingSaya mesti pergi

Catitan :

- Jika menggunakan 'gerund', ia boleh selepas perkataan 'be'.

10. Struktur : (Objek) + 'must' + 'be' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'must be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglishMelayu
NiceSedapThe food must be niceMakanannya mesti sedap ni
RightBetulThis must be the right addressIni mesti alamat yang betul
JohanJohanThat must be JohanItu mesti Johan
7 o'clock7 o'clockIt must be 7 o'clock by nowSekarang mesti sudah jam 7 ni
ColdSejukYou must be coldAwak mesti kesejukan ni
HungryLaparYou must be hungryAwak mesti lapar ni

Catitan :

- Jika menggunakan 'non-verb', 'must' mesti selepas perkataan 'be'.

11. Struktur : (Objek) + 'must not' + 'be' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'must not be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

English - InfinitiveMelayu - Kata dasarEnglishMelayu
TaintCemarThe food must not be taintedMakanannya mesti tidak tercemar
RightBetulThis must not be the right addressIni mesti bukan alamat yang betul
JohanJohanThat must not be JohanItu mesti bukan Johan
7 o'clock7 o'clockIt must not be 7 o'clock nowSekarang mesti bukan jam 7
ColdSejukYou must not be coldAwak mesti tidak kesejukan
HungryLaparYou must not be hungryAwak mesti tidak lapar

Catitan :

- Jika menggunakan 'non-verb', 'must' mesti selepas perkataan 'be'.



Catitan :

- 1. 'Must' digunakan oleh semua objek iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'.

- 2. 'Have to' (bererti 'terpaksa') lebih kuat 'mesti'nya dari 'must' (bererti 'mesti').

- 3. 'Will have to' boleh menggantikan 'have to'.

- 4. 'Have got to' mempunyai sama erti seperti 'have to'.