Ada beberapa perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Inggeris untuk menyatakan tidak ada kena mengena dengan, tidak ada kaitan dengan (satu bentuk ayat negatif), dan seumpamanya.
'Has nothing to do with'.
'Have nothing to do with'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'has nothing to do with' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'have nothing to do with' + ('non-verb').
Semua bentuk ini adalah bentuk ayat 'negatif'.
1. Struktur : (Objek) + 'has nothing to do with' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has nothing to do with' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
'Has nothing to do with' bermakna tiada kena mengena dengan atau tiada kaitan dengan.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
My illness has nothing to do with my stomach | Kesakitan saya tidak ada kena mengena dengan perut saya |
Your personality has nothing to do with your neighborhood | Personaliti anda tidak ada kena mengena dengan kejiranan anda |
Terrorism has nothing to do with religion | Keganasan tidak ada kena mengena dengan agama |
Their visit has nothing to do with the holiday | Lawatan mereka tidak ada kena mengena dengan hari cuti |
Oil price drop has nothing to do with economic war | Kejatuhan harga minyak tidak ada kena mengena dengan perang ekonomi |
Catitan :
- 'Has nothing to do with' boleh diganti dengan 'has got nothing to do with' (tiada kaitan dengan).
2. Struktur : (Objek) + 'have nothing to do with' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have nothing to do with' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
'Have nothing to do with' bermakna tiada kena mengena dengan atau tiada apa-apa kaitan dengan.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
I have nothing to do with his action | Saya tidak ada kena mengena dengan tindakannya |
Data reveals measles outbreaks have nothing to do with non-vaccination | Data-data menunjukkan penularan demam campak tidak ada kaitan dengan ketiadaan suntikan vaksin |
Zebra stripes have nothing to do with avoiding lions | Belang-belang zebra tidak ada kaitan dengan mengelakkan dari singa |
Art should have nothing to do with money | Seni sepatutnya tidak ada kena mengena dengan duit |
Some titles have nothing to do with the movie | Sesetengah tajuk tidak ada kena mengena dengan filemnya |
Catitan :
- 'Have nothing to do with' boleh diganti dengan 'have got nothing to do with' (tiada apa-apa kaitan dengan).
Catitan :
- 1. 'Has nothing to do' juga boleh bermakna tidak ada apa nak dibuat
Struktur penggunaan : (Objek) + 'has nothing to do'.
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense'.
English | Melayu |
He has nothing to do here | Dia tak ada apa-apa nak dibuat di sini |
Who has nothing to do today ? | Siapa yang tidak ada apa-apa nak dibuat hari ini ? |
A trustee has nothing to do but to carry out all the provisions of the deed | Pemegang amanah tiada apa-apa nak buat kecuali melaksanakan peruntukan dalam surat ikatan amanah |
The unhappiest man on earth is the one who has nothing to do | Orang yang paling tidak gembira di atas bumi ialah orang yang tiada apa-apa nak dilakukan |
She has nothing to do but surrender | Dia tiada apa yang nak dibuat kecuali menyerah diri |
Catitan :
- 'Has nothing to do' boleh diganti dengan 'has got nothing to do' (tiada apa-apa nak dibuat).
- 2. 'Have nothing to do' juga boleh bermakna tidak ada apa nak dibuat
Struktur penggunaan : (Objek) + 'have nothing to do'.
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense'.
English | Melayu |
I am bored when I have nothing to do | Saya bosan bila saya tidak ada apa-apa nak dibuat |
7 things to do when you have nothing to do | 7 perkara untuk dibuat bila anda tidak ada apa-apa untuk dibuat |
Have nothing to do ? read book | Tiada apa nak dibuat ? baca buku |
I have nothing to do besides watch Naruto | Saya tiada apa nak dibuat selain menonton Naruto |
I have nothing to do until 3 pm | Saya tiada apa nak buat hingga jam 3 petang |
Catitan :
- 'Have nothing to do' boleh diganti dengan 'have got nothing to do' (tiada apa-apa nak dibuat).
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Has nothing to do with | (Objek) + has nothing to do with + (non-verb) | Singular | Present tense | Negatif |
Have nothing to do with | (Objek) + have nothing to do with + (non-verb) | I, You, Plural | Present tense | Negatif |
No comments:
Post a Comment