Monday, October 15, 2012

204. Berkata 'mengalami' (dulu)

Berkata 'mengalami' (dulu)

Kadang-kadang kita mahu berkata seperti 'saya dahulu ada mengalami demam'.

Ayat ini mengandungi 3 unsur penting iaitu : Bentuk (aktif), masa (dahulu) dan objek (saya).

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan bagi bermaksud ada mengalami/ mengalami tapi bagi tempoh masa yang lalu ialah :

'Had'

Perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :

(Objek) + 'had' + ('non-verb')

Dalam bahasa Inggeris, ada satu 'tense' yang bermaksud 'dulu ada mengalami/ mengalami' iaitu :

'Past Perfect tense'



1. Struktur : (Objek) + 'had' + ('non-verb')

Perkataan 'had' boleh bermaksud 'ada' atau 'mempunyai' tapi disatu tempoh dimasa lalu. 'Had' juga boleh bererti 'mengalami' atau 'ada mengalami' (di satu tempoh dimasa lalu).

'Had' adalah 'past tense' bagi 'has' dan 'have'.

Struktur ini diguna bagi :

1. Objek : Semua ('I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, these' dan lain-lain 'singular, plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (berlaku dalam satu tempoh masa dahulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
I had a feverSaya dulu mengalami demam
Had a good timeMengalami saat yang bagus
Had a headacheMengalami sakit kepala
Had funMengalami keseronokan
They had a little landslideMereka mengalami sedikit tanah runtuh

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'had' tidak boleh disenyapkan. Penggunaannya menunjukkan tempoh dahulu.
- 2. Dalam bahasa Inggeris, apabila penutur menggunakan perkataan 'had', dia bermaksud hal itu berlaku pada satu tempoh pada masa dahulu.
- 3. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dulu' kadang-kadang disenyapkan.

Ringkasan

PerkataanObjekJenisMasa
'Had'Semua'Non-verb'Tempoh dahulu

No comments: