Monday, October 15, 2012

205. Berkata 'terpaksa' (dulu, aktif)

Berkata 'terpaksa' (aktif, dulu)

Kadang-kadang kita mahu berkata seperti berikut : 'Dulu saya terpaksa makan rumput'. Ini adalah bentuk 'aktif'.

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting mengenalpasti masa atau tempoh masa bagi sesuatu hal itu berlaku kerana ada sistem masa ('tense') dalam bahasa itu.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan bagi bermaksud terpaksa (dulu) ialah :

'Had to'

Perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :

(Objek) + 'had to' + ('verb')

Dalam bahasa Inggeris, ada satu 'tense' yang bermaksud 'tempoh dulu' iaitu :

'Past Perfect tense'.

Struktur : (Objek) + 'had to' + ('verb')

Perkataan 'had to' bermaksud 'terpaksa' tapi disatu tempoh dimasa lalu.

'Had to' adalah 'Past Perfect tense' bagi 'has to' dan 'have to'.

Struktur ini digunakan jika :

1. Objek : Semua ('I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, these' dan lain-lain 'singular, plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (berlaku dalam satu tempoh masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
I had to find a catSaya (dulu) terpaksa mencari seekor kucing
He had to play a part in the dramaDia (dulu) terpaksa mengambil peranan dalam drama itu
She had to goDia (dulu) terpaksa pergi
I didn't want to study, but I had toSaya tidak mahu belajar, tapi saya terpaksa
I had to answerSaya (dulu) terpaksa menjawab
I had to paySaya (dulu) terpaksa membayar
I had to say...Saya (dulu) terpaksa berkata...
I had to signSaya (dulu) terpaksa menandatangani
I had to giveSaya (dulu) terpaksa memberi
I had to askSaya (dulu) terpaksa bertanya

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'had to' tidak boleh disenyapkan.
- 2. Dalam bahasa Inggeris, apabila penutur menggunakan kombinasi perkataan 'had to', dia bermaksud hal itu sudah berlaku pada satu tempoh pada masa dahulu.
- 3. Perkataan 'verb' mesti dieja dalam bentuk 'infinitive' jika 'had to' digunakan.
- 4. Dalam, bahasa Melayu, perkataan 'dulu' kadang-kadang disenyapkan.

No comments: