Monday, October 15, 2012

206. Berkata 'terpaksa di...' (pasif, dulu)

Berkata 'terpaksa di...' (pasif, dulu)

Kadang-kadang kita mahu berkata seperti berikut : 'Dahulu mereka terpaksa diminta nasihat'. Ini adalah ayat bentuk 'pasif' (berdasarkan ada perkataan 'diminta').

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting mengenalpasti masa atau tempoh masa bagi sesuatu hal itu berlaku kerana ada sistem masa ('tense') dalam bahasa itu.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan bagi bermaksud terpaksa di(pasif) (dulu) ialah :

'Had to be'

Perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :

(Objek) + 'had to' + 'be' + ('past participle')

Dalam bahasa Inggeris, ada satu 'tense' yang sepadan dengan 'tempoh dulu' iaitu :

'Past Perfect tense'.



Struktur : (Objek) + 'had to' + 'be' + ('past participle')

Perkataan 'had to' bermaksud 'terpaksa' tapi disatu tempoh dimasa lalu.

Struktur 'had to be' + ('past participle') adalah 'Past Perfect tense' bagi struktur 'has to be + ('past participle')' dan 'have to be + ('past participle')'.

Struktur ini diguna bagi :

1. Objek : Semua ('I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, these' dan lain-lain 'singular, plural').r /> 2. Masa : 'Past Perfect tense' (berlaku dalam satu tempoh masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
The cat had to be foundKucing itu (dahulu) terpaksa dicari
The part had to be playedBahagian itu (dahulu) terpaksa dimainkan
The subject had to be studiedSubjek itu (dahulu) terpaksa dipelajari
The question had to be answeredSoalan itu (dahulu) terpaksa dijawab
The money had to be paidWang itu (dahulu) terpaksa dibayar
The issue had to be saidIsu itu (dahulu) terpaksa diperkatakan
The document had to be signedDokumen itu (dahulu) terpaksa ditandatangani
It had to be givenIa (dahulu) terpaksa diberi
It had to be askedIa (dahulu) terpaksa ditanya

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'had to' tidak boleh disenyapkan.
- 2. Dalam bahasa Inggeris, apabila penutur menggunakan kombinasi perkataan 'had', dia bermaksud hal itu sudah berlaku pada satu tempoh pada masa dahulu.
- 3. Perkataan 'verb' mesti dieja dalam bentuk 'past participle' jika 'had to be' digunakan dalam bentuk pasif.
- 4. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dahulu' kadang-kadang disenyapkan.

No comments: