Monday, October 15, 2012

209. Berkata 'tidak sedang' (dulu)

Berkata 'tidak sedang' (dulu)

'Tidak sedang (dulu)' bermaksud 'suatu hal tidak sedang berlaku pada satu ketika pada masa lalu'.

Dalam bahasa Inggeris, frasa yang sepadan dengan frasa ini ialah 'was/were not being'. Ini adalah bentuk negatif bagi 'Past Continuous tense'. Frasa ini digunakan keatas 'non-verb' (bukan perbuatan).

Dalam bahasa Inggeris, frasa ini digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'was not being' + ('non-verb')
2. (Objek) + 'were not being' + ('non-verb')

Frasa 'tidak sedang' jarang digunakan dalam bahasa Melayu tetapi frasa ini dinyatakan dalam buku ini untuk memadankan dengan 'Past Continuous tense' (bentuk negatif) yang ada dalam bahasa Inggeris.



1. Struktur : (Objek) + 'was not being' + ('non-verb')

'Was not being' sesuai bermakna 'tidak sedang' (bagi masa lalu) atau 'bukan sedang' (bagi masa lalu).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous Tense' - hal tidak atau bukan itu dimaksudkan tidak sedang berlaku pada satu ketika pada masa yang lepas. 'Was not being' sesuai digunakan bagi menyatakan ciri-ciri, sifat atau keadaan (bukan perbuatan atau aksi) pada satu ketika pada masa yang lepas.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
He was not being unhelpfulDia bukannya (sedang) bersikap tidak suka menolong
She was not being greedyDia bukannya (sedang) bersikap tamak
Ahmad was not being ungratefulAhmad bukannya (sedang) tidak bersyukur
Ali was not being afraid but terrifiedAli bukannya (sedang) takut tapi terkucil
He was not being praised but get scolding insteadDia bukannya (sedang) diberi pujian tapi sebaliknya kena marah
I was not being careful at that timeSaya tidak berhati-hati pada ketika itu(apabila at that time digunakan, dengan sendirinya bermakna hal tidak itu ujud pada masa yang lepas
He was not being elaborative in the forumDia telah tidak memberi keterangan menyeluruh dalam forum itu
She was not being late, so she had nothing to be afraid ofDia tidak lambat, jadi dia tidak perlu takut apa-apa
Ahmad was not being helpful in the classAhmad tidak suka menolong semasa dalam kelas
He was not being truthful when he said thatDia tidak sedang jujur apabila dia bercakap demikian
I was not being too choosy about food at the food fairSaya tidak terlalu memilih tentang makanan di pesta makanan itu

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, 'was' mesti dibunyikan.
- 2. 'Was not' boleh diringkaskan menjadi 'wasn't'.
- 3. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' biasanya disenyapkan.
- 4. Dalam bahasa Melayu, dengan berkata tidak sahaja, ia tidak membayangkan sesuatu sifat, ciri atau keadaan itu tidak ujud pada satu ketika pada masa yang lalu, tapi dalam bahasa Inggeris dengan berkata 'was not being' ia memberitahu bahawa sifat, ciri atau keadaan itu tidak ujud pada satu ketika pada masa yang lalu. 'Was not being' kadang-kadang sesuai diterjemahkan sebagai telah tidak sedang.

2. Struktur : (Objek) + 'were not being' + ('non-verb')

'Were not being' sesuai bermakna 'tidak sedang' (bagi masa lalu) atau 'bukan sedang' (bagi masa lalu).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous Tense' - hal tidak sedang atau bukan sedang itu dimaksudkan berlaku pada satu ketika pada masa yang lepas.

EnglishMelayu
You were not being naughtyAwak bukannya (sedang) berlaku nakal
We were not being cockyKami bukannya (sedang) meninggi diri
They were not being rowdyMereka bukannya (sedang) berlaku kasar
The teachers were not being sternGuru-guru itu bukannya (sedang) bersikap keras
The subjects were not being taught by Mr AliSubjek-subjek itu bukannya (sedang) diajar oleh Cikgu Ali
The letters were not being sent by AliSurat-surat itu bukannya (sedang) dihantar oleh Ali
You were not being the most stupid studentAwak bukannya murid yang paling bodoh
You were not being activeAwak dulu tidak aktif
They were not being selfish in the projectMereka dulu tidak pentingkan diri sendiri dalam projek itu
We were not being supportiveKami dulu tidak menyokong
The enemies were not being afraid of our strengthMusuh-musuh dulu tidak takut pada kekuatan kita
The 5 people were not being respectful to the leader5 orang itu dulu telah tidak menghormati ketua

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, 'were' mesti dibunyikan.
- 2. 'Were not' boleh diringkaskan menjadi 'weren't'.
- 3. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' biasanya disenyapkan.
- 4. Dalam bahasa Melayu, dengan berkata tidak sedang sahaja, ia tidak membayangkan sesuatu sifat, ciri atau keadaan itu tidak berlaku pada masa yang lalu, tapi dalam bahasa Inggeris dengan berkata 'were not being' ia memberitahu bahawa sifat, ciri atau keadaan itu tidak berlaku pada satu ketika pada masa yang lalu. 'Were not being' mungkin lebih sesuai diterjemahkan sebagai telah tidak sedang atau bukan sedang.

Ringkasan :

PerkataanStrukturObjekUntuk...MasaBentuk
Was not being(Objek) + was not being + ('non-verb')I, SingularNon-verbPast Continuous tenseNegatif
Were not being(Objek) + were not being + ('non-verb')You, PluralNon-verbPast Continuous tenseNegatif

No comments: