Dalam bahasa Inggeris, beberapa perkataan yang bermakna masih di... (bentuk pasif), bagi 'present tense' (kelaziman sekarang), ialah :
'Am still' + ('past participle').
'Is still' + ('past participle').
'Are still' + ('past participle').
Sala datu struktur berikut digunakan bagi perkataan-perkataan diatas :
1. (Objek) + 'am still' + ('past participle').
2. (Objek) + 'is still' + ('past participle').
3. (Objek) + 'are still' + ('past participle').
1. Struktur : (Objek) + 'am still' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'am still' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - hal masih di... itu ujud sebagai kelaziman pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu |
I am still assumed as the leader | Saya masih dianggap sebagai ketua |
I am still chosen as candidate | Saya masih dipilih sebagai calon |
I am still seen as a criminal | Saya masih dilihat sebagai seorang penjenayah |
I am still recognised by them | Saya masih dikenali oleh mereka |
I am still known to them | Saya masih diketahui oleh mereka |
Catitan :
- Apabila 'objek' adalah 'I' dan masa adalah 'Present tense', gunakan 'am'.
- Gunakan 'am still' bukan 'still am'.
2. Struktur : (Objek) + 'is still' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'is still' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - hal masih di... itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu |
It is still written by hand | Ia masih ditulis dengan tangan |
It is still won by big margin | Ia masih dimenangi dengan jurang yang besar |
The issue is still spoken | Isu itu masih diperkatakan |
The flag is still woven | Bendera itu masih dijahit |
The car is fitted with a radio | Kereta itu dilengkapi dengan radio |
Catitan :
- Apabila 'objek' adalah 'singular' dan masa adalah 'Present tense', gunakan 'is'.
- Gunakan 'is still' bukan 'still is'.
3. Struktur : (Objek) + 'are still' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'are still' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - hal yang masih di... itu biasa pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu |
They are still held at Guantanamo | Mereka masih ditahan di Guantanamo |
The birds are still caged by him | Burung-burung itu masih dikurung olehnya |
The students' works are still reviewed every month | Kerja-kerja para pelajar adalah masih direviu setiap bulan |
The utensils are still needed in the operation | Peralatan itu adalah masih dikehendaki dalam operasi ini |
Your addresses are still required in the form | Alamat-alamat anda adalah masih dikehendaki dalam borang itu |
Catitan :
- Apabila 'objek' adalah 'you, plural' dan masa adalah 'Present tense', gunakan 'are'.
- Gunakan 'are still' bukan 'still are'.
Ringkasan :
Struktur | Objek | Masa |
(Objek) + am still + (past participle) | I | Present tense |
(Objek) + is still + (past participle) | Singular | Present tense |
(Objek) + are still + (past participle) | You, Plural | Present tense |
No comments:
Post a Comment