Thursday, December 29, 2011

244. Berkata 'masih di(pasif)' (dulu)

Berkata 'masih di(pasif)' (dulu)

Dalam bahasa Inggeris, beberapa perkataan yang bermakna masih di... (bentuk pasif), bagi 'past tense' (masa dahulu), ialah :

'Was still' + ('past participle').
'Were still' + ('past participle').

Salah satu struktur berikut digunakan bagi perkataan-perkataan diatas :

1. (Objek) + 'was still' + ('past participle').
2. (Objek) + 'were still' + ('past participle').



1. Struktur : (Objek) + 'was still' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'was still' diikuti oleh perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (telah lepas - hal yang masih itu ujud pada satu ketika pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
I was logged out while I was still logged inSaya telah di log keluar semasa saya masih didaftar masuk
I applied for a discount, but was still billed the full amountSaya telah memohon diskaun tapi masih dibil penuh
His ex-girlfriend was still married at time of her deathTeman wanitanya masih berkahwin semasa kematiannya
She was still surprised with RM1,000 billDia masih terkejut dengan bil RM1,000
My online order was cancelled but I was still chargedSaya telah membatalkan permintaan atas talian tapi saya masih dikenakan bayaran

Catitan :

- 1. Kombinasi 'was + (past participle)' menerbitkan bentuk 'pasif'.
- 2. Frasa yang digunakan ialah 'was still' bukan 'still was'.
- 3. 'Was married' kerana 'dikahwinkan'. 'Was surprised' kerana 'diterperanjatkan'.

2. Struktur : (Objek) + 'were still' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'were still' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (telah lepas - hal masih di... itu ujud pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
The issues were still talkedIsu-isu itu masih dicakapkan
The pains were still feltKesakitan-kesakitan ini masih dirasakan
They were still hauntedMereka masih dihantui
The deads were still mournedOrang-orang yang mati itu masih disedihi
His answers were still doubtedJawapan-jawapannya masih diragui

Catitan :

- 1. Kombinasi 'were + (past participle)' menerbitkan bentuk 'pasif'.
- 2. Frasa yang digunakan ialah 'were still' bukan 'still were'.

Ringkasan :

StrukturObjekMasa
(Objek) + was still + ('past participle')I, SingularPast tense
(Objek) + were still + ('past participle')You, PluralPast tense

No comments: