Thursday, December 29, 2011

247. Berkata 'masih sedang di(pasif)' (sekarang)

Berkata 'masih sedang di(pasif)' (sekarang)

Dalam bahasa Melayu, frasa 'masih sedang di...'(pasif) mungkin jarang disebut dimana perkataan 'sedang' boleh disenyapkan, tapi dinyatakan dalam bab ini untuk memadankan dengan 'continuous tense' ('Present Continuous tense') dalam bahasa Inggeris (dalam bentuk 'pasif').

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa perkataan yang bermakna masih sedang di... (bentuk pasif) iaitu :

'Am still being' + ('past participle').
'Is still being' + ('past participle').
'Are still being' + ('past participle').

Salah satu struktur berikut digunakan bagi perkataan-perkataan diatas :

1. (Objek) + 'am still being' + ('past participle').
2. (Objek) + 'is still being' + ('past participle').
3. (Objek) + 'are still being' + ('past participle').

Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi menandakan bentuk pasif. Perkataan being menandakan 'continuous' (sedang berlaku).



1. Struktur : (Objek) + 'am still being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'am still being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - hal yang masih sedang itu sedang berlaku pada masa sekarang, dinyatakan dalam bentuk 'pasif').
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
I am still being waitedSaya masih sedang ditunggu
I am still being monitoredSaya masih sedang dipantau
I am still being trainedSaya masih sedang dilatih
I am still being consideredSaya masih sedang dipertimbangkan
I am still being listenedSaya masih sedang didengari

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, selepas perkataan 'masih' sepatutnya diikuti dengan perkataan 'sedang' untuk menjadikannya serasi dengan 'Present Continuous tense' tapi perkataan 'sedang' boleh disenyapkan.

2. Struktur : (Objek) + 'is still being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'is still being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - hal yang masih sedang itu sedang berlaku pada masa sekarang, dalam bentuk pasif).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
It is still being workedIa masih sedang dikerjakan
His passport is still being issuedPaspotnya masih sedang dikeluarkan
He is still being threatenedDia masih sedang diancam pentakit tibi
The issue is still being spokenIsu itu masih sedang diperkatakan
The customer is still being handled by himPelanggan itu masih sedang dikendalikan olehnya

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, selepas perkataan 'masih' sepatutnya diikuti dengan perkataan 'sedang' untuk menjadikan serasi dengan 'Present Continuous tense' tapi perkataan 'sedang' boleh disenyapkan.

3. Struktur : (Objek) + 'are still being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'are still being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - hal yang masih itu sedang berlaku pada masa sekarang, dalam bentuk pasif).

EnglishMelayu
The changes are still being waitedPerubahan-perubahan itu masih sedang ditunggu
The foods are still being eatenMakanan-makanan itu masih sedang dimakan
The games are still being playedSukan-sukan itu masih sedang dipertandingkan
The tvs are still being watchedTv-tv itu masih sedang ditonton
The news are still being listenedBerita-berita itu masih sedang didengar

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, selepas perkataan 'masih' sepatutnya diikuti dengan perkataan 'sedang' untuk menjadikan serasi dengan 'Present Continuous tense' tapi perkataan 'sedang' boleh disenyapkan.

Ringkasan :

StrukturObjekMasaBentuk
(Objek) + am still being + ('past participle')IPresent Continuous tensePasif
(Objek) + is still being + ('past participle')SingularPresent Continuous tensePasif
(Objek) + are still being + ('past participle')You, PluralPresent Continuous tensePasif

No comments: