Thursday, December 29, 2011

246. Berkata 'masih sedang' (dulu)

Berkata 'masih sedang' (dulu)

Dalam bahasa Melayu, frasa 'masih sedang' jarang disebut dimana perkataan 'sedang' boleh disenyapkan, tapi dinyatakan dalam bab ini untuk memadankan dengan 'continuous tense' ('Past Continuous tense') dalam bahasa Inggeris.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa perkataan yang bermakna masih sedang (bentuk aktif) bagi masa dahulu iaitu :

'Was still' + ('present participle').
'Were still' + ('present participle').

Salah satu struktur berikut digunakan bagi perkataan-perkataan diatas :

1. (Objek) + 'was still' + ('present participle').
2. (Objek) + 'were still' + ('present participle').



1. Struktur : (Objek) + 'was still' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'was still' diikuti oleh perkataan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (sedang berlaku pada masa lepas - hal masih sedang itu sedang berlaku pada satu ketika pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
He admits he was still suffering from trauma of Paris attacksDia mengaku dia masih sedang menderita trauma daripada serangan di Paris
The Academy was still struggling during Martin's leadershipAkademi tersebut masih sedang bermasalah semasa pengendalian Martin
What I learned while our son was still using drugsApa yang saya pelajari semasa anak saya masih sedang menggunakan dadah
My son was still moving and no one assisted himAnak saya masih sedang bergerak tapi tiada sesiapa membantu dia
At the end, she was still creating works of artAkhirnys, dia masih sedang menghasilkan kerja-kerja seni

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, selepas perkataan 'masih' sepatutnya diikuti dengan perkataan 'sedang' untuk menjadikan serasi dengan 'Past Continuous tense' tapi perkataan 'sedang' boleh disenyapkan.

2. Struktur : (Objek) + 'were still' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'were still' diikuti perkataan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (sedang berlaku pada masa lepas - hal yang masih sedang itu sedang berlaku tapi pada masa dahulu).

EnglishMelayu
Thousands of people were still running when the explosion occuredBeribu-ribu orang masih sedang berlari apabila letupan itu berlaku
People wish P.Ramlee and his friends were still actingOrang ramai berharap P.Ramlee dan kawan-kawannya masih sedang berlakun
The camera were still rollingKamera masih sedang berfungsi
Actors that you didn't know were still living Para aktor yang anda tidak tahu masih sedang hidup
The stations were still fighting for the rightsStesen-stesen itu masih sedang berjuang untuk hak-hak mereka

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, selepas perkataan 'masih' sepatutnya diikuti dengan perkataan 'sedang' untuk menjadikan serasi dengan 'Past Continuous tense' tapi perkataan 'sedang' boleh disenyapkan.

Ringkasan :

StrukturObjekMasa
(Objek) + was still + ('present participle')I, SingularPast Continuous tense
(Objek) + were still + ('present participle')You, PluralPast Continuous tense

No comments: