Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan berikut boleh bermakna 'bukan' (bagi 'Present tense' (masa 'sekarang', bentuk 'negatif')).
'Am not'.
'Is not'.
'Are not'.
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'am not' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'is not' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'are not' + ('non-verb').
1. Struktur : (Objek) + am not + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am not', diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
'Am not' boleh bermakna 'bukan'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal bukan itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
| English | Melayu |
| I am not a teacher | Saya bukan seorang guru |
| I not a teacher | (Salah) |
| I no teacher | (Salah) |
| I am not what you think | Saya bukan seperti yang awak fikirkan |
| I not what you think | (Salah) |
| I am not like you | Saya bukan macam awak |
| I not like you | (Salah) |
| I am not a clown | Saya bukan pelawak |
| I not a clown | (Salah) |
Catitan :
- 1. Dalam bahasa Inggeris, 'am' mesti dibunyikan.
- 2. 'I am not' boleh diringkaskan kepada 'I'm not'.
- 3. 'Am not' boleh juga bermaksud 'tidak'.
- 4. Kedudukan 'not' boleh diubah, contohnya : 'I am a student, not a teacher' (Saya seorang pelajar, bukan seorang guru).
2. Struktur : (Objek) + 'is not' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is not', diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
'Is not' boleh bermakna 'bukan'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal bukan itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
| English | Melayu |
| He is not a prefect | Dia bukan seorang pengawas |
| He not a prefect | (Salah) |
| He not prefect | (Salah) |
| It is not a snake | Itu bukan seekor ular |
| It not snake | (Salah) |
| John is not a girl | John bukan seorang budak perempuan |
| John not a girl | (Salah) |
| John is not sleeping | John bukan sedang tidur |
| John not sleeping | (Salah) |
| The cat is not a male | Kucing itu bukan jantan |
| The cat not a male | (Salah) |
| Malaysia is not in Europe | Malaysia bukan berada di Eropah |
| Malaysia not in Europe | (Salah) |
Catitan :
- 1. Dalam bahasa Inggeris, 'is' mesti dibunyikan.
- 2. 'Is not' boleh diringkaskan menjadi 'isn't'.
- 3. 'Is not' boleh juga bermaksud 'tidak'.
3. Struktur : (Objek) + 'are not' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are not', diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
'Are not' boleh bermakna 'bukan'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal bukan itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
| English | Melayu |
| They are not Malaysians | Mereka bukan orang Malaysia |
| They not Malaysians | (Salah) |
| They are not the winner | Mereka bukan pemenangnya |
| They not the winner | (Salah) |
| We are not stupid | Kami bukan bodoh |
| We not stupid | (Salah) |
| Ali and Abu are not the top 2 students | Ali dan Abu bukan 2 pelajar paling pintar |
| Ali and Abu not the top 2 students | (Salah) |
| We are not like that | Kami bukan macam itu |
| We not like that | (Salah) |
Catitan :
- 1. Dalam bahasa Inggeris, 'are' mesti dibunyikan.
- 2. 'Are not' boleh diringkaskan menjadi 'aren't'.
- 3. 'Are not' boleh juga bermaksud 'tidak'.
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Am not | (Objek) + am not + ('non-verb') | I | Present tense | Negatif |
| Is not | (Objek) + is not + ('non-verb') | Singular | Present tense | Negatif |
| Are not | (Objek) + are not + ('non-verb') | You, plural | Present tense | Negatif |
1 comment:
Pengetahuan yang baik
Post a Comment