Wednesday, December 5, 2012

187. Berkata 'di(pasif)' (sekarang)

Berkata 'di(pasif)' (sekarang)

Katakan kita mahu bercakap begini : 'Saya dimarahi setiap hari'.

Ayat ini mengandungi :

1. Objek : 'Saya'.
2. Perkataan pasif : 'Dimarahi'.
3. Masa ('tense') : 'Setiap hari' (kebiasaan sekarang).

Jadi ayat ini terdiri dari bentuk (pasif), objek (saya) dan masa (kelaziman sekarang).

Dalam bahasa Inggeris, terjemahan yang sepadan ialah 'I am scolded every day'.

Struktur yang digunakan bagi ayat diatas ialah : (Objek) + 'am' + ('Past participle').

Struktur-struktur yang boleh digunakan bagi 'di...' (sekarang, pasif, 'present tense') ialah seperti berikut :

1. (Objek) + 'am' + ('past participle').
2. (Objek) + 'is' + ('past participle').
3. (Objek) + 'are' + ('past participle').

Perhatikan bahawa perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi bentuk pasif.



1. Struktur : (Objek) + 'am' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am', diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (perbuatan lazim sekarang).

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English (Present tense)MelayuCatitan
ScoldMarahI am scolded everydaySaya dimarahi setiap hari(Lazimnya saya kena marah setiap hari)
TeachAjarI am taught science by the teacherSaya diajar sains oleh guru itu(Lazimnya saya diajar sains oleh guru itu)
DrivePanduI am driven to schoolSaya dipandu ke sekolah(Lazimnya saya dibawa dengan kereta ke sekolah)
FreezeBekuThe meat is frozen in the freezerDaging itu dibekukan dalam mesin pembeku(Lazimnya daging itu dibekukan dalam mesin pembeku)
GiveBeriI am given RM3 by my father every day to schoolSaya diberi RM3 oleh ayah saya setiap hari untuk dibawa ke sekolah(Lazimnya saya diberi RM3 oleh ayah saya setiap hari untuk dibawa ke sekolah)

Catitan :

- 1. Pengguna hendaklah memilih perkataan yang sesuai (bagi kelaziman sekarang).
- 2. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'am' tidak boleh disenyapkan (bagi 'tense' ini).
- 3. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sekarang' biasa disenyapkan (bagi 'tense' ini).
- 4. Perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi bentuk 'pasif'.

2. Struktur : (Objek) + 'is' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is', diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (perbuatan lazim sekarang).

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English (Present tense)MelayuCatitan
ScoldMarahHe is scolded everydayDia dimarahi setiap hari(Lazimnya dia kena marah setiap hari)
CleanCuciOnce a week the house is cleaned by JohanSekali seminggu rumah itu dicuci oleh Johan(Biasanya rumah itu dicuci oleh Johan sekali dalam seminggu)
TeachAjarShe is taught science by the teacherDia diajar sains oleh guru itu(Lazimnya dia diajar sains oleh guru itu)
RepairBaikiThe car is repaired by AliKereta itu dibaiki oleh Ali(Biasanya kereta itu dibaiki oleh Ali)
OpenBukaThe door is opened by himPintu itu dibuka olehnya(Lazimnya pintu itu dibuka olehnya)

Catitan :

- 1. Pengguna hendaklah memilih perkataan yang sesuai (bagi kelaziman sekarang).
- 2. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'is' tidak boleh disenyapkan (bagi 'tense' ini).
- 3. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sekarang' biasa disenyapkan (bagi 'tense' ini).
- 4. Perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi bentuk 'pasif'.

3. Struktur : ('Objek') + 'are' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are', diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (perbuatan lazim sekarang).

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English (Present tense)MelayuCatitan
ScoldMarahThey are scolded everydayMereka dimarahi setiap hari(Lazimnya mereka kena marah setiap hari)
CleanCuciOnce a week the houses are cleaned by JohanSekali seminggu rumah-rumah itu dicuci oleh Johan(Biasanya rumah-rumah itu dicuci oleh Johan sekali dalam seminggu)
TeachAjarWe are taught many subjects by many teachersKami diajar banyak subjek oleh ramai guru(Lazimnya kami diajar banyak subjek oleh ramai guru)
RepairBaikiThe cars are repaired by AliKereta-kereta itu dibaiki oleh Ali(Biasanya kereta-kereta itu dibaiki oleh Ali)
OpenBukaThe doors are opened by himPintu-pintu itu dibuka olehnya(Lazimnya pintu-pintu itu dibuka olehnya)

Catitan :

- 1. Pengguna hendaklah memilih perkataan yang sesuai (bagi kelaziman sekarang).
- 2. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'are' tidak boleh disenyapkan (bagi 'tense' ini).
- 3. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sekarang' biasa disenyapkan (bagi 'tense' ini).
- 4. Perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi bentuk 'pasif'.

Isu

Jangan keliru antara 'di...' (bentuk pasif) dengan 'di (tempat)' iaitu contohnya antara 'dibaiki' dan 'di Malaysia'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasa
Am + ('past participle')(Objek) + am + (past participle)IPresent tense
Is + ('past participle')(Objek) + is + (past participle)SingularPresent tense
Are + ('past participle')(Objek) + are + (past participle)You, pluralPresent tense

No comments: