Kadang-kadang kita mahu menyatakan bahawa sesuatu objek itu sedang melakukan sesuatu, contohnya 'Ali sedang makan sekarang' atau 'sekarang Ali sedang makan' atau 'Ali sedang makan' (tanpa menyebut 'sekarang' tapi bermaksud 'sekarang').
Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa kombinasi perkataan yang digunakan apabila kita menyatakan satu perbuatan sedang berlaku sekarang (semasa kita sedang menyatakannya).
'Am' + ('present participle').
'Is' + ('present participle').
'Are' + ('present participle').
Kombinasi itu digunakan dalam salah satu struktur berikut (yang mana sesuai) :
1. (Objek) + 'am' + ('present participle')
2. (Objek) + 'is' + ('present participle')
3. (Objek) + 'are' + ('present participle')
Ingat :
'Present participle' adalah perkataan dasar ('infinitive') bagi perbuatan ('verb') yang ditambah dengan ing bagi menunjukkan perbuatan itu 'sedang' berlaku, samada pada masa ini, masa lepas atau akan datang. Ia hendaklah disertai dengan 'am/is/are' (bagi masa sekarang) atau 'was/were' (bagi masa dahulu) atau 'will be' (bagi masa akan datang). Contohnya 'verb' 'walk' (jalan) menjadi 'present participle' 'am walking' (sedang berjalan sekarang) atau 'was walking' (dahulu sedang berjalan) atau 'will be walking' (akan sedang berjalan pada masa depan).
Perhatikan bahawa perkataan ('present participle') tertentu digunakan bagi menunjukkan sesuatu perbuatan itu sedang berlaku.
1. Struktur : (Objek) + 'am' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am', diikuti dengan perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present Continous tense' (Sedang berlaku - perbuatan sedang berlaku sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Eat | Makan | I am eating | Saya sedang makan |
Drink | Minum | I am drinking | Saya sedang minum |
Listen | Dengar | I am listening | Saya sedang mendengar |
Watch | Tonton | I am watching tv | Saya sedang menonton tv |
Read | Baca | I am reading | Saya sedang membaca |
Walk | Jalan | I am walking | Saya sedang berjalan |
Stand | Diri | I am standing | Saya sedang berdiri |
Catitan :
- 1. Dalam bahasa Inggeris, walaupun masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi 'am + ('present participle')' digunakan ia bermaksud perbuatan itu sedang berlaku sekarang.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' biasanya tidak disenyapkan bagi 'tense' ini.
2. Struktur : (Objek) + 'is' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is', diikuti dengan perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continous tense' (Sedang berlaku - perbuatan sedang berlaku sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Eat | Makan | He is eating | Dia sedang makan |
She is eating | Dia sedang makan | ||
It is eating | Ia sedang makan | ||
Ali is eating | Ali sedang makan | ||
Walk | Jalan | He is walking | Dia sedang berjalan |
She is walking | Dia sedang berjalan | ||
Ali is walking | Ali sedang berjalan | ||
Stand | Diri | He is standing | Dia sedang berdiri |
She is standing | Dia sedang berdiri | ||
It is standing | Ia sedang berdiri | ||
Ali is standing | Ali sedang berdiri | ||
Learn | Belajar | She is learning | Dia sedang belajar |
It is learning | Ia sedang belajar | ||
Ali is learning | Ali sedang belajar |
Catitan :
- 1. Dalam bahasa Inggeris, walaupun masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi 'is + ('present participle')' digunakan ia bermaksud perbuatan itu sedang berlaku sekarang.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' biasanya tidak disenyapkan bagi 'tense' ini.
3. Struktur : (Objek) + 'are' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are', diikuti dengan perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continous tense' (Sedang berlaku - perbuatan sedang berlaku sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Eat | Makan | We are eating | Kami sedang makan |
They are eating | Mereka sedang makan | ||
Ali and Abu are eating | Ali dan Abu sedang makan | ||
Walk | Jalan | We are walking | Kami sedang berjalan |
They are walking | Mereka sedang berjalan | ||
Ali and Abu are walking | Ali dan Abu sedang berjalan | ||
Stand | Diri | We are standing | Kami sedang berdiri |
They are standing | Mereka sedang berdiri | ||
Ali and Abu are standing | Ali dan Abu sedang berdiri | ||
Learn | Belajar | We are learning | Kami sedang belajar |
They are learning | Mereka sedang belajar | ||
Ali and Abu are learning | Ali dan Abu sedang belajar |
Catitan :
- 1. Dalam bahasa Inggeris, walaupun masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi 'are + ('present participle)' digunakan ia bermaksud perbuatan itu sedang berlaku sekarang.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' biasanya tidak disenyapkan bagi 'tense' ini.
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa |
Am + ('present participle') | (Objek) + am + ('present participle') | I | Present Continuous tense |
Is + ('present participle') | (Objek) + is + ('present participle') | Singular | Present Continuous tense |
Are + ('present participle') | (Objek) + are + ('present participle') | You, plural | Present Continuous tense |
No comments:
Post a Comment