Wednesday, December 5, 2012

189. Berkata 'sedang di(pasif)' (sekarang)

Berkata 'sedang di(pasif)' (sekarang)

Kadang-kadang kita mahu menyatakan bahawa sesuatu hal itu sedang dikenabuat pada masa kita sedang bercakap. Contohnya 'gula sedang ditambah'. Bentuk ini dinamakan bentuk 'passive' (pasif).

Struktur ayat pasif bagi perbuatan ('verb') yang sedang berlaku dalam bahasa Melayu berbentuk begini : Sedang di(pasif). Iaitu perkataan sedang di... diikuti dengan perkataan pasif (bangun kena buat).

Dalam bahasa Inggeris, kita gunakan salah satu struktur berikut (bergantung kepada kesesuaian) :

1. (Objek) + 'am being' + ('past participle')
2. (Objek) + 'is being' + ('past participle')
3. (Objek) + 'are being' + ('past participle').

Ingat : 'Past Participle' adalah satu struktur ejaan dimana ejaan sesuatu perbuatan ('verb') itu biasanya (tidak semestinya) diakhirkan dengan ed supaya ia menjadi bentuk pasif. Jadi, berhati-hatilah dan banyakkan membaca buku bahasa Inggeris.

Dalam bahasa Inggeris, masa bagi sesuatu hal yang sedang berlaku dinamakan 'Present Continuous tense'. Jadi, perkataan Melayu 'sedang di(pasif)' boleh dipadankan dengan sistem masa 'Present Continuous tense' bentuk pasif.



1. Struktur : (Objek) + 'am being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am being' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - 'am being' + ('past participle') digunakan bagi menekankan perbuatan pasif itu sedang dibuat pada satu ketika dalam masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
GuidePanduI am being guidedSaya sedang dipandu
WaitTungguI am being waited by AliSaya sedang ditunggu oleh Ali
TakeAmbilI am being taken seriouslySaya sedang diambil serius
MonitorAwasiI am being monitoredSaya sedang diawasi
NotifyMaklumI am being notified on new sign upsSaya sedang dimaklumkan diatas adanya ahli baru

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'am' tidak boleh disenyapkan (bagi struktur ini).
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' boleh disenyapkan.

2. Struktur : (Objek) + 'is being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is being' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - 'is being' + ('past participle') digunakan bagi menekankan perbuatan pasif itu sedang dibuat pada satu ketika dalam masa sekarang).

EnglishMelayuEnglishMelayu
EntertainLayanHe is being entertainedDia sedang dilayan
ExaminePeriksaShe is being examinedDia sedang diperiksa
FollowIkutIt is being followedIa sedang diekori
WriteTulisAn article about it is being writtenSatu artikel tentang hal itu sedang ditulis
HostHosThe web site is being hosted in MalaysiaLaman web itu (sedang) dihoskan di Malaysia

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'is' tidak boleh disenyapkan (bagi struktur ini).
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' boleh disenyapkan.

3. Struktur : (Objek) + 'are being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are being' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - 'are being' + ('past participle') digunakan bagi menekankan perbuatan pasif itu sedang dibuat pada masa sekarang).

EnglishMelayuEnglishMelayu
ForcePaksaWe are being forcedKami sedang dipaksa
ForgetLupaYou are being forgottenAwak sedang dilupakan
InformMaklumThey are being informedMereka sedang dimaklumkan
DeliverHantarThe letters are being deliveredSurat-surat itu sedang dihantar
TransmitHantarThe messages are being transmittedMesej-mesej itu sedang dihantar
TellBeritahuThe people are being told about the economyOrang ramai sedang diberitahu tentang ekonomi

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'are' tidak boleh disenyapkan (bagi struktur ini).
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' boleh disenyapkan.

Ringkasan

StrukturObjekMasaBentuk
(Objek) + 'am being' + ('past participle')IPresent Continuous tensePasif
(Objek) + 'is being' + ('past participle')'Singular'Present Continuous tensePasif
(Objek) + 'are being' + ('past participle')You, 'plural'Present Continuous tensePasif

No comments: