Wednesday, December 5, 2012

190. Berkata 'tidak' (sekarang)

Berkata 'tidak' (sekarang)

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa perkataan yang bermaksud 'tidak' bagi masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting mengenalpasti masa bagi hal 'tidak' itu berlangsung kerana ada sistem 'tense' (sistem masa)(Ingat : Ada 12 'tense').

Perkataan-perkataan Inggeris yang bermaksud 'tidak' bagi 'Present tense' (masa sekarang) ialah :

'Am not'
'Is not'
'Are not'
'Do not'
'Does not'

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'am not' + ('non-verb')
2. (Objek) + 'is not' + ('non-verb')
3. (Objek) + 'are not' + ('non-verb')
4. (Objek) + 'do not' + ('verb')
5. (Objek) + 'does not' + ('verb')



1. Struktur : (Objek) + 'am not' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am not' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini diguna bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - 'am not' digunakan jika hal tidak itu ujud pada masa sekarang, dan sesuai digunakan bagi hal 'non-verb' (perasaan, sifat, ciri-ciri dsb).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

Oleh kerana 'am not' hanya diguna bagi objek 'I', ia sering diringkaskan menjadi I'm not.

EnglishMelayu
I am not happySaya tidak gembira
I not happy(Salah)
I no happy(Salah)
No, I am not crazyTidak, saya tidak gila
No, I not crazy(Salah)
I am not tall enoughSaya tidak cukup tinggi
I not tall enough(Salah)
I am not afraidSaya tidak takut
I not afraid(Salah)
I am not perfectSaya tidak sempurna
I not perfect(Salah)
I am not good in singingSaya tidak bagus dalam menyanyi
I not good in singing(Salah)

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'am' tidak boleh ditinggalkan (bagi struktur ini).
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sekarang' boleh disenyapkan.
- 3. Apabila perkataan Inggeris 'am' digunakan, bermakna masanya ialah 'Present tense'.
- 4. Adakalanya, perkataan 'am not' bermakna 'bukan'.
- 5. 'Present tense' adalah salah satu bentuk 'tense'.

2. Struktur : (Objek) + 'is not' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is not' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Is not' biasa diringkaskan sebagai 'isn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - 'is not' digunakan jika hal tidak itu ada pada masa sekarang), dan sesuai digunakan bagi hal 'non-verb' (perasaan, sifat, ciri-ciri dsb).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
He is not hardworkingDia tak rajin
He not hardworking(Salah)
Yes, he is notYa, dia tidak
She is not tallDia tidak tinggi
She not tall(Salah)
This show is not goodPertunjukan ini tak bagus
This show not good(Salah)
This animal is not dangerousBinatang ini tidak merbahaya
This animal not dangerous(Salah)
The item is not suitableBenda itu tidak sesuai
The item not suitable(Salah)
Greed is not goodTamak itu tidak bagus
Greed not good(Salah)

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'is' tidak boleh ditinggalkan.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sekarang' boleh disenyapkan.
- 3. Apabila 'is' digunakan, bermakna masanya ialah sekarang.
- 4. Adakalanya, perkataan 'is not' bermakna 'bukan'.

3. Struktur : (Objek) + 'are not' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are not' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Are not' biasanya diringkaskan sebagai 'aren't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, those, these' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - 'are not' sesuai digunakan jika hal tidak itu ada pada masa sekarang), dan sesuai digunakan bagi hal jenis 'non-verb' (perasaan, sifat, ciri-ciri dsb).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
You are not guiltyAwak tidak bersalah
You not guilty(Salah)
You are not stupidAwak bukan bodoh
You not stupid(Salah)
No, you are not wrongTidak, awak tidak salah
They are not happyMereka tidak gembira
Great employees are not replaceablePekerja-pekerja yang bagus tidak dapat dicari ganti
Good intentions are not enoughNiat-niat yang baik tidak mencukupi
We are not amusedKami tidak tertarik
The reports are not transparentLaporan-laporan itu tidak telus
We are not aloneKami tidak bersendirian

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'are' tidak boleh ditinggalkan.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sekarang' boleh disenyapkan.
- 3. Apabila 'are' digunakan, bermakna masanya ialah sekarang.
- 4. Adakalanya, perkataan 'are not' bermakna 'bukan'.

4. Struktur : (Objek) + 'do not' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'do not' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Dalam keadaan tertentu, 'do not' boleh bermakna tidak. Dalam keadaan lain, 'do not' boleh bermakna jangan. Dalam bab ini, kita belajar mengenai 'do not' yang bererti 'tidak'.

'Do not' biasa ditulis secara ringkas sebagai 'don't'.

'Do not' digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (perbuatan lazim sekarang -(hal tidak itu ujud sebagai kelaziman pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuCatitan
I don't want to go nowSaya tidak mahu pergi sekarang -
I don't careSaya tidak peduli(Sekarang)
I don't need it nowSaya tidak perlukannya sekarang -
I don't regretSaya tidak menyesal(Pada ketika ini)
We don't knowKami tidak tahu(Pada ketika ini)
They don't knowMereka tidak tahu(Pada ketika ini)
I don't knowSaya tidak tahu(Pada ketika ini)
You don't knowAwak tidak tahu(Pada ketika ini)
I don't like the smellSaya tidak suka baunya(Kebiasaan sekarang)
You don't want the effects of smokingAwak tidak mahu menerima kesan-kesan merokok(Kebiasaan sekarang)
We don't hope to loseKami tidak mengharap untuk kalah(Kebiasaan sekaranb)
They don't win by big marginMereka tidak menang dengan perbezaan yang banyak(Kebiasasn sekarang)
These type of glass don't break easilyJenis-jenis kaca ini tidak mudah pecah(Lazimnya sekarang)
Those kites don't fly highLayang-layang seperti itu tidak terbang tinggi(Biasanya sekarang)
I don't eat durianSaya tidak makan durian(Lazimnya sekarang)
You don't stealAwak tidak mencuri(Lazimnya sekarang)
We don't stealKami tidak mencuri(Biasanya sekarang)

Catitan :

Dalam bahasa Melayu, dengan berkata tidak sahaja ia tidak membayangkan sesuatu hal itu ujud pada masa dahulu atau sekarang, tapi dalam bahasa Inggeris dengan berkata 'don't' ia membayangkan bahawa hal tidak itu ujud pada masa sekarang.

5. Struktur : (Objek) + 'does not' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'does not' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

'Does not' biasanya diringkaskan menjadi 'doesn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' - kelaziman sekarang ('does not' sesuai digunakan jika hal tidak itu adalah kelaziman atau kebiasaan dari dulu hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuCatitan
She doesn't knowDia tidak tahu -
He doesn't want to knowDia tidak mahu tahu -
He doesn't awareDia tidak perasan -
She doesn't realise the errorDia tidak menyedari kesilapan itu -
He doesn't want to go nowDia tidak mahu pergi sekarang -
She doesn't read the bookDia tidak membaca buku itu -
She doesn't want the fragranceDia tidak mahu wangian itu -
The shop doesn't open todayKedai itu tidak buka hari ini -
Ali doesn't understandAli tidak faham -
It doesn't make senseIa tidak masuk akal -
Siti doesn't live hereSiti tidak tinggal di sini -
He doesn't like the durian smellDia tidak suka bau durian(Biasanya sekarang)
He doesn't like the smell of this fragranceDia tidak suka bau wangian ini(Kebiasaan sekarang)
The cat doesn't has tailKucing itu tidak mempunyai ekor(Kebiasaan sekarang)
This ant doesn't biteSemut ini tidak menggigit(Kebiasaan sekarang)
That doesn't workItu tidak akan menjadi(Kebiasaan sekarang)
Ali doesn't smokeAli tidak merokok(Biasanya sekarang)
He doesn't want to knowDia tidak mahu tahu(Sekarang ini)
It doesn't smellIa tidak berbau(Lazimnya sekarang)
Ali doesn't like to tell liesAli tidak suka cakap bohong(Kebiasaan sekarang)

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, dengan berkata tidak sahaja ia tidak membayangkan sesuatu hal itu ujud pada masa dahulu atau sekarang, tapi dalam bahasa Inggeris dengan berkata 'doesn't' ia memberitahu bahawa hal tidak itu ujud pada masa sekarang.

Isu :

Beza antara 'am not/isn't/aren't' dengan 'don't/doesn't'

'Am not/isn't/aren't' digunakan kepada 'non-verb'.
'Don't/doesn't' digunakan kepada 'verb' ('action'/'non-action').

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekDigunakan kepada
Am not(Objek) + am not + ('non-verb')I'Non-verb'
Is not(Objek) + is not + ('non-verb')Singular'Non-verb'
Are not(Objek) + are not + ('non-verb')You, Plural'Non-verb'
Do not(Objek) + do not + ('verb')I, You, Plural'Verb'
Does not(Objek) + does not + ('verb')Singular'Verb'

No comments: