Wednesday, December 5, 2012

191. Berkata 'tidak di(pasif)' (sekarang)

Berkata 'tidak di(pasif)' (sekarang)

Kadang-kadang kita mahu menyatakan bahawa sesuatu hal itu tidak dibuat pada masa kita sedang bercakap. Contohnya 'gula tidak ditambah lagi'.

Kombinasi bentuk ini dinamakan bentuk 'Passive' dan 'Negative' (pasif & negatif) bagi masa 'Present tense' .

Struktur ayat pasif & negatif dalam bahasa Melayu berbentuk begini : Tidak di... iaitu perkataan tidak diikuti dengan perkataan di diikuti dengan perkataan pasif (bangun kena buat).

Dalam bahasa Inggeris, kita gunakan salah satu struktur berikut (bergantung kepada kesesuaian) :

(Objek) + 'Am not' + ('past participle')
(Objek) + 'Is not' + ('past participle')
(Objek) + 'Are not' + ('past participle')

Ingat :

'Past Participle' adalah satu struktur ejaan dimana ejaan sesuatu perbuatan ('verb') itu biasanya (tidak semestinya) diakhirkan dengan ed supaya ia menjadi bentuk pasif. Jadi, berhati-hatilah dan banyakkan membaca buku bahasa Inggeris.



1. Struktur : (Objek) + 'am not' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am not' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - 'am not' + ('past participle') digunakan bagi perbuatan pasif yang berlaku sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayuCatitan
AnnoyGangguI am not annoyed by the noiseSaya tidak terganggu dengan bunyi bising itu -
InformMaklumI am not informedSaya tidak dimaklumkan -
InviteJemputI am not invitedSaya tidak dijemput -
AskSuruhI am not asked to do itSaya tidak disuruh melakukannya -
RequireMintaI am not required to fill the particularsSaya tidak diminta mengisi maklumat-maklumat itu -

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'am' tidak boleh ditinggalkan (bagi struktur ini).
- 2. Perkataan ('past participle') digunakan bagi bentuk 'pasif'.

2. Struktur : (Objek) + 'is not' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is not' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - 'is not' + ('past participle') digunakan bagi perbuatan pasif yang dibuat pada masa sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
ActivateAktifkanThe system is not activatedSistem itu tidak diaktifkan
AddTambahSugar is not added yetGula tidak ditambah lagi
AddressTanganiThe problem is not addressedMasalah itu tidak ditangani
AgreeSetujuThe proposal is not agreedCadangan itu tidak dipersetujui
RepairBaikiThe stadium is not repairedStadium itu tidak dibaiki

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'is' tidak boleh ditinggalkan (bagi struktur ini).
- 2. Perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi bentuk 'pasif'.

3. Struktur : (Objek) + 'are not' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are not' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - 'are not' + ('past participle') digunakan bagi perbuatan pasif yang dibuat sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
PhotographGambarWe are not photographedKami tidak diambil gambar foto
AnswerJawabThe questions are not answeredSoalan-soalan itu tidak dijawab
ChopPotongThe trees are not chopped offPokok-pokok itu tidak dipotong
LoadIsiThose lorries are not loadedLori-lori itu tidak diisi
RecordRekodThe particulars are not recordedButir-butir tersebut tidak direkodkan

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'are' tidak boleh ditinggalkan (bagi struktur ini).
- 2. Perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi bentuk 'pasif'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Am not + ('past participle')(Objek) + am not + ('past participle')IPresent tenseNegatif Pasif
Is not + ('past participle')(Objek) + is not + ('past participle')SingularPresent tenseNegatif Pasif
Are not + ('past participle')(Objek) + are not + ('past participle')You, pluralPresent tenseNegatif Pasif

No comments: