Dalam bahasa Inggeris, adalah penting menentukan masa sesuatu hal itu berlaku kerana ada sistem 'tense' yang digunapakai bagi masa tersebut.
Dalam bahasa Melayu, frasa 'sekarang tidak sedang' atau 'sekarang sedang tidak' hampir tidak ujud tapi dinyatakan untuk memadankan dengan sistem masa 'Present Continuous tense' (bentuk negatif) yang ada dalam bahasa Inggeris.
Masa 'Present Continuous tense' (bentuk negatif) dalam bahasa Inggeris, yang bermaksud lebihkurang 'sekarang tidak sedang' atau 'sekarang sedang tidak' dalam bahasa Melayu, digunakan dalam kombinasi perkataan-perkataan berikut :
'Am not being' + ('non-verb').
'Is not being' + ('non-verb').
'Are not being' + ('non-verb').
Kombinasi diatas digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'am not being' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'is not being' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'are not being' + ('non-verb').
1. Struktur : (Objek) + 'am not being' + ('non-verb').
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am not being', diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
'Am not being' sering diringkaskan menjadi ''m not being'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku - 'am not being' sesuai digunakan bagi menyatakan ciri-ciri, sifat atau keadaan (bukan perbuatan atau aksi) pada satu ketika pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
I am not being elaborative | Saya tidak (sedang) memberi keterangan menyeluruh |
I am not being late, so she has nothing to be afraid of | Saya tidak (sedang) lambat, jadi dia tidak perlu takut apa-apa |
I am not being helpful | Saya tidak (sedang) bersikap menolong |
I am not being truthful | Saya tidak (sedang) bercakap benar |
I am not being choosy about food | Saya tidak (sedang) bersikap memilih tentang makanan |
Catitan :
- 1. Apabila 'am not being' digunakan, dengan sendirinya bermakna hal tidak itu dimaksudkan sedang berlaku pada masa sekarang.
- 2. Dalam bahasa Melayu, ucapan 'sedang' sering disenyapkan.
- 3. Bagi objek 'I' dan 'Past Continuous tense', gunakan struktur '(objek) + was not being + ('non-verb')'.
2. Struktur : (Objek) + 'is not being' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is not being', diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
'Is not being' sering diringkaskan menjadi 'isn't being'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku pada masa sekarang - 'is not being' sesuai digunakan bagi menyatakan ciri-ciri, sifat atau keadaan (bukan perbuatan atau aksi) pada satu ketika pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
He is not being careful | Dia tidak (sedang) berhati-hati |
She is not being elaborative | Dia tidak (sedang) memberi keterangan menyeluruh |
The teacher is not being late, so she has nothing to be afraid of | Guru itu tidak (sedang) lambat, jadi dia tidak perlu takut apa-apa |
Ahmad is not being helpful | Ahmad tidak (sedang) suka menolong |
He is not being truthful | Dia (sedang) tidak jujur |
She is not being too choosy about food | Dia (sedang) tidak terlalu memilih tentang makanan |
Catitan :
- 1. Apabila 'is not being' digunakan, dengan sendirinya bermakna hal tidak itu dimaksudkan sedang berlaku pada masa sekarang.
- 2. Dalam bahasa Melayu, ucapan 'sedang' sering disenyapkan.
- 3. Bagi objek 'singular' dan masa 'Past Continuous tense', gunakan struktur '(objek) + was not being + ('non-verb')', sama seperti objek 'I'.
3. Struktur : (Objek) + 'are not being' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are not being', diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
'Are not being' sering diringkaskan menjadi 'aren't being'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku pada masa sekarang - 'are not being' sesuai digunakan bagi menyatakan ciri-ciri, sifat atau keadaan (bukan perbuatan atau aksi) pada satu ketika pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
They are not being careful | Mereka tidak (sedang) berhati-hati |
They are not being elaborative | Mereka tidak (sedang) memberi keterangan menyeluruh |
The teachers are not being late, so they have nothing to be afraid of | Guru-guru itu tidak (sedang) lambat, jadi mereka tidak perlu takut apa-apa |
Ahmad and Ali are not being helpful | Ahmad dan Ali (sedang) tidak suka menolong |
They are not being truthful | Mereka (sedang) tidak jujur |
They are not being too choosy about food | Mereka (sedang) tidak terlalu memilih tentang makanan |
Catitan :
- 1. Apabila 'are not being' digunakan, dengan sendirinya bermakna hal tidak itu dimaksudkan sedang berlaku pada masa sekarang.
- 2. Dalam bahasa Melayu, ucapan 'sedang' sering disenyapkan.
- 3. Bagi objek 'You, Plural' dan 'Past Continuous tense', gunakan struktur '(objek) + were not being + ('non-verb')'.
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Am not being | (Objek) + am not being + ('non-verb') | I | Present Continuous tense | Negatif |
Is not being | (Objek) + is not being + ('non-verb') | Singular | Present Continuous tense | Negatif |
Are not being | (Objek) + are not being + ('non-verb') | You, plural | Present Continuous tense | Negatif |
No comments:
Post a Comment