Kadang-kadang kita mahu berkata seperti ini : 'Dia masih belum diberitahu' tapi hal yang 'masih belum' itu ujud pada masa lalu. Ayat ini mengandungi frasa masih belum di... (bentuk pasif).
Dalam bahasa Inggeris, kombinasi perkataan yang boleh digunakan untuk berkata masih belum di ... (bentuk pasif), bagi masa dulu, ialah :
'Still had not been' + ('past participle').
Kombinasi perkataan itu biasanya digunakan dalam struktur berikut :
1. (Objek) + 'still had not' + 'been' + ('past participle').
1. Struktur : (Objek) + 'still had not' + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'still had not' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
'Had not' biasa diringkaskan menjadi 'hadn't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - hal masih belum di... itu ujud pada masa yang telah lalu berlanjutan hingga masa lalu juga).
3. 'Verb' (perbuatan) : Kedua-dua 'action verb' dan 'non-action verb'.
English | Melayu | English | Melayu |
Agree | Setuju | His proposal still had not been agreed at that time | Cadangannya masih belum dipersetujui pada masa itu |
Allow | Benarkan | He still had not been allowed to play at last summer | Dia masih belum dibenarkan bermain pada musim panas yang lalu |
Count | Kira | The beans still had not been calculated by 12 yesterday | Kacang-kacang itu masih belum dikira pada jam 12 semalam |
Deliver | Hantar | The invitation card still had not been delivered yesterday afternoon | Kad jemputan masih belum dihantar pada tengahari semalam |
Ringkasan
Struktur | Objek | Masa | Verb |
(Objek) + still had not been + ('past participle') | Semua | Past perfect tense | Verb (action/non-action verb) |
No comments:
Post a Comment