Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan sebagai mungkin atau boleh jadi apabila kemungkinan itu ujud pada masa sekarang, ialah :
'Perhaps'.
'May'.
'Maybe'.
'May be'.
'Might'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Perhaps'.
2. 'May'.
3. 'Maybe'.
4. 'May' + 'be' + ('non-verb').
5. 'May' + 'be' + ('gerund').
6. 'May' + 'be' + ('past participle').
7. 'May have' + ('non-verb').
8. 'May have' + ('past participle').
9. 'May have been' + ('non-verb').
10.'May has been' + ('past participle').
11.'May have been' + ('past participle').
1. 'Perhaps'
'Perhaps' bererti 'mungkin'.
'Perhaps' boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek.
2. Masa : Semua masa.
| English | Melayu |
| Perhaps I should explain to you now | Mungkin saya patut terangkan pada awak sekarang |
| KLCC is perhaps the most prominent landmark | KLCC mungkin bangunan paling menyerlah |
| Perhaps she will come tomorrow | Mungkin dia akan datang esok |
| We plan to travel to Europe - to Spain or Italy perhaps | Kami merancang pergi ke Eropah - Sepanyol atau Itali mungkin |
| Perhaps there are 500 people at the meeting | Mungkin terdapat 500 orang di mesyuarat itu |
Catitan :
- Ejaannya ialah 'perhaps' bukan 'perhap'.
2. 'May'
'May' boleh bererti 'mungkin'. Ia juga boleh bererti 'boleh'.
'May' boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek.
2. Masa : 'Present tense'.
| English | Melayu |
| I may go | Saya mungkin pergi |
| He may collapse during the game | Dia mungkin tumbang dalam perlawanan itu |
| She may pass the exam | Dia mungkin lulus peperiksaan itu |
| They may raid the place | Mereka mungkin menyerbu tempat itu |
| We may not come | Kami mungkin tidak datang |
| It may rain today | Mungkin hujan hari ini |
3. 'Maybe'
'Maybe' boleh bererti 'mungkin'.
'Maybe' boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek.
2. Masa : 'Present tense'.
| English | Melayu |
| Maybe our meeting will be postponed | Mungkin mesyuarat kita akan ditangguhkan |
| Maybe it will stop raining soon | Mungkin hujan akan berhenti sekejap lagi |
| Maybe you want to talk to the boss about this | Mungkin awak mahu bercakap dengan ketua mengenai hal ini |
| Will temperatures soar again today? Maybe | Adakah suhu akan naik lagi hari ini? Mungkin |
| I can't find it anywhere, maybe you threw it away | Saya tak jumpanya dimana-mana, mungkin awak sudah buangkannya |
Catitan :
- Ejaannya ialah 'maybe' bukan 'may be'.
4. Struktur : 'May be' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'may be' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek.
2. Masa : 'Present tense'.
| English | Melayu |
| He may be absent from work today | Dia mungkin tidak datang kerja hari ini |
| He may be creative or maybe just crazy | Dia mungkin kreatif atau mungkin cuma gila-gila |
| This may be the best website | Ini mungkin laman sesawang terbaik |
| It may be true | Itu mungkin benar |
| They may be able to help | Mereka mungkin boleh menolong |
Catitan :
- 'May be' terdiri dari 2 perkataan iaitu 'may' dan 'be'. Hasilnya ia bermakna 'mungkin jadi'.
- 'Maybe' digunakan keatas 'verb'. 'May be' digunakan keatas 'non-verb' dan 'gerund'.
5. Struktur : 'May be' + ('gerund')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'may be' diikuti dengan perkataan ('gerund') tertentu.
Struktur ini boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek.
2. Masa : 'Present tense'.
| English | Melayu |
| He may be trying too hard | Dia mungkin mencuba terlalu kuat |
| He may be lecturing the new students | Dia mungkin memberi syarahan kepada pelajar-pelajar baru |
| They may be attending the crash course | Mereka mungkin akan menghadhiri kursus padat tersebut |
| Jack may be coming to see us tomorrow | Jack mungkin datang melawat kami esok |
| Tom may be hiding behind the fence | Tom mungkin bersembunyi di belakang pagar |
| She may be getting a job at the hospital | Dia mungkin mendapat kerja di hospital |
6. Struktur : 'May' + 'be' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'may' diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Ini ialah ayat bentuk pasif.
Struktur ini bermakna : mungkin di + (pasif).
Struktur ini boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek.
2. Masa : 'Present tense' dan 'Future tense'.
| English | Melayu |
| The student may be disciplined for rioting | Pelajar tersebut mungkin dikenakan tindakan disiplin disebabkan mengamuk |
| Sugar may be needed to make the cake | Gula mungkin diperlukan untuk membuat kek itu |
| You may be required to attend the training | Awak mungkin diminta hadir dalam latihan itu |
| The controversial law may be corrected | Undang-undang yang menimbulkan kontroversi itu mungkin dibetulkan |
| Up to 50 schools may be contaminated with cholera | Sebanyak 50 buah sekolah mungkin dijangkiti dengan kolera |
Catitan :
- Dalam struktur ini, 'be' bermaksud 'di'. Perkataan 'past participle' digunakan dalam bentuk pasif.
7. Struktur : 'May have' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'may have diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
'May have' boleh bermakna 'mungkin ada'.
Struktur ini boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek.
2. Masa : 'Present tense'.
| English | Melayu |
| May have liberty | Mungkin ada kebebasan |
| May have its own requirements | Mungkin ada keperluannya sendiri |
| May have a natural inclination | Mungkin ada kecenderungan semulajadi |
| May have more than one | Mungkin ada lebih dari satu |
| May have tea and biscuits | Mungkin ada teh dan biskut |
Catitan :
- Tiada 'may has'.
- Dalam struktur ini, 'have' bermaksud 'ada' atau 'mempunyai'.
8. Struktur : 'May' + 'have' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'may' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek.
2. Masa : 'Present Perfect tense'.
| English | Melayu |
| May have gone | Mungkin sudah pergi |
| May have arrived | Mungkin sudah tiba |
| May have increased | Mungkin sudah meningkat |
| May have learned | Mungkin sudah belajar |
| May have wanted | Mungkin mahu |
| May have committed | Mungkin sudah melakukan |
Catitan :
- Kombinasi 'have + ('past participle') membentuk 'Present Perfect tense'.
- Perkataan 'have' dalam kombinasi 'have + ('past participle') boleh bermaksud 'sudah'.
9. Struktur : 'May have been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'may have been' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek.
2. Masa : 'Present Perfect tense'.
| English | Melayu |
| May have been the happiest moment | Mungkin sudah jadi saat yang paling menggembirakan |
| May have been the saddest moment | Mungkin sudah jadi saat yang paling menyedihkan |
| May have been too critical | Mungkin sudah terlalu kuat mengkritik |
| May have been questionable | Mungkin sudah boleh dipersoalkan |
| May have been a hate crime | Mungkin satu jenayah kebencian |
Catitan :
- Tiada 'may has been'.
10. Struktur : 'May have' + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'may' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, You, plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense'.
| English | Melayu |
| The horses may have been sacrificed as part of a Satanic ritual | Kuda-kuda itu mungkin sudah dikorbankan sebagai sebahagian dari upacara kesyaitanan |
| May have been affected | Mungkin sudah terkesan |
| New planet may have been discovered | Planet baru mungkin sudah ditemui |
| The driver may have been drunk | Pemandu tersebut mungkin sudah mabuk |
| The 9th planet may have been found | Planet yang ke-9 mungkin sudah dijumpai |
| He may have been delayed by a traffic jam | Dia mungkin sudah dilambatkan oleh kesesakan di jalanraya |
| The English language may have been born in the UK | Bahasa Inggeris mungkin telah dilahirkan di UK |
Catitan :
- Tiada 'may has'. Semua objek menggunakan 'may have'.
- Dalam struktur ini, 'have' bermaksud 'sudah'.
- Dalam struktur ini, 'been' bermaksud 'di'.
Ringkasan
| No. | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Catitan |
| 1 | Perhaps | Perhaps | Semua | Future tense | |
| 2 | May | May | Semua | Future tense | |
| 3 | Maybe | Maybe | Semua | Future tense | |
| 4 | May be | May be + ('non-verb') | Semua | Future tense | |
| 5 | May be | May be + ('gerund') | Semua | Future tense | |
| 6 | May be | May be + ('past participle') | Semua | Future tense | |
| 7 | May have | May have + ('non-verb') | Semua | Future tense | |
| 8 | May have | May have + ('past participle') | Semua | Present Perfect tense | |
| 9 | May have been | May have been + ('non-verb') | Semua | Future tense | |
| 10 | May | May has been + ('past participle') | Semua | Future tense | |
| 11 | May have | May have been + ('past participle') | I, you, plural | Present Perfect tense |
No comments:
Post a Comment