Kadang-kadang kita mahu berkata seperti ini : 'Dia masih belum diberitahu' dimana hal 'belum diberitahu' itu ujud masa sekarang. Ayat ini mengandungi frasa masih belum di... (bentuk pasif).
Dalam bahasa Inggeris, kombinasi perkataan yang boleh digunakan untuk berkata masih belum di ... (bentuk pasif), bagi masa sekarang, ialah :
'Still has not been' + ('past participle').
'Still have not been' + ('past participle').
Kombinasi perkataan itu biasanya digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'still has not' + 'been' + ('past participle').
2. (Objek) + 'still have not' + 'been' + ('past participle').
1. Struktur : (Objek) + 'still has not' + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'still has not' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
'Has not' biasa diringkaskan menjadi 'hasn't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal masih belum di(pasif) itu ujud pada masa dahulu dan berlanjutan hingga masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
English | Melayu | English | Melayu |
Eat | Makan | The food still has not been eaten | Makanan itu masih belum dimakan |
Accept | Terima | The application still has not been accepted | Permohonan itu masih belum diterima |
Give | Beri | The final date still has not been given | Tarikh muktamad masih belum diberi |
Pass | Lulus | The new law still has not been passed | Undang-undang baru masih belum diluluskan |
Cook | Masak | The meat still has not been cooked | Daging itu masih belum dimasak |
Catitan :
- 1. Dalam struktur ini, 'been' bermakna di.
- 2. 'Past participle' digunakan bila kita membentuk satu hal 'pasif'.
- 3. Awas, turutan perkataan yang digunakan ialah 'still has not' bukan 'has still not'.
2. Struktur : (Objek) + 'still have not' + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'still have not' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
'Have not' biasa diringkaskan menjadi 'haven't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal masih belum di(pasif) itu ujud pada masa dahulu dan berlanjutan hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) : Kedua-dua 'action verb' dan 'non-action verb'.
English | Melayu | English | Melayu |
Upgrade | Naik taraf | The roads still have not been upgraded | Jalan-jalan itu masih belum di naik taraf |
Find | Jumpa | The corpes still have not been found | Mayat-mayat masih belum di temui |
Contact | Hubung | The climbers still have not been contacted | Para pendaki masih belum dihubungi |
Credit | Kredit | The amounts still have not been credited | Amaun-amaun berkenaan masih belum dikreditkan |
Pay | Bayar | The bills still have not been paid | Bil-bil berkenaan masih belum dibayar |
Catitan :
- 1. Dalam struktur ini, 'been' bermakna di.
- 2. 'Past participle' digunakan bila kita membentuk satu hal 'pasif'.
- 3. Awas, turutan perkataan yang digunakan ialah 'still have not' bukan 'have still not'.
Ringkasan
Struktur | Objek | Masa | Verb |
(Objek) + still has not + been + ('past participle') | Singular | Present Perfect tense | Verb |
(Objek) + still have not + been + ('past participle') | I, You, Plural | Present Perfect tense | Verb |
No comments:
Post a Comment