Kadang-kadang kita mahu berkata seperti ini : 'Dia masih belum datang' tapi hal 'belum datang' itu ujud pada masa dahulu. Ayat ini mengandungi frasa masih belum.
Perkataan 'masih' menandakan satu tempoh masa, samada satu tempoh masa lalu (sepadan dengan 'Past Perfect tense') atau satu tempoh masa lalu hingga sekarang (sepadan dengan 'Present Perfect tense'). Bagaimanapun, apabila dicantumkan dengan bentuk negatif, 'masih belum' bermaksud satu tempoh bukan satu ketika, iaitu samada satu tempoh pada masa sekarang (sepadan dengan 'Present Perfect tense' atau satu tempoh pada masa lalu (sepadan dengan 'Past Perfect tense').
Dalam bahasa Inggeris, kombinasi perkataan yang boleh digunakan untuk berkata masih belum, bagi masa dulu, ialah :
'Still had not'
Kombinasi perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'still had not' + ('past participle').
2. (Objek) + 'still had not been' + ('gerund').
1. Struktur : (Objek) + 'still had not' + ('past participle').
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'still had not' diikuti dengan 'past participle' tertentu.
'Had not' biasa diringkaskan menjadi 'hadn't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - hal masih belum itu ujud pada masa yang telah lalu dan berlanjutan hingga masa lalu juga).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Agree | Setuju | She still had not agreed at that time | Dia masih belum bersetuju pada masa itu |
Allow | Benarkan | The coach still had not allowed him to play at last summer | Jurulatih masih belum membenarkan dia bermain pada musim panas yang lalu |
Apologise | Minta maaf | Ali still had not apologised before he died | Ali masih belum mohon maaf sebelum dia meninggal dunia |
Count | Kira | We still had not calculated the collection by 12 yesterday | Kami masih belum mengira kutipan pada jam 12 semalam |
Deliver | Hantar | The despatch boy still had not delivered the parcel yesterday afternoon | Budak penghantar masih belum menghantar bungkusan itu pada tengahari semalam |
2. Struktur : (Objek) + 'still had not been' + ('gerund').
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'still had not been' diikuti dengan 'gerund' tertentu.
'Had not' biasa diringkaskan menjadi 'hadn't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect Continuous tense' (sedang berlaku pada satu tempoh dahulu hingga dahulu - hal masih belum itu sedang berlaku pada tempoh masa yang lalu dan berlanjutan hingga masa lalu juga).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Agree | Setuju | She still had not been agreeing at that time | Dia masih belum bersetuju pada masa itu |
Allow | Benarkan | The coach still had not been allowing him to play at last summer | Jurulatih masih belum membenarkan dia bermain pada musim panas yang lalu |
Apologise | Minta maaf | Ali still had not been apologising before he died | Ali masih belum mohon maaf sebelum dia meninggal dunia |
Count | Kira | We still had not been calculating the collection by 12 yesterday | Kami masih belum mengira kutipan pada jam 12 semalam |
Deliver | Hantar | The despatch boy still had not been delivering the parcel yesterday afternoon | Budak penghantar masih belum menghantar bungkusan itu pada tengahari semalam |
Ringkasan :
Struktur | Objek | Masa | Verb |
(Objek) + still had not + ('past participle') | Semua | Past Perfect tense | Verb |
(Objek) + still had not been + ('present participle') | Semua | Past Perfect Continuous tense | Verb |
No comments:
Post a Comment