Kadang-kadang kita mahu berkata seperti ini : 'Dia masih tidak sedar kesalahannya'. Ayat ini mengandungi frasa masih tidak tapi hal itu dimaksudkan ujud pada masa lalu.
Perkataan 'masih' menandakan satu tempoh masa, samada satu tempoh masa lalu (sepadan dengan 'Past Perfect tense') atau satu tempoh masa lalu hingga sekarang (sepadan dengan 'Present Perfect tense'). Bagaimanapun, apabila dicantumkan dengan bentuk negatif, 'masih tidak' bermaksud satu ketika bukan satu tempoh, iaitu samada satu ketika pada masa sekarang (sepadan dengan 'Present tense' atau satu ketika pada masa lalu (sepadan dengan 'Past tense').
Dalam bahasa Melayu, perkataan 'masih' boleh diganti dengan perkataan 'tetap' tetapi dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sama iaitu 'still' digunakan.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan untuk berkata masih tidak atau tetap tidak, bagi masa dahulu, ialah :
'Still did not'.
Struktur yang boleh digunakan untuk berkata masih tidak atau tetap tidak ialah :
1. (Objek) + 'still did not' + ('verb').
1. (Objek) + 'still did not' + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'still did not' diikuti dengan ('verb') tertentu.
'Did not' biasa diringkaskan menjadi 'didn't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal masih tidak itu ujud pada masa yang telah lalu) .
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Agree | Setuju | She still did not agree at that time | Dia masih tidak bersetuju pada masa itu |
Plant | Tanam | In 1610, the settlers still did not plant enough corn as needed | Pada 1610 para peneroka masih tidak menanam jagung secukupnya seperti diperlukan |
Regard | Anggap | Cornish still did not regard themselves as English into the 18th century | Kaum Cornish masih tidak menganggap diri mereka orang Inggeris sehingga awal kurun 18 |
Give | Beri | At that time, the system still did not give equal representation | Pada masa itu, sistem masih tidak memberi pewakilan samarata |
Make | Buat | Math still did not make a deep impression upon me in the first two years | Matematik masih tidak membuat saya tertarik pada dua tahun terawal |
Catitan :
- 'Verb' dalam bentuk negatif mestilah dieja menggunakan bentuk 'infinitive'.
Ringkasan :
Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
(Objek) + still did not + ('verb') | Semua | Past tense | Negatif |
No comments:
Post a Comment