Thursday, December 29, 2011

249. Berkata 'masih tidak' (sekarang)

Berkata 'masih tidak' (sekarang)

Kadang-kadang kita mahu berkata seperti ini : 'Dia masih tidak sedar kesalahannya'. Ayat ini mengandungi frasa masih tidak.

Dalam bahasa Melayu, perkataan 'masih' boleh diganti dengan perkataan 'tetap' tetapi dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sama iaitu 'still' digunakan.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan untuk berkata masih tidak atau tetap tidak, bagi masa sekarang, ialah :

'Still does not'.
'Still do not'.

Salah satu struktur yang boleh digunakan untuk berkata masih tidak atau tetap tidak ialah :

1. (Objek) + 'still does not' + ('verb').
2. (Objek) + 'still do not' + ('verb').



1. Struktur : (Objek) + 'still does not' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'still does not' diikuti dengan ('verb') tertentu.

'Does not' biasa diringkaskan menjadi 'doesn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - hal masih tidak itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
RealiseSedariHe still does not realise his mistakeDia masih tidak menyedari kesalahannya
KnowTahuHe still does not knowDia masih tidak tahu
WantMahuStill does not wantMasih tidak mahu
SpeakCakapTurkish people still does not speak English despite being 17th world largest economyOrang-orang Turki masih tidak biasa bercakap Inggeris walaupun ia ekonomi ke 17 terbesar di dunia
HasMempunyaiThis district still does not has a stadiumDaerah ini masih tidak mempunyai stadium

Catitan :

- Ejaan 'infinitive' hendaklah digunakan bagi 'verb' dalam bentuk 'negatif'.

2. Struktur : (Objek) + 'still do not' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'still do not' diikuti dengan ('verb') tertentu.

'Do not' biasa diringkaskan menjadi 'don't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Kelaziman sekarang - hal masih tidak itu ujud pada masa sekarang) .

EnglishMelayuEnglishMelayu
HaveAdaI still do not have a clear pictureSaya masih tidak mempunyai gambaran yang jelas
UnderstandFahamYou still do not understandAwak masih tidak faham
GoPergiOne third of the children of Africa still do not go to schoolSepertiga kanak-kanak Africa masih tidak pergi bersekolah
TakeAmbilMany users still do not take enough precautionsRamai pengguna masih tidak mengambil langkah-langkah keselamatan
FeelRasaMany say they still do not feel safeRamai berkata mereka masih tidak rasa selamat

Catitan :

- Ejaan 'infinitive' hendaklah digunakan bagi 'verb' bagi bentuk 'negatif'.

Ringkasan :

StrukturObjekMasa
(Objek) + still does not + (verb)SingularPresent tense
(Objek) + still do not + (verb)I, You, PluralPresent tense

No comments: