Friday, December 30, 2011

234. Berkata 'sudah tidak di(pasif)' (dulu)

Berkata 'sudah tidak di(pasif)' (dulu)

Kadang-kadang kita mahu berkata bahawa sesuatu perkara itu sudah tidak (negatif) dibuat pada satu tempoh masa pada masa yang lalu dan dalam bentuk 'passive' (pasif). Contohnya 'kotak itu sudah tidak dibuka pada masa itu'.

Dalam bahasa Melayu, perkataan sudah biasanya digunakan untuk membayangkan sesuatu hal itu berlaku pada tempoh masa yang lalu. Bagaimanapun, seringkali perkataan sudah disenyapkan dalam ayat tanpa menjejaskan maklumat bahawa hal itu berlaku pada tempoh masa yang lalu.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'had' digunakan (bagi objek tertentu samada 'I, you, singular, plural') untuk membayangkan bahawa sesuatu hal itu berlaku pada tempoh masa yang lepas. Jika dalam bahasa Melayu perkataan sudah boleh ditinggalkan tapi dalam bahasa Inggeris perkataan 'had tidak boleh ditinggalkan.

Dalam bahasa Melayu, biasanya kita tidak menyebut sudah tidak di(pasif) tapi menyebut tidak sahaja kemudian kita menyebut tempoh masa hal itu tidak berlaku untuk menunjukkan ia telah tidak berlaku pada tempoh masa berkenaan.

Dalam bahasa Inggeris, ada struktur khas yang digunakan untuk menyatakan bahawa hal tidak itu telah dilakukan pada tempoh masa lalu. Struktur itu ialah :

(Objek) + 'had not' + 'been' + ('past participle')



Struktur : (Objek) + 'had not' + 'been + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had not been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

'Had not' boleh diringkaskan sebagai 'hadn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek iaitu 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa lalu).
3. Bentuk : Negatif dan pasif.
4. 'Verb' (perbuatan) : 'Action/Non-action verb'.

EnglishMelayuEnglishMelayu
VaccinateUbatiMost of the flu victim had not been vaccinated before they diedKebanyakan mangsa selsema itu sudah tidak diubati sebelum mereka mati
VerifyPeriksaThe scientist knew the data had not been verifiedPara saintis telah tahu bahawa data itu sudah tidak disahkan
SelectPilihWe wish she had not been selected as our representativeKami berharap dia sudah tidak dipilih sebagai wakil kami
CreateCiptaWhat if car had not been created? Bagaimana kalau kereta sudah tidak dicipta?
BornLahirWhat life for family would have been like if you had not been born?Bagaimana kehidupan keluarga awak kalau awak sudah tidak dilahirkan ?
AttachLekatHe realised the cable had not been attached to his body yetDia telah sedar kabel sudah tidak dilekatkan pada badannya
DownloadMuat turunIf the file had not been downloaded, your computer would not have been infected with virusKalaulah fail itu sudah tidak dimuat turun, komputer awak tidak akan tercemar dengan virus

Catitan :

- Kadang-kadang 'sudah tidak' boleh juga dinyatakan sebagai 'belum'.

Ringkasan :

StrukturObjekMasaBentukVerb
(Objek) + had not been + ('past participle')SemuaPast Perfect tenseNegatif PasifVerb

No comments: