Thursday, December 29, 2011

235. Berkata 'akan'

Berkata 'akan'

Terdapat beberapa perkataan yang bermakna akan dalam bahasa Inggeris iaitu :

'Will'.
'Shall'.
'Am going to'.
'Is going to'.
'Are going to'.
'Will be'.
'Am'.
'Is'.
'Are'.
'Is to'.
'Are to'.
'Is to be'.
'Are to be'.

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'will' + ('verb').
2. (Objek) + 'shall' + ('verb').
3. (Objek) + 'am' + 'going to' + ('verb').
4. (Objek) + 'is' + 'going to' + ('verb').
5. (Objek) + 'are' + 'going to' + ('verb').
6. (Objek) + 'was' + 'going to' + ('verb').
7. (Objek) + 'were' + 'going to' + ('verb').
8. (Objek) + 'will be' + ('non-verb').
9. (Objek) + 'will be' + ('present participle').
10.(Objek) + 'am' + ('present participle').
11.(Objek) + 'is' + ('present participle').
12.(Objek) + 'are' + ('present participle').
13.(Objek) + 'am' + 'to' + ('verb').
14.(Objek) + 'is' + 'to' + ('verb').
15.(Objek) + 'are' + 'to' + ('verb').
16.(Objek) + 'am' + 'to' + 'be' + ('non-verb').
17.(Objek) + 'is' + 'to' + 'be' + ('non-verb').
18.(Objek) + 'are' + 'to' + 'be' + ('non-verb').



1. Struktur : (Objek) + 'will' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'will' diikuti oleh ('verb').

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang).
3. Bentuk : Aktif.
4. Sesuai digunakan bagi perbuatan yang tidak dirancang atau perbuatan spontan.

EnglishMelayuEnglishMelayu
DoBuatI will do itSaya akan melakukannya
MakeBuatYou will make him sadAwak akan buat dia sedih
GoPergiWe will go togetherKami akan pergi bersama
WinMenangThey will win this timeMereka akan menang kali ini
TakeAmbilHe will take exam tomorrowDia akan mengambil peperiksaan esok
WalkJalanShe will walk to schoolDia akan berjalan ke sekolah
HealSembuhIt will heal in 2 daysIa akan sembuh dalam 2 hari
DrivePanduAhmad will driveAhmad akan memandu
LiveTinggalThis cat will live hereKucing ini akan tinggal di sini
RetireBersaraThe teachers will retire next yearGuru-guru itu akan bersara tahun depan

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'Verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb'.
- 3. 'Verb' hendaklah dieja dalam perkataan dasar ('infinitive') bagi perbuatan.

2. Struktur : (Objek) + 'shall' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'shall' diikuti oleh ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' dan 'we' sahaja.
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang).
3. Bentuk : Aktif.
4. Sesuai digunakan bagi perbuatan yang dirancang dan ada kesungguhan.

EnglishMelayuEnglishMelayu
DoBuatI shall do itSaya akan melakukannya
MakeBuatI shall make him happyAwak akan buat dia gembira
GoPergiWe shall go togetherKami akan pergi bersama
WinMenangWe shall win this timeKita akan menang kali ini
TakeAmbilWe shall take exam tomorrowKami akan mengambil peperiksaan esok
WalkJalanI shall walk to schoolSaya akan berjalan ke sekolah

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb'.
- 3. Dalam struktur ini, 'verb' hendaklah dieja dalam perkataan dasar bagi perbuatan ('infinitive').

3. Struktur : (Objek) + 'am going to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'am going to' diikuti dengan ('verb') tertentu.

Struktur ini sesuai digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja (Apabila terdapat perkataan 'am' maka objeknya ialah 'I').
2. Masa : 'Future Continuous tense' (Akan datang).
3. Bentuk : Aktif.
4. Menunjukkan ada kesungguhan atau perbuatan terancang.

EnglishMelayuEnglishMelayu
DoBuatI am going to do itSaya akan melakukannya
SpeakCakapI am going to speak to himSaya akan bercakap dengannya
VoteUndiI am going to voteSaya akan mengundi
FlyTerbangI am going to flySaya akan naik kapalterbang
MarryKahwinI am going to marry her next weekSaya akan berkahwin dengan dia minggu depan

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).
- 3. 'Verb' hendaklah dieja dalam perkataan dasar bagi perbuatan ('infinitive').

4. Struktur : (Objek) + 'is going to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'is going to' diikuti dengan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that, singular' (Apabila terdapat perkataan 'is' maka objeknya ialah 'singular').
2. Masa : 'Future Continuous tense' (Akan datang).
3. Bentuk : Aktif.
4. Menunjukkan ada kepastian untuk berlakunya hal berkenaan.

EnglishMelayu
He is going to take exam tomorrowDia akan mengambil peperiksaan esok
She is going to walk to schoolDia akan berjalan ke sekolah
It is going to heal in 2 daysIa akan sembuh dalam 2 hari
Ahmad is going to driveAhmad akan memandu
This cat is going to live hereKucing ini akan tinggal di sini

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).
- 3. Dalam struktur jni, 'verb' hendaklah dieja dalam perkataan dasar bagi perbuatan ('infinitive').

5. Struktur : (Objek) + 'are going to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'are going to' diikuti dengan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those, plural' (Apabila terdapat perkataan 'are' maka objeknya ialah 'you, plural').
2. Masa : 'Future Continuous tense' (Akan datang).
3. Bentuk : Aktif.
4. Jika digunakan, ia menunjukkan ada kepastian untuk berlakunya hal yang berkenaan.

English Melayu
You are going to make him happyAwak akan buat dia gembira
We are going to go togetherKami akan pergi bersama
They are going to win this timeMereka akan menang kali ini
The teachers are going to retire next yearGuru-guru itu akan bersara tahun depan
The Brazilians are going to win the World CupBrazil akan menang Piala Dunia

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).
- 3. Dalam struktur ini, 'verb' hendaklah dieja dalam perkataan dasar bagi perbuatan ('infinitive').

6. Struktur : (Objek) + 'was going to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'was going to' diikuti dengan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' (Apabila terdapat perkataan 'was' maka objeknya ialah 'I, singular') .
2. Masa : 'Future Continuous tense' (Akan datang bagi masa lepas). (Apabila terdapat perkataan 'was' maka masanya ialah masa lepas).
3. Bentuk : Aktif.
4. Menunjukkan ada kepastian untuk berlakunya hal berkenaan.

EnglishMelayu
He was going to take exam on that day last weekDia akan mengambil peperiksaan pada hari itu pada minggu lepas
She was going to walk to school on that dayDia akan berjalan ke sekolah pada hari itu
It was going to heal in 2 days last weekIa akan sembuh dalam 2 hari pada minggu lepas
Ahmad was going to drive in that dayAhmad akan memandu pada hari itu
This cat was going to live hereKucing ini akan tinggal di sini

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).
- 3. Dalam struktur ini, 'verb' hendaklah dieja dalam perkataan dasar bagi perbuatan ('infinitive').

7. Struktur : (Objek) + 'were going to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'were going to' diikuti dengan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those, plural' (Apabila terdapat perkataan 'were' maka objeknya ialah 'you, plural').
2. Masa : 'Future Continuous tense' (Akan datang bagi masa lepas). (Apabila terdapat perkataan 'were' maka masanya ialah masa lepas).
3. Bentuk : Aktif.
4. Jika digunakan, ia menunjukkan ada kepastian untuk berlakunya hal yang berkenaan.

English Melayu
You were going to make him happyAwak akan buat dia gembira
We were going to go togetherKami akan pergi bersama
They were going to win this timeMereka akan menang kali ini
The teachers were going to retire next yearGuru-guru itu akan bersara tahun depan
The Brazilians were going to win the World CupBrazil akan menang Piala Dunia

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbhatan).
- 3. Dalam struktur ini, 'verb' hendaklah dieja dalam perkataan dasar bagi perbuatan ('infinitive').

8. Struktur : (Objek) + 'will be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'will be' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

Will be boleh digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang bagi masa kini).

Perkataan 'will be' bermakna akan jadi atau akan menjadi atau akan ada dan sebagainya. Ia digunakan sebagai menunjukkan kesungguhan dan keyakinan sesuatu akan terjadi atau berlaku pada masa depan.

EnglishMelayu
She will be fine soonDia akan sembuh tak lama lagi
He will be there next monthDia akan berada disana bulan depan
You will be happy hereAwak akan gembira di sini
It will be cold in 10 minutesIa akan sejuk dalam masa 10 minit
We will be the winnerKami akan jadi pemenang
They will be tiredMereka akan penat
Ali will be 40 years old by next yearAli akan berumur 40 tahun pada tahun depan
Malaysia will be successful if Malaysian are hardworkingMalaysia akan berjaya jika orang Malaysia rajin
Players will be tense before the gamePara pemain akan tertekan sebelum permainan

Catitan :

- 1. Struktur ini tidak digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).

9. Struktur : (Objek) + 'will be' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begibi : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'will be' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang).

Struktur ini bermaksud akan, sama seperti 'will', tapi struktur ini digunakan oleh penutur jika ia mahu menekankan hal yang dikatakannya. Contohnya ia boleh menggunakan perkataan 'will' saja tapi boleh juga menggunakan struktur ini. Seperti, ia boleh berkata 'I will go' tapi boleh juga berkata 'I will be going'.

EnglishMelayuEnglishMelayu
GoPergiI will be going thereSaya akan pergi ke sana
AttendHadirYou will be attending the classAwak akan menghadiri kelas itu
ComeDatangHe will be coming soonDia akan datang tak lama lagi
ParticipateTurut sertaShe will be participating in swimmingDia akan menyertai acara berenang
GetDapatWe will be getting the pay riseKami akan dapat kenaikan gaji
WearPakaiThey will be wearing the uniformMereka akan memakai pakaian seragam
WasteSia-siaIt will be wastingIa akan sia-sia
ReadBacaAbu will be reading the oathAbu akan membacakan ikrar
DemonstrateTunjuk perasaanThe workers will be demonstratingPara pekerja akan menunjuk perasaan

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).

10. Struktur : (Objek) + 'am' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Future Continuous tense' (Sedang berlaku pada masa akan datang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
LeavePergiI am leaving tonightSaya akan pergi pada malam ini
AttendHadirI am attending the class this eveningSaya akan menghadiri kelas itu petang ini
ComeDatangI am coming soonSaya akan datang tak lama lagi
ParticipateTurut sertaI am participating in the swimming contest next weekSaya akan menyertai pertandingan berenang itu minggu depan
GetDapatI am getting a pay rise next monthSaya akan dapat kenaikan gaji pada bulan depan

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb'.
- 3. Struktur ini sama seperti struktur 'Present Continuous tense'.

11. Struktur : (Objek) + 'is' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Future Continuous tense' (Sedang berlaku pada masa akan datang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
LeavePergiHe is leaving tonightDia akan pergi pada malam ini
AttendHaditShe is attending the class this eveningDia akan menghadiri kelas itu petang ini
ComeDatangAli is coming soonAli akan datang tak lama lagi
ParticipateTurut sertaSiti is participating in the swimming contest next weekSiti akan menyertai pertandingan berenang itu minggu depan
GetDapatAbu is getting a pay rise next monthAbu akan dapat kenaikan gaji pada bulan depan

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).
- 3. Struktur ini sama seperti struktur 'Present Continuous tense'.

12. Struktur : (Objek)+ 'are' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Future Continuous tense' (Sedang berlaku pada masa akan datang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
LeavePergiYou are leaving tonightAwak akan pergi pada malam ini
AttendHadirWe are attending the class this eveningKami akan menghadiri kelas itu petang ini
ComeDatangThey are coming soonMereka akan datang tak lama lagi
ParticipateTurut sertaAli and Abu are participating in the swimming contest next weekAli dan Abu akan menyertai pertandingan berenang itu minggu depan
GetDapatAll of them are getting a pay rise next monthMereka semua akan dapat kenaikan gaji pada bulan depan

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).
- 3. Struktur ini sama seperti struktur 'Present Continuous tense'.

13. Struktur : (Objek) + 'am to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'am to' diikuti dengan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
I am to launch a new initiativeSaya akan melancarkan inisiatif baru
I am to get an interviewSaya akan dapat satu temuduga
I am to give up the classSaya akan menarik diri dari kelas
I am to come tomorrowSaya akan datang esok
I am to go nowSaya akan pergi sekarang

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).
- 3. Dalam struktur ini, 'verb' hendaklah dieja dalam perkataan dasar bagi perbuatan ('infinitive').

14. Struktur : (Objek) + 'is to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'is to' diikuti dengan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
The club is to launch a new initiativeKelab itu akan melancarkan inisiatif baru
He is to get an interviewDia akan dapat satu temuduga
She is to give up the classDia akan menarik diri dari kelas
The new teacher is to come tomorrowGuru baru itu akan datang esok
My father is to send me to schoolAyah saya akan hantar saya ke sekolah

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).
- 3. 'Verb' hendaklah dieja dalam perkataan dasar bagi perbuatan ('infinitive').

15. Struktur : (Objek) + 'are to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'are to' diikuti dengan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang bagi masa kini).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
You are to start the job tomorrowAwak akan mula kerja esok
You are to eat less and to work moreAwak akan makan kurang dan kerja lebih
You are to write the answer within 1 minuteAwak akan menulis jawapan dalam masa seminit
You are to tell me nowAwak akan beritahu saya sekarang
You are to listen carefullyAwak akan dengar betul-betul

Catitan :

- 1. Struktur ini digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini tidak digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).
- 3. Dalam struktur ini, 'verb' hendaklah dieja dalam perkataan dasar bagi perbuatan ('infinitive').

16. Struktur : (Objek) + 'am to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'am to be' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

'To be' bermakna 'akan jadi' atau 'akan menjadi'.

EnglishMelayu
I am to be a fatherSaya akan menjadi seorang ayah
I am to be a motherSaya akan menjadi seorang ibu
I am to be a grandfatherSaya akan menjadi seorang datuk
I am to be a grandmotherSaya akan menjadi seorang nenek
I am to be a doctorSaya akan menjadi seorang doktor

Catitan :

- 1. Struktur ini tidak digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).

17. Struktur : (Objek) + 'is to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'is to be' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

'To be' bermakna 'akan jadi' atau 'akan ada' atau 'akan terdapat'.

EnglishMelayu
There is to be an investigationAkan ada satu penyiasatan
I know what is to be in needSaya tahu apa yang akan diperlukan
To love is to be vulnerableMencintai bermakna akan menjadi rapuh
He is to be the second owner of the carDia akan menjadi pemilik kedua kereta itu
This team is to be the best in recent yearsPasukan ini akan menjadi yang terbaik dalam tahun-tahun kebelakangan ini

Catitan :

- 1. Struktur ini tidak digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).

18. Struktur : (Objek) + 'are to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'are to be' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

'To be' bermakna 'akan jadi' atau 'akan menjadi' atau 'akan ada' atau 'akan terdapat'.

EnglishMelayu
We determine whether we are to be freemen or slavesKita sendiri menentukan samada kita akan jadi bebas atau jadi hamba
You are to be back on the base by midnightAwak akan balik ke pusat pada tengah malam
You are to be a citizenAwak akan jadi warganegara
The nicer you are, the easier you are to be hurtKalau awak lebih lembut, lebih mudah awak akan terluka
The more you know, the less likely you are to be a victimLebih banyak awak tahu, makin kurang kemungkinan awak akan jadi mangsa

Catitan :

- 1. Struktur ini tidak digunakan kepada 'verb' (samada 'action verb' atau 'non-action verb').
- 2. Struktur ini digunakan kepada 'non-verb' (bukan perbuatan).

Ringkasan :

Bil.PerkataanObjek
1WillSemua
2ShallI, we
3Am going toI
4Is going toSingular
5Are going toPlural
6Was going toSingular
7Were going toPlural
8Will be + (verb)Semua
9Will be + (present participle)Semua
10Am + (present participle)I
11Is + (present participle)Singular
12Are + (present participle)Plural
13Am toI
14Us toSingular
15Are toPlural
16Am to beI
17Is to beSingular
18Are to bePlural

No comments: