Thursday, December 29, 2011

236. Berkata 'tidak akan'

Berkata 'tidak akan'

Kadang-kadang kita mahu berkata 'saya tidak akan datang'. Ayat ini mengandungi frasa tidak akan. Frasa ini adalah bentuk negatif bagi akan.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan/frasa yang bermakna tidak akan ialah :

'Will not'.
'Will not be'.
'Will not have been'.
'Would not have'.

Struktur yang digunakan berasaskan frasa diatas untuk menyatakan tidak akan ialah :

1. (Objek) + 'will not' + ('verb').
2. (Objek) + 'will not be' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'will not be' + ('gerund').
4. (Objek) + 'will not have been' + ('present participle').
5. (Objek) + 'would not have' + ('past participle').

Perhatikan struktur terbalik iaitu 'will not' bererti 'tidak akan' bukan 'akan tidak'.


1. Struktur : (Objek) + 'will not' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'will not' diikuti dengan ('verb') tertentu.

'Will not' adalah negatif bagi will.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Future tense' (akan datang bagi masa kini).
3. 'Verb' (perbuatan).

'Will not' sesuai digunakan secara santai, spontan, tanpa perancangan atau tanpa kesungguhan.

EnglishMelayu
I will not comeSaya tidak akan datang
I will not waitSaya tidak akan tunggu
We will not joinKami tidak akan masuk
They will not playMereka tidak akan main
It will not biteIa tidak akan menggigit
Abu will not jumpAli tidak akan lompat
The crowd will not disperseOrang ramai tidak akan bersurai

Catitan :

- 1. Dalam struktur ini, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
- 2. Perhatikan struktur terbalik iaitu 'will not' bererti 'tidak akan' bukan 'akan tidak'.

2. Struktur : (Objek) + 'will not be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'will not be' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

'Will not be' adalah negatif bagi 'will be'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang bagi masa sekarang).

'Will not be' sesuai digunakan secara santai, spontan, tanpa perancangan atau tanpa kesungguhan.

'Will not be' bermaksud tak akan jadi atau tak akan menjadi.

EnglishMelayu
I will not be sadSaya tak akan sedih
He will not be a failureDia tak akan jadi seorang yang gagal
She will not be a good singerDia tak akan jadi penyanyi yang baik
You will not be happy thereAwak tak akan gembira disana
We will not be jealousKami tak akan cemburu
They will not be angryMereka tak akan marah
It will not be wetIa tak akan basah
Abu will not be safeAbu tak akan selamat
We will not be silentKami tidak akan berdiam diri

Catitan :

- Perhatikan struktur terbalik iaitu 'will not' bererti 'tidak akan' bukan 'akan tidak'.

3. Struktur : (Objek) + 'will not be' + ('gerund').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'will not be' diikuti dengan ('gerund') tertentu.

'Will not be' adalah negatif bagi frasa 'will be'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang bagi masa sekarang).

EnglishMelayu
I will not be running for the postSaya tak akan bertanding bagi jawatan itu
You will not be waiting anymoreAwak tak akan menunggu lagi
He will not be arriving so soonDia tak akan tiba cepat sangat
She will not be giving him a presentDia tak akan memberi dia hadiah
We will not be smoking in front of childrenKami tak akan merokok depan kanak-kanak
They will not be leaving this placeMereka tak akan meninggalkan tempat ini
It will not be bitingIa tak akan menggigit
Abu will not be buying a new carAli tak akan membeli kereta baru
The crowd will not be dispersingOrang ramai tak akan bersurai

Catitan :

- Perhatikan struktur terbalik iaitu 'will not' bererti 'tidak akan' bukan 'akan tidak'.

4. Struktur : (Objek) + 'will not have been' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'will not have been' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

'Will not have been' adalah negatif bagi 'will have been'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Future Perfect Continuous tense' (Sedang berlaku pada satu masa pada tempoh akan datang bagi masa kini).

Dalam bahasa Melayu ia bermaksud lebihkurang tidak akan sudah iaitu satu keadaan dimasa depan yang dijangka tidak berlaku.

EnglishMelayu
You will not have been waiting for more than two hours when her plane finally arrivesAwak tak akan sudah menunggu lebih dari dua jam sebelum pesawatnya akhirnya sampai
I will not have been sleeping by the time the game is overSaya tak akan sudah tidur bila perlawanan itu tamat
I will not have been playing at 5 to 6 tomorrowSaya tak akan sudah bermain antara jam 5 hingga 6 esok
She will not have been studying for half an hour if she starts at 6Dia tak akan sudah belajar selama setengah jam jika dia mula pada pukul 6
He will not have been cooking if the chef manage to comeDia tak akan sudah memasak jika tukang masak sempat sampai
It will not have been raining when you reach the placeIa tak akan sudah hujan bila awak sampai ke tempat itu
They will not have been travelling in comfort with the old carMereka tidak akan sudah bergerak dengan selesa dengan kereta lama itu
We will not have been exercising more than 2 hours tomorrowKami tidak akan sudah berlatih lebih dari 2 jam esok

Catitan :

- Perhatikan struktur terbalik iaitu 'will not' bererti 'tidak akan' bukan 'akan tidak'.

5. Struktur : (Objek) + 'would not have' + ('past participle').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'would not have' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Kadang-kadang kita ingin membuat komen keatas sesuatu perkara yang telah berlaku, contohnya berkata seperti ini : 'Dengan cara pasukan A bermain seperti itu ia tidak akan dapat mengalahkan pasukan B'.

Dalam bahasa Melayu, struktur 'would not have' tidak mempunyai terjemahan langsung atau tepat, tapi ia mungkin bermakna tidak akan terjadi atau tidak akan berlaku.

'Would not have' digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Future Perfect tense' (Dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuCatitan
The shot would not have killed the lionTembakan itu memang tidak akan sudah dapat membunuh singa tersebut(Tembakan telah dibuat)
If Ali had not been lazy, he would not have failed the examKalau Ali tidak malas, dia tidak akan sudah gagal peperiksaan itu(Ali telah bersikap malas)
I would not have been able to do it without your helpSaya tidak akan sudah dapat melakukannya tanpa pertolongan awak(Saya telah dapat melakukannya)
This town would not have flooded if the dam been operated competentlyBandar ini tidak akan sudah mengalami banjir jika empangannya dijaga dengan cekap(Banjir telah berlaku)
If he didn't study, he would not have passed the examKalaulah dia tidak belajar dia tidak akan sudah lulus peperiksaan itu(Dia telah lulus)

Ringkasan :

Bil.PerkataanStrukturObjek
1will not(objek) + will not + (verb)semua
2will not be(objek) + will not be + (non-verb)semua
3will not be(objek) + will not be + (gerund)semua
4will not have been(objek) + will not have been + (present participle)semua
5would not have(objek) + would not have + (past participle)semua

No comments: