Thursday, December 29, 2011

237. Berkata 'akan di(pasif)' (sekarang)

Berkata 'akan di(pasif)' (sekarang)

Kadang-kadang kita mahu berkata 'rumah itu akan dirobohkan'. Ayat ini mengandungi frasa akan di .... Frasa ini menjadikan ayat itu berbentuk pasif atau bangun kena buat. Iaitu frasa digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan itu akan dikenakan keatas sesuatu objek.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan yang bermaksud akan di(pasif) ialah:

'Will be'.
'Am to be'.
'Is to be'.
'Are to be'.

Salah satu struktur berikut boleh digunakan untuk tujuan itu iaitu :

1. (Objek) + 'will be' + ('past participle').
2. (Objek) + 'am to be' + ('past participle').
3. (Objek) + 'is to be' + ('past participle').
4. (Objek) + 'are to be' + ('past participle').



1. Struktur : (Objek) + 'will be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'will be' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek samada 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Future tense' (akan datang bagi masa sekaranb - hal akan di... itu dijangka berlaku pada masa hadapan).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
ConsiderTimbangIt will be consideredIa akan dipertimbangkan
TransferPindahI will be transferredSaya akan dipindahkan
InformMaklumYou will be informedAwak akan dimaklumkan
AcceptTerimaHe will be acceptedDia akan diterima
AllowBenarkanShe will be allowedDia akan dibenarkan
EncourageGalakThey will be encouragedMereka akan diberi galakan
HelpTolongWe will be helpedKita akan diberi pertolongan
MonitorPantauAli will be monitoredAli akan dipantau
GivenBeriThe sellers will be given new price listPara penjual akan diberi senarai harga baru

Catitan :

- Dalam bentuk pasif, 'past participle' hendaklah digunakan.

2. Struktur : (Objek) + 'am to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'am to be' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Future tense' (akan datang bagi masa sekarang - hal akan di... itu dijangka berlaku pada masa hadapan).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
DropTurunI am to be dropped off at the train stationSaya akan diturunkan di stesen keretapi
RememberIngatIf I am to be remembered...Jika saya akan diingati...
ListSenaraiI am to be listedSaya akan disenaraikan
BlameSalahkanI am to be blamedSaya akan disalahkan
HonourHormatI am to be honouredSaya akan dihormati

Catitan :

- Dalam bentuk pasif, 'past participle' hendaklah digunakan.

3. Struktur : (Objek) + 'is to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'is to be' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Future tense' (akan datang bagi masa sekarang - hal akan di... itu dijangka berlaku pada masa hadapan).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
DoBuatWhat is to be done ?Apa yang akan dibuat ?
HangGantungThe man is to be hanged in a fortnightOrang itu akan digantung dalam 2 minggu lagi
LowRendahThe dosage is to be loweredDosnya akan dikurangkan
StripTanggalThe subject is to be stripped from the syllabusMatapelajaran itu akan dikeluarkan dari silibus
ReportLaporThe crime is to be reported to the policeJenayah itu akan dilaporkan kepada pihak Polis

Catitan :

- Dalam bentuk pasif, 'past participle' hendaklah digunakan.

4. Struktur : (Objek) + 'are to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'are to be' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Future tense' (Akan datang bagi masa sekarang - hal akan di... itu dijangka berlaku pada masa hadapan).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
ImplantTanamIn Britain, all dogs are to be implanted with microchips by 2016Di Britain, semua anjing akan ditanam dengan mikrocip menjelang 2016
RevealDedahThe details are to be revealed on SundayPerincian akan didedahkan pada hari Ahad depan
SeatDudukAt a dinner party, 5 people are to be seated around a circular tableDalam majlis makan malam, 5 orang akan duduk sekeliling meja bulat
PaintCat7 houses are to be painted red7 buah rumah akan di cat merah
MarryKahwinThey are to be married soonMereka akan dinikahkan tidak lama lagi

Catitan :

- Dalam bentuk pasif, 'past participle' hendaklah digunakan.

Ringkasan :

Bil.PerkataanStrukturObjek
1will be(objek) + will be + (past participle)semua
2am to be(objek) + am to be + (past participle)I
3is to be(objek) + is to be + (past participle)Singular
4are to be(objek) + are to be + (past participle)You, plural

No comments: