Wednesday, December 28, 2011

311. Berkata 'tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami' (sekarang)

Berkata 'tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami' (sekarang)

Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang bermakna tidak ada atau tidak mengalami atau tidak ada mengalami, bagi masa sekarang, iaitu :

'Has no'.
'Have no'.
'Has had no'.
'Have had no'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

(Objek) + 'has no' + ('non-verb').
(Objek) + 'have no' + ('non-verb').
(Objek) + 'has had no' + ('non-verb').
(Objek) + 'have had no' + ('non-verb').



1. Struktur : (Objek) + 'has no' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has no' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal 'tidak ada' atau 'tidak mengalami' itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
She has no feverDia tidak mengalami demam
He has no penDia tidak ada sebatang pen
Ali has no traumaAli tidak mengalami trauma
Siti has no new shirtSiti tidak ada sepasang baju baru
It has no long tailIa tidak mempunyai ekor yang panjang

2. Struktur : (Objek) + 'have no' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have no' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - Hal 'tidak ada' atau 'tidak mengalami' itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
I have no bath every morningSaya tidak mandi setiap pagi
Five signs that you have no hypertensionLima tanda menunjukkan anda tidak mengalami tekanan darah tinggi
I have no feverSaya tidak ada demam
We have no good time hereKami tidak mengalami masa yang bagus di sini
We have no women leaderKita tidak mempunyai pemimpin wanita

3. Struktur : (Objek) + 'has had no' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has had no' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - Hal 'tidak ada' atau 'tidak mengalami' itu bermula pada masa lepas dan masih lagi berterusan hingga masa sekarang, atau baru saja berakhir).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
The coach has had no many health problems over the yearsJurulatih itu tidak mengalami banyak masalah kesihatan selama bertahun-tahun
Bob has had no hiccups for the past one weekBob tidak mengalami sendawa sejak seminggu lepas
After he has had no shower, he din't feel afreshSelepas dia sudah tidak mandi, dia tidak rasa segar
She has had no four surgeriesDia tidak menjalani empat pembedahan
He has had no run-ins with the lawDia tidak mempunyai kesalahan dari segi undang-undang

4. Struktur : (Objek) + 'have had no' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have had no' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' .
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - Hal 'tidak ada' atau 'tidak mengalami' itu bermula pada masa lepas dan masih lagi berterusan hingga masa sekarang, atau baru saja berakhir).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
This book is for those who have had no miscarriageBuku ini adalah untuk mereka yang tidak mengalami keguguran
I have had no homework this weekSaya tidak ada kerja rumah pada minggu ini
I have had no headache since morningSaya tidak mengalami sakit kepala sejak pagi tadi
I have had no rotten evening after I had argument with JohnSaya tidak mengalami petang yang teruk selepas bertengkar dengan John
I have had no homework this weekSaya tidak mempunyai kerja rumah pada minggu ini

Ringkasan :

PerkataanStrukturObjekMasa ('Tense')Bentuk
Has no(Objek) + has no + (non-verb)SingularPresent tenseNegatif
Have no(Objek) + have no + (non-verb)I, You, PluralPresent tenseNegatif
Has had no(Objek) + has had no + (non-verb)SingularPresent Perfect tenseNegatif
Have had no(Objek) + have had no + (non-verb)I, You, PluralPresent Perfect tenseNegatif

No comments: