Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang bermakna tidak ada atau tidak mengalami atau tidak ada mengalami, bagi masa dahulu, iaitu :
'Had no'.
'Had had no'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
(Objek) + 'had no' + ('non-verb').
(Objek) + 'had had no' + ('non-verb').
1. Struktur : (Objek) + 'had no' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had no' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - Hal 'tidak ada' atau 'tidak mengalami' itu telah ujud pada satu ketika pada masa yang lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
I had no bad news last week | Saya tidak ada satu berita buruk minggu lepas |
She had no nice dream last month | Dia tidak mengalami satu mimpi yang bagus bulan lepas |
Ali had no fever while vacationing with his family | Ali tidak mengalami demam semasa bercuti dengan keluarganya |
DNA shows she had no Chinese roots | DNA menunjukkan dia tidak ada darah Cina |
The gunman had no clean record | Penembak tersebut tidak mempunyai rekod bersih |
2. Struktur : (Objek) + 'had had no' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had had no' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (satu tempoh dahulu - Hal 'ada' atau 'mengalami' itu ujud pada satu tempoh masa pada masa yang lepas dan berlanjutan hingga ke satu masa yang lepas juga).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
I had had no interruption that morning | Saya tidak mengalami terlalu banyak gangguan pada pagi itu |
We had had no long and nice vacation last year | Kita tidak mengalami satu percutian yang panjang dan seronok tahun lepas |
He had had no operations previously | Dia tidak menjalani pembedahan sebelum ini |
She had had no meeting with her boss for 2 hours | Dia tidak ada bermesyuarat dengan ketuanya selama 2 jam |
Ringkasan :
Perkataan | Struktur | Objek | Masa ('Tense') | Bentuk |
Had no | (Objek) + had no + (non-verb) | Semua | Past tense | Negatif |
Had had no | (Objek) + had had no + (non-verb) | Semua | Past Perfect tense | Negatif |
Isu : :
- Perbezaan antara had dengan had had - Ia boleh menggantikan satu sama lain, walaupun 'had' adalah 'past tense' sementara 'had had' adalah 'past perfect tense'.
No comments:
Post a Comment