Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang bermakna ada atau mempunyai atau mengalami, bagi masa dahulu, iaitu :
'Had'.
'Had had'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
(Objek) + 'had' + ('non-verb').
(Objek) + 'had had' + ('non-verb').
1. Struktur : (Objek) + 'had' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - Hal 'ada' atau 'mengalami' itu telah ujud pada satu ketika pada masa yang lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
I had a bad news last week | Saya ada satu berita buruk minggu lepas |
She had a nice dream last month | Dia mengalami satu mimpi yang bagus bulan lepas |
Ali had a fever while vacationing with his family | Ali mengalami demam semasa bercuti dengan keluarganya |
DNA shows she had Chinese roots | DNA menunjukkan dia ada darah Cina |
The gunman had clean record | Penembak tersebut mempunyai rekod bersih |
2. Struktur : (Objek) + 'had had' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had had' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (satu tempoh dahulu - Hal 'ada' atau 'mengalami' itu ujud pada satu tempoh masa pada masa yang lepas dan berlanjutan hingga ke satu masa yang lepas juga).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
I had had so many interruptions that morning that I scarcely had done any work | Saya mengalami terlalu banyak gangguan pada pagi itu hingga saya tidak banyak dapat melakukan kerja |
We had had a long and nice vacation last year | Kita mengalami satu percutian yang panjang dan seronok tahun lepas |
He had had several operations previously | Dia telah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini |
She had had a meeting with her boss for 2 hours | Dia ada bermesyuarat dengan ketuanya selama 2 jam |
Ringkasan :
Perkataan | Struktur | Objek | Masa ('Tense') | Bentuk |
Had | (Objek) + had + (non-verb) | Semua | Past tense | Aktif |
Had had | (Objek) + had had + (non-verb) | Semua | Past perfect tense | Aktif |
No comments:
Post a Comment