Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang bermakna ada atau mempunyai atau mengalami, bagi masa sekarang, iaitu :
'Has'.
'Have'.
'Has had'.
'Have had'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
(Objek) + 'has' + ('non-verb').
(Objek) + 'have' + ('non-verb').
(Objek) + 'has had' + ('non-verb').
(Objek) + 'have had' + ('non-verb').
1. Struktur : (Objek) + 'has' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'ada' atau 'mengalami' itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
| English | Melayu |
| She has a fever | Dia mengalami demam |
| He has a pen | Dia ada sebatang pen |
| Ali has a trauma | Ali mengalami trauma |
| Siti has a new shirt | Siti ada sepasang baju baru |
| It has a long tail | Ia mempunyai ekor yang panjang |
2. Struktur : (Objek) + 'have' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - Hal 'ada' atau 'mengalami' itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
| English | Melayu |
| I have a bath every morning | Saya (ada) mandi setiap pagi |
| Five signs that you have hypertension | Lima tanda menunjukkan anda mengalami tekanan darah tinggi |
| I have a fever | Saya demam |
| We have a good time here | Kami mengalami masa yang bagus di sini |
| We have too few women leaders | Kita mempunyai terlalu sedikit pemimpin wanita |
3. Struktur : (Objek) + 'has had' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has had' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - Hal 'ada' atau 'mengalami' itu bermula pada masa lepas dan masih lagi berterusan hingga masa sekarang, atau baru saja berakhir).
| English | Melayu | Catitan |
| The coach has had many health problems over the years | Jurulatih itu mengalami banyak masalah kesihatan selama bertahun-tahun | |
| Bob has had hiccups for the past one week | Bob mengalami sendawa sejak seminggu lepas | |
| After he has had a shower, he feel afresh | Selepas dia sudah mandi, dia rasa segar | |
| She has had four surgeries | Dia sudah menjalani empat pembedahan | |
| He has had too many run-ins with the law | Dia sudah mempunyai terlalu banyak kesalahan dari segi undang-undang |
4. Struktur : (Objek) + 'have had' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have had' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' .
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - Hal 'ada' atau 'mengalami' itu bermula pada masa lepas dan masih lagi berterusan hingga masa sekarang, atau baru saja berakhir).
| English | Melayu |
| This book is for those who have had miscarriages | Buku ini adalah untuk mereka yang mengalami keguguran |
| I have had a lot of homework this week | Saya ada banyak kerja rumah pada minggu ini |
| I have had a headache since morning | Saya mengalami sakit kepala sejak pagi tadi |
| I have had a rotten evening after I had argument with John | Saya mengalami petang yang teruk selepas bertengkar dengan John |
| I have had a lot of homework this week | Saya mempunyai banyak kerja rumah pada minggu ini |
Ringkasan :
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa ('Tense') | Bentuk |
| Has | (Objek) + has + (non-verb) | Singular | Present tense | Aktif |
| Have | (Objek) + have + (non-verb) | I, You, Plural | Present tense | Aktif |
| Has had | (Objek) + has had + (non-verb) | Singular | Present Perfect tense | Aktif |
| Have had | (Objek) + have had + (non-verb) | I, You, Plural | Present Perfect tense | Aktif |
No comments:
Post a Comment