Perkataan-perkataan Inggeris berikut boleh digunakan untuk bermaksud tidak ada atau tidak terdapat, bagi masa dahulu, atau tempoh dahulu, bergantung kepada kesesuaian.
1. 'There was no'.
2. 'There were no'.
3. 'There had been no'.
4. 'There had not been'.
5. 'Had no'.
Perkataan/Frasa di atas digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'There was no' + (objek).
2. 'There were no' + (objek).
3. 'There had been no' + (objek).
4. 'There had not been' + (objek).
5. (Objek) + 'had no'.
1. Struktur : 'There was no' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini :Perkataan 'there was no' diikuti (objek) tertentu.
'There was no' juga bermakna tidak terdapat atau tidak ada.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Past tense' (Masa lalu - Hal tidak ada atau tidak terdapat itu ujud pada masa lalu).
English | Melayu |
She was told that there was no job for her | Dia telah diberitahu bahawa tidak ada kerja untuknya |
After winning the lottery he began spending money like there was no tomorrow | Selepas memenangi loteri dia mula berbelanja seolah-olah tidak ada hari esok |
What if there was no Google | Bagaimana jika tidak terdapat Google |
There was no need for World War II | Tidak ada keperluan untuk berlakunya perang dunia ke 2 |
He said that yesterday there was no problem on his side | Dia berkata bahawa semalam tidak ada masalah di pihaknya |
Catitan :
- Boleh juga digunakan 'there was not any' atau 'there wasn't any'.
2. Struktur : 'There were no' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'there were no' diikuti (objek) tertentu.
'There were no' juga bermakna tidak ada atau tidak terdapat.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural'.
2. Masa : 'Past tense' (masa lepas - Hal tidak ada atau tidak terdapat itu ujud pada masa lalu).
English | Melayu |
What if there were no tomorrows | Bagaimana kalau tidak ada hari-hari esok |
There were no Russians among mountain climbers killed in Pakistan in Dec 2012 | Tidak terdapat orang Rusia diantara pendaki gunung yang terbunuh di Pakistan pada Disember 2012 |
I was looking for anywhere to buy sugar, but there were no shops open | Saya mencari dimana-mana untuk membeli gula, tapi tidak ada kedai-kedai yang buka |
There were no female Prophets | Tidak ada Nabi-Nabi dari kalangan wanita |
Some weeks ago I asked a group of teachers what they would do if they were trying to teach a language but there were no books | Beberapa minggu lalu saya bertanya pada sekumpulan guru apa mereka akan buat jika mereka mahu mengajar bahasa tapi tidak terdapat buku |
Catitan :
- Boleh juga digunakan 'there were not any' atau 'there weren't any'.
3. Struktur : 'There had been no' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'there had been no' diikuti (objek) tertentu.
'There had been no' juga bermakna tidak ada atau tidak terdapat.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Satu tempoh dahulu - Keadaan itu ujud dalam satu tempoh pada masa yang lepas).
English | Melayu |
After nearly an hour there had been no sign of the new coach | Selepas hampir sejam tidak terdapat tanda-tanda kehadiran jurulatih baru itu |
Locals said there had been no unusual waves before the earthquake | Penduduk tempatan menyatakan tidak ada ombak yang luar biasa sebelum gempa bumi tersebut |
From the early beginnings of football up to the late 1960's there had been no separation of supporters | Dari awal permulaan bolasepak hingga lewat 60an tidak terdapat pengasingan penyokong |
The Court held that there had been no violation of Article 5 | Mahkamah membuat keputusan bahawa tidak terdapat perlanggaran artikel 5 |
There had been no real danger that British rule in India would be overthrown | Tidak terdapat ancaman yang nyata bahawa pemerintahan British di India akan dijatuhkan |
4. Struktur : 'There had not been' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'there had not been' diikuti (objek) tertentu.
'There had not been' bermakna sudah tidak ada atau sudah tidak terdapat
'Had not' biasanya diringkaskan menjadi 'hadn't'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek ('singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Hal sudah tidak ada atau sudah tidak terdapat itu ujud pada tempoh masa yang lepas).
English | Melayu |
If there had not been so much traffic I would have made it in time | Jika tidak terdapat kesesakan di jalanraya saya tentu telah tiba pada masanya |
There had not been any conspiracy to overthrow British rule in the Punjab in 1920s | Tidak terdapat konspirasi untuk menggulingkan pemerintahan British di Punjab pada tahun 1920an |
If there had not been an Nkrumah and his followers, Ghana would still be a British colony | Kalau tidak ada Nkrumah dan pengikutnya, Ghana akan masih tanah jajahan British |
It is said that if there had not been Christopher Marlowe, there would not have been Shakespeare | Dikatakan jika tidak ada Christopher Marlowe tidak akan ada Shakespeare |
There had not been an official visit of a British prime minister to Spain since 2006 | Tidak terdapat lawatan resmi seorang Perdana Menteri British ke Sepanyol sejak 2006 |
5. Struktur : (Objek) + 'had no'
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had no'.
'Had no' bermakna tidak terdapat atau tidak ada.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Dahulu - Hal 'tidak ada' atau 'tidak terdapat' itu ujud pada tempoh masa yang lepas).
English | Melayu |
I had no way to cheat | Saya tiada jalan untuk menipu |
He had no regret | Dia tidak menyesal |
She had no idea | Dia tidak ada idea |
It had no effect | Ia tidak ada kesan |
They had no sense of belonging | Mereka tidak ada rasa kepunyaan |
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
There was no | There was no + (objek) | Singular | Past tense | Negatif |
There were no | There were no + (objek) | Plural | Past tense | Negatif |
There had been no | There had been no + (objek) | Semua | Past Perfect tense | Negatif |
There had not been | There had not been + (objek) | Semua | Past Perfect tense | Negatif |
Had no | (Objek) + had no | Semua | Past Perfect tense | Negatif |
No comments:
Post a Comment