Wednesday, December 28, 2011

307. Berkata 'tidak ada', 'tidak terdapat' (sekarang)

Berkata 'tidak ada, tidak terdapat' (sekarang)

Perkataan-perkataan Inggeris berikut boleh digunakan untuk bermaksud tidak ada atau tidak terdapat, bagi masa sekarang, atau tempoh masa sekarang.

1. 'There is no'.
2. 'There are no'.
3. 'There has been no'.
4. 'There have been no'.
5. 'There has not been'.
6. 'There have not been'.
7. 'Has no'.
8. 'Have no'.

Perkataan/frasa tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'There is no' + (objek).
2. 'There are no' + (objek).
3. 'There has been no' + (objek).
4. 'There have been no' + (objek).
5. 'There has not been' + (objek).
6. 'There have not been' + (objek).
7. (Objek) + 'has no'.
8. (Objek) + 'have no'.



1. Struktur : 'There is no' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'there is no' diikuti (objek) tertentu.

'There is no' bermakna tidak terdapat atau tidak ada.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - Hal tidak ada atau tidak terdapat itu ujud pada masa sekarang).

EnglishMelayu
Let's go somewhere else, there is no place to sit hereMari pergi ke tempat lain, tidak ada tempat untuk duduk di sini
There is no power supply in my areaTidak ada bekalan letrik di kawasan saya
There is no room for making an errorTidak ada ruang untuk melakukan satu kesilapan
There is no such word as 'you's'Tidak terdapat perkataan 'you's'
There is no exact count of the number of words in EnglishTidak ada kiraan yang tepat mengenai bilangan perkataan dalam bahasa Inggeris

Catitan :

- Boleh juga digunakan 'there is not any' atau ringkasnya 'there isn't any'.

2. Struktur : 'There are no' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'there are no' diikuti (objek) tertentu.

'There are no' bermakna tidak terdapat atau tidak ada.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - Hal tidak ada atau tidak terdapat itu ujud pada masa sekarang).

EnglishMelayu
There are no waves without windTidak ada gelombang tanpa angin
There is a strange thing about Ireland – there are no snakes live thereAda satu hal aneh tentang Ireland - tidak terdapat ular yang hidup di sana
There are no shortcuts to successTidak ada jalan-jalan singkat menuju kejayaan
There are no challenges so difficult, no goals so impossibleTidak ada cabaran yang terlalu susah, tiada matlamat yang tidak boleh dicapai
So you think there are no jobs for English Majors ?Jadi awak fikir tidak ada kerja nanti untuk pemegang ijazah bahasa Inggeris ?

Catitan :

- Boleh juga digunakan 'there are not any' atau ringkasnya 'there aren't any'.

3. Struktur : 'There has been no' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'there has been no' diikuti (objek) tertentu.

'There has been no' juga bermakna tidak ada atau tidak terdapat.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dulu hingga sekarang - Keadaan 'tidak ada' itu ujud dari satu masa yang lepas dan berlanjutan hingga sekarang).

EnglishMelayu
There has been no rain here for the past two weeksTidak terdapat hujan di sini sejak dua minggu lalu
A death certificate to be issued if there has been no real effort to locate the missing personSijil kematian akan dikeluarkan jika tidak terdapat usaha-usaha berkesan untuk menemui orang yang hilang itu
There has been no comment on the documentTidak terdapat maklumbalas berkenaan dokumen itu
A source in police's office has told that it will investigate the case, but there has been no official statementSatu sumber pejabat polis memberitahu pihaknya akan menyiasat kes itu tapi tidak ada kenyataan rasmi
The team coach likes the player but there has been no direct contactJurulatih pasukan berkenan dengan pemain itu tapi tidak terdapat perhubungan langsung

4. Struktur : 'There have been no' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'there have been no' diikuti (objek) tertentu.

'There have been no' juga bermakna tidak ada atau tidak terdapat.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, Plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dulu hingga sekarang - Keadaan 'tidak ada' atau 'tidak terdapat' itu dianggap ujud dari satu masa yang lepas dan berlanjutan hingga sekarang).

EnglishMelayu
There have been no comments on the documentTidak terdapat maklumbalas berkenaan dokumen itu
In that country, there have been no political parties since 2003Di negara berkenaan, tidak terdapat parti politik sejak 2003
There have been no offers from Tottenham football clubTidak ada tawaran dari kelab bolasepak Tottenham
For years there have been no fish in the lakeSudah bertahun-tahun tidak terdapat ikan di tasik itu
There have been no reports of serious damage or injuryTidak terdapat laporan tentang kerosakan atau kecederaan yang serius

5. Struktur : 'There has not been' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'there has not been' diikuti (objek) tertentu.

'There has not been' juga bermaksud tidak ada atau tidak terdapat.

'Has not' biasanya diringkaskan menjadi 'hasn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dulu hingga sekarang - Hal tidak ada atau tidak terdapat itu dimaksudkan ujud dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang).

EnglishMelayu
I wouldn't say there has not been progressSaya tak kata tidak terdapat kemajuan
In the history of the world, there has not been a more genuinely democratic country than IndiaDalam sejarah dunia, tidak terdapat negara yang lebih demokratik dari India
There has not been no other language in the world which has been more widely accepted than EnglishTidak ada bahasa dalam dunia ini yang lebih luas diterima selain Inggeris
There has not been any proposals to strip Ali's title, but it's on the agendaTidak terdapat cadangan untuk menarik balik jawatan Ali tapi ia ada dalam agenda mesyuarat
There has not been a single day when I left the office before 7Tidak ada satu hari pun saya meninggalkan pejabat sebelum pukul 7

6. Struktur : 'There have not been' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'there have not been' diikuti (objek) tertentu.

'There have not been' juga bermaksud tidak ada atau tidak terdapat.

'Have not' biasanya diringkaskan menjadi 'haven't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, Plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dulu hingga sekarang - Hal tidak ada atau tidak terdapat itu dimaksudkan ujud dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang).

EnglishMelayu
There have not been any decisions made on this school yetTidak ada sebarang keputusan dibuat berkaitan sekolah ini
There have not been any complaints that we know ofTidak ada sebarang aduan dari apa yang kita tahu
There have not been any casualties to the security forcesTidak terdapat sebarang kemalangan keatas pasukan keselamatan
Why there have not been many updates ?Mengapa tidak terdapat banyak pengemaskinian ?
There have not been many responsesTidak terdapat banyak maklumbalas

7. Struktur : (Objek) + 'has no'

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has no'.

'Has no' bermakna tidak terdapat atau tidak ada.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Sekarang - Hal 'tidak ada' atau 'tidak terdapat' itu ujud pada masa dahulu berlanjutan hingga sekarang).

EnglishMelayu
He has no way to goDia tiada arah untuk pergi
Baby has no teethBayi tidak ada gigi
She has no styleDia tidak ada stail
Ali has no plan todayAli tidak ada rancangan hari ini
Siti has no access to the roomSiti tidak dapat masuk ke bilik itu

8. Struktur : (Objek) + 'have no'

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have no'.

'Have no' bermakna tidak terdapat atau tidak ada.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh sekarang - Hal tidak ada atau tidak terdapat itu ujud pada masa dahulu hingga sekarang).

EnglishMelayu
They have no way to escapeMereka tiada arah untuk melarikan diri
I have no guts to tell himSaya tidak ada keberanian untuk memberitahu dia
You have no life other than booksAwak tidak ada kehidupan selain dari buku-buku
They have no shameMereka tidak ada rasa malu
You have no place thereAwak tidak ada tempat di sana

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
There is noThere is no + (objek)SingularPresent tenseNegatif
There are noThere are no + (objek)PluralPresent tenseNegatif
There has been noThere has been no + (objek)SingularPresent Perfect tenseNegatif
There have been noThere have been no + (objek)PluralPresent Perfect tenseNegatif
There has not beenThere has not been + (objek)SingularPresent Perfect tenseNegatif
There have not beenThere have not been + (objek)PluralPresent Perfect tenseNegatif
Has no(Objek) + has noSingularPresent Perfect tenseNegatif
Have no(Objek) + have noPluralPresent Perfect tenseNegatif

No comments: