Wednesday, December 28, 2011

306. Berkata 'ada', 'terdapat' (dulu)

Berkata 'ada, terdapat' (dulu)

Perkataan-perkataan Inggeris berikut boleh digunakan untuk bermaksud ada atau terdapat, dimana hal ada atau terdapat itu ujud pada masa yang lepas.

1. 'There was'.
2. 'There were'.
3. 'There had been'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'There was' + (objek).
2. 'There were' + (objek).
3. 'There had been' + (objek).



1. Struktur : 'There was' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'there was' diikuti (objek) tertentu.

'There was' juga boleh bermaksud ada atau terdapat.

Struktur ini sesuai bagi :

1. Objek : 'I, Singular'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - Hal ada atau terdapat itu ujud pada masa yang telah lalu).

EnglishMelayu
There was a bomb over there yesterdayTerdapat bom di sana semalam
There was an accident here yesterdayAda satu kemalangan di sini semalam
There was a Tsunami in Japan in 2011Ada Tsunami di Jepun pada 2011
Yesterday, there was only one banana in my bagSemalam hanya terdapat sebutir pisang didalam beg saya
There was a lightning storm last nightTerdapat angin kuat dan kilat malam tadi

2. Struktur : 'There were' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'there were' diikuti (objek) tertentu.

'There were' bermaksud ada atau terdapat.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, Plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - Hal ada atau terdapat itu ujud pada masa lepas).

EnglishMelayu
There were two cars here yesterdayAda dua buah kereta disini semalam
There were two cars here now(salah)
There were three apples on the table yesterdayTerdapat tiga biji epal diatas meja semalam
There were three thieves in the bank yesterdayAda tiga pencuri didalam bank semalam
There were seventeen students in the class of 2010Terdapat tujuh belas pelajar didalam kelas tahun 2010

3. Struktur : 'There had been' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'there had been' diikuti (objek) tertentu.

'There had been' juga bermakna sudah ada atau sudah terdapat.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua, samada 'I, you, singular' atau 'plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Hal ada ada terdapat itu ujud pada satu tempoh pada masa lalu).
3. Kemungkinan untuk berlaku lagi tidak ada pada masa hadapan.

EnglishMelayu
There had been crop failures in the past due to weather and diseasesTerdapat kegagalan tanaman pada masa lalu disebabkan cuaca dan penyakit
In that country, there had been a change in leadership in 1970sDi negara itu, terdapat perubahan kepimpinan pada tahun 1970an
Before the murder, there had been an argumentSebelum berlaku pembunuhan, terdapat satu pertengkaran
Maria would have been singing if there had been more peopleMaria akan menyanyi jika terdapat lebih ramai orang
There had been some talk that the popular team would comeTerdapat cakap-cakap bahawa pasukan terkenal itu akan datang

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
There wasThere was + (objek)SingularPast tenseAktif
There wereThere were + (objek)PluralPast tenseAktif
There had beenThere had been + (objek)SemuaPast Perfect tenseAktif

No comments: