Wednesday, December 28, 2011

305. Berkata 'ada', 'terdapat' (sekarang)

Berkata 'ada, terdapat' (sekarang)

Perkataan-perkataan Inggeris berikut boleh digunakan untuk bermaksud ada atau terdapat, dimana hal 'ada' atau 'terdapat' itu ujud pada masa sekarang.

1. 'There is'.
2. 'There are'.
3. 'There has been'.
4. 'There have been'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'There is' + (objek).
2. 'There are' + (objek).
3. 'There has been' + (objek).
4. 'There have been' + (objek).



1. Struktur : 'There is' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'there is' diikuti (objek) tertentu.

'There is' boleh diterjemah sebagai terdapat atau ada.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular' (Terdapat 1 atau tiada objek).
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - Hal ada atau terdapat itu ujud pada masa hal itu diperkatakan).

EnglishMelayu
There is a bomb over thereTerdapat bom di sana
There is great risk in the effortTerdapat risiko besar dalam usaha itu
There is a small possibility to failTerdapat kemungkinan kecil untuk gagal
There is one car in the showroomAda satu kereta di bilik pameran
There is five cars(Salah)
There is one table in the classroomAda satu meja di bilik darjah

2. Struktur : 'There are' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'there are' diikuti (objek) tertentu.

'There are' juga boleh diterjemah sebagai terdapat atau ada.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' (terdapat lebih dari satu objek).
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - Hal ada atau terdapat itu ujud pada masa hal itu diperkatakan).

EnglishMelayu
There are bombs over thereTerdapat beberapa bom di sana
There are 2 cars here nowTerdapat 2 buah kereta disini sekarang
There are many cars in the showroomAda banyak kereta di bilik pameran
There are a car(Salah)
There are two cars here yesterday(Salah)
There are many books on the shelfAda banyak buku diatas rak

3. Struktur : 'There has been' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'there has been' diikuti (objek) tertentu.

'There has been' bermakna sudah ada atau sudah terdapat.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Hal ada atau terdapat itu ujud pada masa lalu dan berlanjutan hingga sekarang).

EnglishMelayu
I think there has been some sort of mistakeSaya fikir sudah terdapat semacam kesilapan
There has been a growing interest in the new ideaSudah terdapat minat yang meningkat terhadap idea baru itu
I think there has been some misunderstandingSaya fikir sudah terdapat salah faham
Figures show there has been an increase in the number of pupils who are able to speak EnglishAngka-angka menunjukkan sudah terdapat peningkatan dalam bilangan murid yang boleh berbahasa Inggeris
There has been a lot more snow this winterSudah terdapat lebih banyak salji pada musim sejuk kali ini

4. Struktur : 'There have been' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'there have been' diikuti (objek) tertentu.

'There have been' bermakna sudah ada atau sudah terdapat.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural'
2. Masa : 'Present Perfect tense (Hal ada atau terdapat itu ujud pada masa lalu dan berlanjutan hingga sekarang).

EnglishMelayu
There have been several shootings last nightSudah terdapat beberapa tembakan malam tadi
There have been two robberies in the last five monthsSudah terdapat dua rompakan dalam tempoh lima bulan lepas
There have been many earthquakes in IndonesiaSudah terdapat banyak gempa bumi di Indonesia
There have been some problems with your deliverySudah terdapat beberapa masalah berkenaan penghantaran tuan
There have been more applicants for the course this yearSudah terdapat lebih ramai pemohon untuk kursus ini pada tahun ini

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
There isThere is + (objek)SingularPresent tenseAktif
There areThere are + (objek)PluralPresent tenseAktif
There has beenThere has been + (objek)SingularPresent Perfect tenseAktif
There have beenThere have been + (objek)PluralPresent Perfect tenseAktif

No comments: