Tuesday, December 27, 2011

319. Berkata 'sedang di(pasif)' (dulu)

Berkata 'sedang di(pasif)' (dulu)

Kadang-kadang kita ingin berkata 'kereta saya sedang dibaiki' tapi hal pembaikan itu ujud pada masa lepas. Maksudnya ialah hal itu sedang berlaku tapi pada masa lalu dan dinyatakan dalam bentuk 'pasif'.

Dalam Bahasa Inggeris, ada beberapa kombinasi perkataan yang bermaksud 'sedang di...' (bentuk 'pasif') bagi masa lepas :

'Was being' + ('past participle').
'Were being' + ('past participle').

Kombinasi perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'was being' + ('past participle').
2. (Objek) + 'were being' + ('past participle').

Struktur 'was being' + ('past participle') digunakan bagi objek 'I, singular' dan masa 'Past Continuous tense'.
Struktur 'were being' + ('past participle') digunakan bagi objek 'you, plural' dan masa 'Past Continuous tense'.

'Past participle' digunakan untuk menunjukkan bentuk 'pasif'.



1. Struktur : (Objek) + 'was being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'was being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (sedang berlaku pada masa dahulu - perbuatan pasif itu sedang dilakukan pada satu ketika pada masa yang lepas).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
MassageUrutHe was being massaged at that timeDia sedang diurut pada masa itu
BathMandiThe baby was being bathedBayi itu sedang dimandikan
TortureSeksaShe was being torturedDia sedang diseksa
DragSeretIt was being draggedIa sedang diseret
TeachAjarJohn was being taughtJohn sedang diajar
EatMakanThe frog is being eaten by the snakeKatak itu sedang dimakan oleh ular
SwallowTelanThe frog was being swallowed by the snakeKatak itu sedang ditelan oleh ular itu
ShowTayangThe match was being shown on TVPerlawanan itu sedang ditayangkan di TV
DrinkMinumYour favourite drink was being drunk by AliMinuman kegemaran awak sedang diminum oleh Ali
WalkJalanThe patient was being walked down the stairsPesakit itu sedang dituntun menuruni tangga
ReadBacaThe speech was being read by his assistantUcapannya sedang dibacakan oleh pembantunya
CookMasakThe food was being cooked by the cookMakanan sedang dimasak oleh tukang masak
StudyBelajarThe report was being studied by the managerLaporan itu sedang dikaji oleh pengurus
PlayMainThe final match was being playedPerlawanan akhir sedang dimainkan
BuildBinaThe largest stadium was being builtStadium terbesar sedang dibina
BroadcastPancarThe news was being broadcastedBerita itu sedang dipancarkan
DraftDerafThe agreement was being draftedPerjanjian sedang dideraf
DoBuatWork was being done hereKerja sedang dibuat di sini
ServeHidangThe food was being served at that timeMakanan sedang dihidangkan pada masa itu
DrinkDrankThe drink was being drank when we arrivedAir sedang diminum ketika kami sampai
Ran overLanggarHe was being run over by the lorry when we turned to look at himDia sedang dilanggar lori itu ketika kami menoleh untuk melihatnya
Walk upJalan bertuntunShe was being walked-up the floor when her mother arrivedDia sedang dituntun menaiki tangga semasa ibunya sampai
ReadBacaThe book was being read when the teacher cameBuku itu sedang dibaca ketika guru sampai

Perhatian :

- Dalam contoh-contoh diatas, walaupun masa perbuatan tidak dinyatakan tetapi apabila perkataan 'was being' digunakan maka dengan sendirinya bermakna perbuatan itu sedang berlangsung pada masa lepas dan dinyatakan dalam bentuk pasif.

2. Struktur : (Objek) + 'were being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'were being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (sedang berlaku pada satu ketika dahulu - perbuatan pasif itu sedang dilakukan pada satu ketika pada masa yang lepas).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
CheatTipuThey were being cheatedMereka sedang dikelentong (pada masa itu)
PlayMainYou were being playedAwak sedang dipermainkan (pada masa itu)
LectureSyarahWe were being lecturedKami sedang diberi syarahan (pada masa itu)
TellBeritahuThey were being toldMereka sedang diberitahu (pada masa itu)
ProsecuteHukumThe pupils were being prosecutedMurid-murid itu sedang dihukum (pada masa itu)
TreatLayan We were being treated like school-childrenKami (sedang) dilayan seperti budak sekolah (pada masa itu)
MissRinduYou were being missedAwak (sedang) dirindui (pada masa itu)
PutLetakThe goods were being put thereBarang-barang itu sedang diletak di sana (pada masa itu)
RobRompakThey were being robbed when we were sleepingMereka sedang dirompak ketika kami sedang tidur
CookMasakThe food was being cooked when the rain falledMakanan sedang dimasak bila hujan turun
StudyBelajarThe report was being studied when the instruction to stop cameLaporan sedang dikaji apabila arahan untuk memberhentikannya tiba
PlayMainThe show was being played when suddenly the electricity went-offPertunjukan sedang dimainkan bila tiba-tiba bekalan letrik terputus

Perhatian :

- Dalam contoh-contoh diatas, walaupun masa perbuatan tidak dinyatakan tetapi apabila perkataan 'were being' digunakan maka dengan sendirinya bermakna perbuatan itu sedang berlangsung pada masa lepas dan dingatakan dalam bentuk pasif.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Was being + (past participle)(Objek) + was being + (past participle)I, singularPast Continuous tensePasif
Were being + (past participle)(Objek) + were being + (past participle)You, pluralPast Continuous tensePasif

No comments: