Kadang-kadang kita ingin berkata 'kereta saya sedang dibaiki'. Maksudnya ialah hal itu sedang berlaku pada masa sekarang tapi dinyatakan dalam bentuk 'pasif'.
Dalam Bahasa Inggeris, ada beberapa kombinasi perkataan yang bermaksud 'sedang di...' (bentuk 'pasif') :
'Am being' + ('past participle').
'Is being' + ('past participle').
'Are being' + ('past participle').
Kombinasi perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'am being' + ('past participle').
2. (Objek) + 'is being' + ('past participle').
3. (Objek) + 'are being' + ('past participle').
Struktur 'am being' + ('past participle') digunakan bagi objek 'I' sahaja dan masa 'Present Continuous tense'.
Struktur 'is being' + ('past participle') digunakan bagi objek 'Singular' dan masa 'Present Continuous tense'.
Struktur 'are being' + ('past participle') digunakan bagi objek 'You, plural' dan masa 'Present Continuous tense'.
'Past participle' digunakan untuk menunjukkan bentuk 'pasif' (selain daripada menunjukkan 'Perfect tense').
1. Struktur : (Objek) + 'am being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - perbuatan pasif itu sedang dilakukan pada satu ketika pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Massage | Urut | I am being massaged | Saya sedang diurut |
Treat | Layan | I am being treated like a joker in a circus | Saya sedang dilayan seperti pelawak dalam sarkis |
Bully | Buli | I am being bullied | Saya sedang dibuli |
Sue | Saman | I am being sued for credit card debt | Saya sedang disaman kerana hutang kad kredit |
Stalk | Ekori | I am being stalked by someone | Saya sedang diekori oleh seseorang |
Perhatian :
- 1. Dalam contoh-contoh diatas, walaupun masa perbuatan tidak dinyatakan tetapi apabila 'am being' digunakan maka dengan sendirinya bermakna perbuatan itu sedang berlangsung pada masa sekarang.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' sering disenyapkan walaupun penutur bermaksud demikian. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'am' tidak boleh disenyapkan.
- 3. Jangan keliru antara ejaan 'massage' (urut) dengan 'message' (pesan).
2. Struktur : (Objek) + 'is being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.'
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - perbuatan pasif itu sedang dilakukan pada satu ketika pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Massage | Urut | He is being massaged | Dia sedang diurut |
Bath | Mandi | The baby is being bathed | Bayi itu sedang dimandikan |
Torture | Seksa | She is being tortured | Dia sedang diseksa |
Drag | Seret | It is being dragged | Ia sedang diseret |
Teach | Ajar | John is being taught | John sedang diajar |
Eat | Makan | The frog is being eaten by the snake | Katak itu sedang dimakan oleh ular |
Swallow | Telan | The frog is being swallowed by the snake | Katak itu sedang ditelan oleh ular |
Show | Tayang | The match is being shown on TV | Perlawanan itu sedang ditayangkan di TV |
Drink | Minum | Your favourite drink is being drunk by Ali | Minuman kegemaran awak sedang diminum oleh Ali |
Walk | Jalan | The patient is being walked down the stairs | Pesakit itu sedang dituntun menuruni tangga |
Read | Baca | The speech is being read by his assistant | Ucapannya sedang dibacakan oleh pembantunya |
Cook | Masak | The food is being cooked by the cook | Makanan sedang dimasak oleh tukang masak |
Study | Belajar | The report is being studied by the manager | Laporan itu sedang dikaji oleh pengurus |
Play | Main | The final match is being played | Perlawanan akhir sedang dimainkan |
Build | Bina | The largest stadium is being built | Stadium terbesar sedang dibina |
Broadcast | Pancar | The news is being broadcasted | Berita sedang dipancarkan |
Draft | Deraf | The agreement is being drafted | Perjanjian sedang dideraf |
Use | Guna | English is being used as 2nd language | Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa kedua |
Do | Buat | Work is being done here | Kerja sedang dibuat di sini |
Perhatian :
- Dalam contoh-contoh diatas, walaupun masa perbuatan tidak dinyatakan tetapi apabila perkataan 'is being' digunakan maka dengan sendirinya bermakna perbuatan itu sedang berlangsung pada masa sekarang.
3. Struktur : (Objek) + 'are being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - perbuatan pasif itu sedang dilakukan pada satu ketika pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Cheat | Tipu | They are being cheated | Mereka sedang dikelentong |
Play | Main | You are being played | Awak sedang dipermainkan |
Lecture | Syarah | We are being lectured | Kami sedang diberi syarahan |
Tell | Beritahu | They are being told | Mereka sedang diberitahu |
Prosecute | Hukum | The pupils are being prosecuted | Murid-murid itu sedang dihukum |
Treat | Layan | We are being treated like school-children | Kami dilayan seperti budak sekolah |
Miss | Rindu | You are being missed | Awak (sedang) dirindui |
Put | Letak | The goods are being put there | Barang-barang itu sedang diletak di sana |
Perhatian :
- Dalam contoh-contoh diatas, walaupun masa perbuatan tidak dinyatakan tetapi apabila perkataan 'are being' digunakan maka dengan sendirinya bermakna perbuatan itu sedang berlangsung pada masa sekarang.
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Am being + (past participle) | (Objek) + am being + (past participle) | I | Present Continuous tense | Pasif |
Is being + (past participle) | (Objek) + is being + (past participle) | Singular | Present Continuous tense | Pasif |
Are being + (past participle) | (Objek) + are being + (past participle) | You, plural | Present Continuous tense | Pasif |
No comments:
Post a Comment