Friday, October 21, 2011

538. Membezakan 'much', 'many'

Membezakan 'many', 'much'

Kedua-dua perkataan Inggeris 'much' dan 'many' bermakna banyak, bezanya ialah :

EnglishMelayu
MuchBanyak (untuk benda yang tidak boleh dibilang, biasanya cairan, air, angin, gas dsb.)
ManyBanyak (untuk benda yang boleh dibilang, biasanya benda pejal). Bilangan bekas yang mengandungi cairan juga boleh dibilang, seperti tiga botol air, kereta.

Contoh :

EnglishMelayu
Much waterBanyak air
Many ballsBanyak bola

EnglishMelayu
Too much waterTerlalu banyak air
Too many pupilsTerlalu ramai murid

EnglishMelayu
So much bloodBanyaknya darah
So many studentsRamainya pelajar

EnglishMelayu
You are too muchAwak melampau
You are too many(Salah)

EnglishMelayu
Thank you very muchTerima kasih banyak-banyak
Thank you very many(Salah)

EnglishMelayu
You put too much sugarAwak taruh terlalu banyak gula
Too many people in the hallTerlalu ramai orang dalam dewan itu

'How much' bermakna berapa banyak tapi digunakan bagi item yang tidak boleh dibilang.

EnglishMelayu
How much milk is left ?Berapa banyak susu yang tinggal ?
How much was the book ?Berapa harga buku itu ?
How much money do you have ?Berapa banyak wang yang awak ada ?

'How many' juga bermakna berapa banyak / berapa ramai tapi digunakan untuk item yang boleh dibilang.

EnglishMelayu
How many pairs of shoes do you have ?Berapa banyak pasang kasut yang awak ada ?
How many times have you eaten there ?Sudah berapa kali awak makan disitu ?
How many children are in the playground ?Berapa ramai kanak-kanak di padang permainan sekarang ?

No comments: