Friday, October 21, 2011

533. Membezakan 'are you', 'do you'

Membezakan 'are you' dan 'do you'

Kedua-dua 'are you' dan 'do you' adalah bentuk 'soalan'.

Contoh :

Are you happy ?
Do you want this ?


Kedua-duanya bermakna adakah ?.

'Do you' digunakan jika hal yang ditanya itu berupa perbuatan lazim ('verb') dimasa sekarang.

'Are you' digunakan jika hal yang ditanya itu berupa selain dari perbuatan lazim contohnya keadaan, ciri, sifat, perasaan ('non-verb') bagi masa sekarang.

Contoh penggunaan :

EnglishMelayuCatitan
Are you crazy ?Awak gila ke ?(Betul - 'crazy' adalah 'non-verb')
Do you crazy ?(Salah)(Kecuali 'you' memang 'crazy')
Do you live here ?Adakah awak tinggal disini ?(Betul - 'live' adalah 'verb')
Are you live here ?(Salah)
Are you hungry ?Adakah awak lapar ?
Do you hungry ?(Salah)
Do you like him ?Adakah awak suka dia ?Di sini 'like' bermakna 'suka' ('verb')
Are you like him ?Adakah awak macam dia ?Di sini 'like' bermakna 'macam' atau 'seperti' ('non-verb')
Are you angry ?Adakah awak marah ?
Are you angry ?(Salah)
Are you listening ?Adakah awak sedang mendengar ?
Do you listening ?(Salah)
Are you a teacher ?Adakah awak seorang guru ?
Do you a teacher ?(Salah)
Do you teach ?Adakah awak mengajar ?
Are you teach ?(Salah)
Do you want it ?Adakah awak mahukannya ?
Are you want it ?(Salah)
Do you walk to school ?Adakah awak berjalan kaki ke sekolah ?
Are you walk to school ?(Salah)
Are you sure ?Adakah awak pasti ?
Do you sure ?(Salah)
Do you speak English ?Adakah awak boleh bercakap Inggeris ?
Are you speak English ?(Salah)

Catitan

- 1. Kedua-dua 'are' dan 'do' adalah 'present tense'.

- 2. 'Past tense' bagi 'are' ialah 'were'. Dalam bentuk soalan, 'were you ?'.

- 3. 'Past tense' bagi 'do' ialah 'did'. Dalam bentuk soalan, 'did you ?'.

- 4. Kedua-dua 'are' dan 'do' digunakan bagi objek 'plural'.

No comments: