Kadang-kadang kita mahu berkata berbentuk seperti ini : 'Apabila dia sampai, kita akan sudah menunggu dia selama sejam'. Dalam ayat ini terdapat frasa akan sudah.
Frasa akan sudah hampir-hampir tidak digunakan langsung oleh pengucap bahasa Melayu, tetapi struktur ini ujud dalam bahasa Inggeris, iaitu dalam sistem masa 'Future Perfect tense'.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan ialah :
'Will have been'.
Perkataan 'will have been' digunakan dalam struktur berikut :
1. (Objek) + 'will have been' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'will have been' + ('gerund').
Tiada 'will has been' dan 'will had been'. Semua objek, samada 'I, you, singular, plural' menggunakan 'will have been'.
1. Struktur : (Objek) + 'will have been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'will have been' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Future Perfect tense' (Akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Bukan perbuatan' ('non-verb').
English | Melayu |
I will have been a teacher for 30 years when I retire | Saya akan sudah jadi guru selama 30 tahun apabila saya bersara |
I will have been in London for six months by the time I leave | Saya akan sudah berada di London selama enam bulan pada masa saya balik |
If she brings that much, that will have been enough | Jika dia bawa sebanyak itu, ia akan sudah mencukupi |
It will have been 4 years since the last one | Ia akan sudah empat tahun sejak kali terakhir |
All top ten players will have been here in the last two years | Semua sepuluh pemain ternama dunia akan sudah berada di sini dalam tempoh dua tahun ini |
Catitan :
- Perkataan 'sudah' digunakan dalam buku ini untuk membayangkan 'tempoh masa' ('perfect tense').
2. Struktur : (Objek) + 'will have been' + ('gerund').
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'will have been' diikuti dengan ('gerund') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek('I, you, singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Future Perfect tense' (Akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Gerund' (nama perbuatan).
English (Infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English | Melayu |
Wait | Tunggu | You will have been waiting for more than two hours when her plane finally arrives | Awak akan sudah menunggu lebih dari dua jam sebelum pesawatnya akhirnya tiba |
Talk | Cakap | They will have been talking for over an hour by the time Thomas arrives | Mereka akan sudah bercakap selama sejam pada masa Thomas sampai |
Teach | Ajar | James will have been teaching at the university for more than a year by the time he leaves for Asia | James akan sudah mengajar selama lebih setahun pada masa dia pergi ke Asia |
Jog | Jog | Johan will be tired when he gets home because he will have been jogging for over an hour | Johan akan kepenatan bila sampai di rumah kerana dia sudah berjogging selama lebih sejam |
Paint | Lukis | The painter will have been painting the mural for over six months by the time it is finished | Pelukis akan sudah melukis lukisan dinding itu selama enam bulan bila ianya selesai |
Catitan :
- Perkataan 'sudah' digunakan dalam buku ini untuk membayangkan 'tempoh masa' ('perfect tense').
Ringkasan :
Bil. | Perkataan | Struktur | Objek |
1 | will have been | (objek) + will have been + (non-verb) | semua |
2 | will have been | (objek) + will have been + (gerund) | semua |
No comments:
Post a Comment