Thursday, December 29, 2011

240. Berkata 'akan sudah di(pasif)'

Berkata 'akan sudah di(pasif)'

Kadang-kadang kita mahu menyebut ayat yang mengandungi frasa akan sudah di(pasif), contohnya 'dalam dua tahun lagi, 100 buah rumah akan sudah disiapkan'. Frasa ini adalah bentuk pasif.

Dalam bahasa Inggeris, kita gunakan frasa berikut :

'Will have been'.

Frasa itu digunakan dalam struktur berikut :

(Objek) + 'will have been' + ('past participle')

Tiada 'will has been' dan 'will had been' dalam bahasa Inggeris. Semua objek ('I, you, singular, plural') menggunakan 'will have been'.



1. Struktur : (Objek) + 'will have been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'will have been' diikuti dengan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('He, she, it, this, that, I, you, we, they, these, these' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Future Perfect tense' - Tempoh masa akan datang bagi masa sekarang (Hal yang 'akan sudah' itu akan berlaku pada masa depan).
3. 'Verb' (perbuatan).

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
FinishSiapThis project will have been finished by next monthProjek ini akan sudah disiapkan menjelang bulan depan
JailPenjaraOn January 2, 2020 she will have been jailed for 60 yearsPada 2 Januari 2020 dia akan sudah dipenjarakan selama 60 tahun
BuildBinaThis house will have been built a hundred years ago a week from nowRumah ini akan sudah dibina seratus tahun dahulu seminggu dari sekarang
ReceiveTerimaThe bank transfer order will have been received by late afternoonArahan pindahan wang akan sudah diterima menjelang lewat tengahari
DigitizeDigitalkanBy this time next year, this film will have been digitizedMenjelang waktu ini tahun hadapan, filem ini akan sudah didigitalkan
MarryKahwinOn January 2, 2020 they will have been married for 60 yearsPada 2 Januari 2020 mereka akan sudah berkahwin selama 60 tahun
BuildBinaThese houses will have been built a hundred years ago a week from nowRumah-rumah ini akan sudah dibina seratus tahun dahulu seminggu dari sekarang
ReceiveTerimaThe bank transfer orders will have been received by late afternoonArahan-arahan pindahan wang akan sudah diterima menjelang lewat tengahari
DigitizeDigitalkanBy this time next year, all the classic films will have been digitizedMenjelang waktu ini tahun hadapan, semua filem-filem klasik akan sudah didigitalkan

Catitan :

- 1. Perkataan 'sudah' digunakan dalam buku ini untuk membayangkan 'tempoh masa' ('perfect tense').
- 2. Kombinasi 'been + (past participle)' menerbitkan bentuk 'pasif' bagi 'perfect tense'.

Ringkasan :

Bil.PerkataanStrukturObjekCatitan
1will have been(objek) + will have been + (past participle)semua -
2will has been - - Tiada struktur ini
3will had been - - Tiada struktur ini

No comments: