Frasa Inggeris 'had been' bermakna 'sudah'. Frasa 'had not been' bererti 'belum'.
'Had been', 'had not been' digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek ('singular', I, you, 'plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) : 'Had been' dan 'had not been' digunakan bagi menunjukkan keadaan atau fakta atau sikap (bukannya 'perbuatan') dalam satu tempoh masa yang telah lepas.
Berikut ialah beberapa struktur dimana 'had been' dsb digunakan. Kesannya 'had been' boleh menjadi pelbagai makna dalam bahasa Melayu.
1. Dalam bentuk 'aktif' : (Objek) + 'had been' + ('non-verb').
2. Dalam bentuk 'aktif' : (Objek) + 'had been' + ('gerund').
3. Dalam bentuk 'pasif' : (Objek) + 'had been' + ('past participle').
4. Dalam bentuk 'negatif' : (Objek) + 'had not been' + ('non-verb').
5. Dalam bentuk 'negatif' : (Objek) + 'had not been' + ('gerund').
6. Dalam bentuk 'pasif' : (Objek) + 'had not been' + ('past participle').
7. Dalam bentuk 'soalan aktif' : 'Had' + (objek) + 'been' + ('non-verb').
8. Dalam bentuk 'soalan aktif' : 'Had' + (objek) + 'been' + ('gerund').
9. Dalam bentuk 'soalan pasif' : 'Had' + (objek) + 'been' + ('past participle').
10. Dalam bentuk 'soalan negatif' : 'Had not' + (objek) + 'been' + ('non-verb').
11. Dalam bentuk 'soalan negatif' : 'Had not' + (objek) + 'been' + ('gerund').
12. Dalam bentuk 'soalan negatif' : 'Had not' + (objek) + 'been' + ('past participle').
1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'had been' + ('non-verb').
Ini adalah satu bentuk aktif.
Dalam bentuk 'aktif', frasa 'had been' bererti lebihkurang 'sudah' (bagi tempoh masa lepas).
English | Melayu |
Tom had been a good doctor before he started losing his memory | Tom merupakan seorang doktor yang bagus sebelum dia mula kehilangan ingatannya |
I had been a teacher for 10 years before this | Saya adalah seorang guru selama 10 tahun sebelum ini |
Before I learned English, I had been able to speak only Malay | Sebelum saya belajar Inggeris, saya boleh berbahasa Melayu sahaja |
If I had been Liverpool manager, I would have done things differently | Kalaulah saya jadi pengurus Liverpool, saya akan bekerja dengan cara yang berbeza |
You had been 2 years away from home in 1998 and 1999 | Awak sudah 2 tahun tidak berada di rumah iaitu pada 1998 dan 1999 |
I wish it had been a dream | Saya harap itu hanyalah satu mimpi |
We had been here one time | Kami pernah berada disini satu kali |
2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'had been' + ('gerund').
Ini adalah satu bentuk aktif.
Aktif bagi 'had been' ialah juga 'had been ('gerund').
English | Melayu |
The company had been giving him the opportunity to study | Syarikat itu sudah memberi dia peluang untuk belajar |
The police had been monitoring the movement of the robber | Pihak polis sudah memerhati pergerakan perompak itu|
The organiser had been cancelling the program | Pihak penganjur sudah membatalkan program itu |
The army had been using that type of bomb | Pihak tentera sudah menggunakan jenis bom seperti itu |
The police had been catching Johan | Pihak polis sudah menangkap Johan |
Catitan :
- 'Had been' sesuai dimaksudkan sebagai 'sudah' (bagi tempoh masa lepas).
- Kombinasi 'been + ('gerund')' bermakna 'sudah (nama perbuatan)'.
- 'Had been' digunakan oleh semua objek (I, you, 'singular', 'plural').
3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'had' + 'been' + ('past participle').
Ini adalah satu bentuk pasif.
Negatif bagi 'had been' ialah 'had not been' atau ringkasnya 'hadn't been'.
Dalam bentuk 'pasif', frasa 'had been ('past participle)' bererti lebihkurang 'belum di(pasif)' (bagi tempoh masa lepas).
English | Melayu |
You had been given the luxury to study | Awak sudah diberi peluang untuk belajar |
The robber had been caught | Perompak itu sudah ditangkap |
The program had been cancelled | Program itu sudah dibatalkan |
That type of bomb had been used | Bom jenis itu sudah digunakan |
Johan had been found alive | Johan sudah dijumpai selamat |
4. Struktur penggunaan : (Objek) + 'had not been' + ('non-verb').
Ini adalah satu bentuk negatif.
Dalam bentuk 'negatif', frasa 'had not been' bererti lebihkurang 'belum' atau 'bukan' (bagi tempoh masa lepas).
English | Melayu |
Tom had not been a good doctor before he started losing his memory | Tom belum merupakan seorang doktor yang bagus sebelum dia mula kehilangan ingatannya |
I had not been a teacher for 10 years before this | Saya belum lagi menjadi guru selama 10 tahun sebelum ini |
Before I learned English, I had not been able to speak English | Sebelum saya belajar Inggeris, saya belum boleh bercakap Inggeris |
If I had not been this club's manager, I would manage other clubs | Kalaulah saya bukan jadi pengurus kelab ini, saya akan mengurus kelab lain |
You had not been 2 years away from home | Awak belum 2 tahun tidak berada di rumah |
I wish it had not been a dream | Saya harap itu bukan satu mimpi |
We had not been here | Kami belum pernah berada disini |
5. Struktur penggunaan : (Objek) + 'had not been' + ('gerund').
Ini adalah satu bentuk negatif.
Negatif bagi 'had been (gerund)' ialah 'had not been ('gerund').
English | Melayu |
The company had not been giving him the opportunity to study | Syarikat itu belum memberi dia peluang untuk belajar |
The police had not been monitoring the movement of the robber | Pihak polis belum memerhati pergerakan perompak itu|
The organiser had not been cancelling the program | Pihak penganjur belum membatalkan program itu |
The army had not been using that type of bomb | Pihak tentera belum menggunakan jenis bom seperti itu |
The police had not been catching Johan | Pihak polis belum menangkap Johan |
Catitan :
- 'Had not been' sesuai dimaksudkan sebagai 'belum' atau 'sudah tidak' (bagi tempoh masa lepas).
- Kombinasi 'had not been + ('gerund')' bermakna 'belum (nama perbuatan)'.
- 'Had not been' digunakan oleh semua objek (I, you, 'singular', 'plural').
- 'Had not' boleh diringkaskan menjadi 'hadn't'.
6. Struktur penggunaan : (Objek) + 'had not' + 'been' + ('past participle').
Ini adalah satu bentuk negatif.
Negatif bagi 'had been' ialah 'had not been' atau ringkasnya 'hadn't been'.
Dalam bentuk 'negatif', frasa 'had not been' bererti lebihkurang 'belum' atau 'sudah tidak' (bagi tempoh masa lepas).
English | Melayu |
I find it sad that you had not been given the luxury to study | Saya sedih sebab awak tidak diberi peluang untuk belajar |
People wish that Ghaddafi had not been killed | Orang ramai berharap Ghadafi telah tidak dibunuh |
What if the program had not been cancelled ? | Macamana kalau program itu tidak dibatalkan ? |
If the Atomic Bomb had not been used... | Jika bom atom tidak pernah digunakan... |
Johan who had not been seen for 3 days is found alive | Johan yang tidak dilihat selama 3 hari telah dijumpai selamat |
7. Struktur penggunaan : 'Had' + (objek) + 'been' + ('non-verb').
Ini adalah satu bentuk soalan aktif.
Dalam bentuk 'soalan aktif', frasa 'had (objek) been' bererti lebihkurang 'adakah (objek) sudah'.
English | Melayu | |
Had she been your foster sister ? | Adakah dia adik angkat awak ? | |
Had they been there ? | Adakah mereka sudah berada disana ? | |
Had that been rude of me ? | Adakah itu bermakna saya sudah bersikap kasar ? | |
Had they been busy last semester ? | Adakah mereka sibuk pada semester lepas ? | |
Had the questions been difficult ? | Adakah soalan-soalan itu susah ? | |
Had you been a soldier ? | Adakah anda dulu seorang askar ? |
Catitan :
- Perkataan 'had' digunakan bagi satu tempoh masa pada masa lepas ('Past Perfect tense') walapun ia tidak dinyatakan dalam terjemahan bahasa Melayu.
8. Struktur penggunaan : 'Had' + (objek) + 'been' + ('gerund').
Ini adalah satu bentuk soalan aktif.
Aktif bagi 'had (objek) been' ialah juga 'had (objek) been ('gerund').
English | Melayu |
Had the company been giving him the opportunity to study ? | Adakah syarikat itu sudah memberi dia peluang untuk belajar ? |
Had the police been monitoring the movement of the robber ? | Adakah pihak polis sudah memerhati pergerakan perompak itu ?|
Had the organiser been cancelling the program ? | Adakah pihak penganjur sudah membatalkan program itu ? |
Had the army been using that type of bomb ? | Adakah pihak tentera sudah menggunakan jenis bom seperti itu ? |
Had the police been catching Johan ? | Adakah pihak polis sudah menangkap Johan ? |
Catitan :
- 'Had (objek) been' sesuai dimaksudkan sebagai 'adakah (objek) sudah' (bagi tempoh masa lepas).
- Kombinasi 'been + ('gerund')' bermakna 'sudah (nama perbuatan)'.
- 'Had (objek) been' digunakan oleh semua objek (I, you, 'singular', 'plural').
9. Struktur penggunaan : 'Had' + (objek) + 'been' + ('past participle').
Ini adalah satu bentuk soalan pasif.
Soalan pasif bagi 'had (objek) been' ialah 'had (objek) been ('past participle').
Dalam bentuk 'soalan pasif', frasa 'had (objek) been ('past participle)' bererti lebihkurang 'adakah (objek) ada di(pasif)' atau 'adakah (objek) sudah di(pasif)' (bagi tempoh masa lepas).
English | Melayu |
Had you been given the luxury to study ? | Adakah awak ada diberi peluang untuk belajar ? |
Had the robber been caught ? | Adakah perompak itu sudah ditangkap ? |
Had the program been cancelled ? | Adakah program itu sudah dibatalkan ? |
Had that type of bomb been used ? | Adakah bom jenis itu ada digunakan ? |
Had Johan been found ? | Adakah Johan sudah dijumpai ? |
10. Struktur penggunaan : 'Had not' + (objek) + 'been' + ('non-verb').
Ini adalah satu bentuk soalan negatif.
Dalam bentuk 'soalan negatif', frasa 'had not (objek) been' bererti lebihkurang 'adakah (objek) belum'.
English | Melayu |
Had not she been your foster sister ? | Bukankah dia adik angkat awak ? |
Had not they been there ? | Bukankah mereka telah berada disana ? |
Had not that been rude of me ? | Bukankah ini bermakna saya telah bersikap kasar tadi ? |
Had not they been busy last semester ? | Bukankah mereka sibuk pada semester lepas ? |
Had not the questions been difficult ? | Bukankah soalan-soalan itu susah ? |
Had not you been a Roman soldier ? | Bukankah awak dulu seorang askar Rom ? |
11. Struktur penggunaan : 'Had not' + (objek) + 'been' + ('gerund').
Ini adalah satu bentuk soalan negatif.
Soalan negatif bagi 'had (objek) been (gerund)' ialah 'had not (objek) been ('gerund').
English | Melayu |
Had not the company been giving him the opportunity to study ? | Adakah syarikat itu belum memberi dia peluang untuk belajar ? |
Had not the police been monitoring the movement of the robber ? | Adakah pihak polis belum memerhati pergerakan perompak itu ?|
Had not the organiser been cancelling the program ? | Adakah pihak penganjur belum membatalkan program itu ? |
Had not the army been using that type of bomb ? | Adakah pihak tentera belum menggunakan jenis bom seperti itu ? |
Had not the police been catching Johan ? | Adakah pihak polis belum menangkap Johan ? |
Catitan :
- 'Had not (objek) been' sesuai dimaksudkan sebagai 'adakah (objek) belum' atau 'adakah (objek) sudah tidak' (kedua-duanya bagi tempoh masa lepas).
- Kombinasi 'had not (objek) been + ('gerund')' bermakna 'adakah (objek) belum (nama perbuatan)'.
- 'Had not (objek) been' digunakan oleh semua objek (I, you, 'singular', 'plural').
- 'Had not' boleh diringkaskan menjadi 'hadn't'.
12. Struktur penggunaan : 'Had not' + (objek) + 'been' + ('past participle').
Ini adalah satu bentuk soalan negatif pasif.
Soalan negatif pasif bagi 'had (objek) been' ialah 'had not (objek) been ('past participle').
Dalam bentuk 'soalan negatif pasif', frasa 'had not (objek) been ('past participle)' bererti lebihkurang 'adakah (objek) tidak ada di(pasif)' atau 'adakah (objek) sudah tidak di(pasif)' atau 'adakah (objek) belum di(pasif)'(ketiga-tiganya bagi tempoh masa lepas).
English | Melayu |
Had not you been given the luxury to study ? | Adakah awak tidak ada diberi peluang untuk belajar ? |
Had not the robber been caught ? | Adakah perompak itu belum ditangkap ? |
Had not the program been cancelled ? | Adakah program itu belum dibatalkan ? |
Had not that type of bomb been used ? | Adakah bom jenis itu tidak ada digunakan ? |
Had not Johan been found ? | Adakah Johan belum dijumpai ? |
Ringkasan :
English |
I had been (non-verb). |
You had been (non-verb). |
She had been (non-verb). |
He had been (non-verb). |
We had been (non-verb). |
They had been (non-verb). |
It had been (non-verb). |
The teachers had been (non-verb). |
. |
I had been (gerund). |
You had been (gerund). |
She had been (gerund). |
He had been (gerund). |
We had been (gerund). |
They had been (gerund). |
It had been (gerund). |
The teachers had been (gerund). |
. |
I had been (past participle). |
You had been (past participle). |
She had been (past participle). |
He had been (past participle). |
We had been (past participle). |
They had been (past participle). |
It had been (past participle). |
The teachers had been (past participle). |
. |
I had not been (non-verb). |
You had not been (non-verb). |
She had not been (non-verb). |
He had not been (non-verb). |
We had not been (non-verb). |
They had not been (non-verb). |
It had not been (non-verb). |
The teachers had not been (non-verb). |
. |
I had not been (gerund). |
You had not been (gerund). |
She had not been (gerund). |
He had not been (gerund). |
We had not been (gerund). |
They had not been (gerund). |
It had not been (gerund). |
The teachers had not been (gerund). |
. |
I had not been (past participle). |
You had not been (past participle). |
She had not been (past participle). |
He had not been (past participle). |
We had not been (past participle). |
They had not been (past participle). |
It had not been (past participle). |
The teachers had not been (past participle). |
. |
1 comment:
Alhamdulillah..sangat membantu
Post a Comment