Friday, December 30, 2011

232. Berkata 'telah tidak di(pasif)' (dulu)

Berkata 'telah tidak di(pasif)' (dulu)

Kadang-kadang kita mahu berkata bahawa sesuatu perkara itu telah tidak (negatif) dibuat pada satu ketika pada masa yang lalu dan dalam bentuk 'passive' (pasif). Contohnya 'kotak itu telah tidak dibuka pada masa itu'.

Dalam bahasa Melayu, perkataan telah biasanya digunakan untuk membayangkan sesuatu hal itu berlaku pada masa yang lalu. Bagaimanapun, seringkali perkataan telah ditinggalkan dalam ayat tanpa menjejaskan maklumat bahawa hal itu berlaku pada masa yang lalu. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'was, were' digunakan (bagi objek tertentu samada 'I, you, singular, plural') untuk membayangkan bahawa sesuatu hal itu berlaku pada masa yang lepas. Jika dalam bahasa Melayu perkataan telah boleh ditinggalkan tapi dalam bahasa Inggeris perkataan 'was, were' tidak boleh ditinggalkan.

Dalam bahasa Melayu, biasanya kita tidak menyebut telah tidak di(pasif) tapi menyebut tidak sahaja kemudian kita menyebut masa hal itu tidak berlaku untuk menunjukkan ia telah tidak berlaku pada masa berkenaan.

Dalam bahasa Inggeris, ada struktur-struktur khas yang digunakan untuk menyatakan bahawa hal tidak itu telah berlaku pada masa lalu. Struktur-struktur itu ialah :

1. (Objek) + 'was not' + ('past participle').
2. (Objek) + 'were not' + ('past participle').



1. Struktur : (Objek) + 'was not' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'was not' diikuti dengan ('past participle' tertentu.

'Was not' boleh diringkaskan menjadi 'wasn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu).
3. Bentuk : Negatif dan pasif.
4. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
BornLahirJohn was not born in 2001 but in 2002John tidak dilahirkan pada 2001 tapi pada 2002
FindJumpaThe cat was not found in May but in JuneKucing itu telah tidak ditemui pada bulan Mei tapi pada bulan Jun
AskSuruhI was not asked to buy sugarSaya telah tidak disuruh beli gula
RequireMintaHe was not required to fill a formDia telah tidak diminta mengisi satu borang
ChaseKejarIt was not chased by his dogIa telah tidak dikejar oleh anjing dia
TeachAjarAli was not taught to shootAli telah tidak diajar untuk menembak
FloodBanjirOur area was not floodedKawasan kami telah tidak dibanjiri
RxpectJangkaThe attack was not expectedSerangan itu telah tidak dijangka
JailPenjaraThe robber was not jailedPerompak itu telah tidak dipenjara

Catitan :

- 1. Perkataan Inggeris 'not' menunjukkan 'negatif'.
- 2. Perkataan ('past participle') digunakan dalam bentuk 'pasif'.
- 3. Perhatikan susunan terbalik : 'was not + ('past participle')' bukan 'was + ('past participle') + not'.
- 4. Dalam struktur ini, perkataan 'was not' bermaksud 'tidak di'.
- 5. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' biasa disenyapkan.

2. Struktur : (Objek) + 'were not' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'were not' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

'Were not' sering diringkaskan menjadi 'weren't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu).
3. Bentuk : Negatif dan pasif.
4. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
AllowBenarkanThey were not allowed to enterMereka telah tidak dibenarkan masuk
GlueGamThe papers were not glued before sent outKertas-kertas itu telah tidak digam sebelum dihantar
ReleaseLepaskanDue to poor sales, further volumes were not releasedDisebabkan jualan yang lembab, barang-barang berikutnya telah tidak dilepaskan
TreatLayanDuring the study period, 300 patients were not treated at the time of their visitDalam tempoh penyelidikan, 300 pesakit telah tidak dilayan semasa lawatan mereka
AllowBenarkanThey were not allowed to enter the hall for the meetingMereka telah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk menghadiri mesyuarat itu
ReceiveTerimaMost of the books were not received on timeKebanyakan buku-buku itu telah tidak diterima pada masanya
OrderPesanThe items were not ordered so they were returnedBarang-barang itu telah tidak di pesan jadi mereka telah dipulangkan

Catitan :

- 1. Perkataan Inggeris 'not' menunjukkan 'negatif'.
- 2. Perkataan ('past participle') tertentu digunakan dalam bentuk 'pasif'.
- 3. Perhatikan susunan terbalik : 'were not + ('past participle')' bukan 'were + ('past participle') + not'.
- 4. Dalam struktur ini, perkataan 'were not' bermaksud 'tidak di'.
- 5. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' biasa disenyapkan.

Ringkasan :

PerkataanObjekMasa ('Tense')Jenis
Was not + ('past participle')I, SingularDahulu ('Past tense')Verb
Were not + ('past participle')You, PluralDahulu ('Past tense')Verb

No comments: