Friday, December 30, 2011

231. Berkata 'sudah tidak' (dulu)

Berkata 'sudah tidak' (dulu)

Kadang-kadang kita mahu berkata 'saya sudah tidak makan selama 2 hari'. Ayat ini mengandungi frasa sudah tidak.

Frasa sudah tidak digunakan untuk membawa maksud bahawa ada hal yang sudah tidak berlaku pada satu tempoh masa yang lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan untuk membawa maksud sudah tidak ialah :

'Had not'.
'Had not been'.

Perkataan/frasa tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'had not' + ('past participle').
2. (Objek) + 'had not been' + ('present participle').



1. Struktur : (Objek) + 'had not' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had not' diikuti oleh ('past participle') tertentu.

'Had not' biasa diringkaskan menjadi 'hadn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek iaitu 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : Past Perfect tense (dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).

English (verb)MelayuEnglish (past participle)Melayu
EatMakanI wish I had not eaten that pieSaya harap saya sudah tidak makan kuih itu
SeeNampakI had not seen him in over 20 yearsSaya sudah tidak melihat dia selama lebih 20 tahun
GiveBeriWe had not given a chance to himKami sudah tidak memberi peluang kepada dia
DoBuatLooking back, I really wish I hadn't done thatMenoleh ke belakang, saya berharap saya sudah tidak melakukan hal itu
ExpectJangkaIn last June I hadn't expected that it would end like thisPada Jun lepas saya sudah tidak menjangka ia akan berakhir seperti ini
ReadBacaIf I hadn't read it I wouldn't believe itKalau saya sudah tidak membacanya, saya tidak akan mempercayainya

2. Struktur : (Objek) + 'had not been' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had not been' diikuti oleh ('present participle') tertentu.

'Had not' ringkasnya ialah 'hadn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek iaitu 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect Continuous tense' (Sedang berlaku pada tempoh dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).

Catitan : 'Past Perfect Continuous (Progressive) Tense' ('Past' = telah lepas, 'Perfect' = telah selesai, 'Continuous' = sedang berlaku).

English (verb)MelayuEnglish (present participle)Melayu
RainHujanIf it had not been raining just now, we would have gone to the parkJika sudah tidak hujan tadi, kami akan sudah pergi ke taman
WorkKerjaHe said he wasn't tired because he had not been working that dayDia telah berkata dia tak penat sebab dia sudah tidak bekerja pada hari itu
StudyBelajarI had not been studying all night, so I have problems with this test nowSaya sudah tidak belajar sepanjang malam, jadi saya menghadapi masalah dengan ujian sekarang ini
RunBergerakMy car engine had not been running well for long time, so it broken down just nowEnjin kereta saya sudah tidak berjalan baik untuk masa yang lama, jadi ia rosak terus pagi tadi
SingNyanyiHe had not been singing for years, so he refused when asked to singDia sudah tidak menyanyi bertahun-tahun, jadi dia menolak bila disuruh menyanyi
ConsiderBeri perhatianSo far no news about my proposal as if he had not been considering itSehingga kini tiada berita tentang cadangan saya seolah-olah dia sudah tidak memberi perhatian terhadapnya
FeelRasaMatt had not been feeling well since arrived from Tokyo so he checked into hospital immediatelyMatt sudah tidak berasa sihat sejak sampai dari Tokyo, jadi dia mendaftar masuk hospital dengan segera
WriteTulisBefore she start to draw cartoons, she had not been writing stories for 3 yearsSebelum dia melukis kartun, dia sudah tidak menulis cerita selama 3 tahun

Ringkasan :

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Had not + ('past participle')(Objek) + had not + ('past participle')SemuaPast Perfect tenseNegatif
Had not been + ('present participle')(Objek) + had not been + ('present participle')SemuaPast Perfect Continuous tenseNegatif

No comments: