Wednesday, December 28, 2011

303. Berkata 'terpaksa', 'mesti' (sekarang)

Berkata 'terpaksa, mesti' (sekarang)

Perkataan Inggeris berikut bermaksud terpaksa atau mesti, dimana keadaan terpaksa atau mesti itu ujud pada masa sekarang :

1. 'Must'.
2. 'Has to'.
3. 'Have to'.

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'must' + ('verb').
2. (Objek) + 'has to' + ('verb').
3. (Objek) + 'have to' + ('verb').

Perkataan 'must' digunakan kepada masa sekarang ('present tense') dan semua objek.
Perkataan 'has to' digunakan bagi masa sekarang ('present tense') dan objek 'singular'.
Perkataan 'have to' digunakan bagi masa sekarang ('present tense') dan objek 'I, you, plural'.



1. Struktur : (objek) + 'must' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'must' diikuti ('verb') tertentu.

'Must' boleh menggantikan 'has to' dan 'have to' tapi boleh digunakan bagi semua objek dan masa sekarang.

'Must' digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, you, we, they, these, those, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan 'terpaksa' itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

'Verb'EnglishMelayu
GoI must go to bed earlierSaya mesti masuk tidur lebih awal
DoThey must do something about itMereka mesti berbuat sesuatu berkenaan hal itu
TakeYou must take some medicine for that coughAwak mesti ambil ubat untuk batuk seperti itu
TakeHe must take some time off and get some restDia mesti ambil masa bercuti dan dapatkan rehat
HaveWe must have a ticket to enter the stadiumKita mesti ada tiket untuk masuk stadium

Catitan :

- 'Verb' harus sentiasa dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar) selepas perkataan 'must'.

2. Struktur : (Objek) + 'has to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has to' diikuti ('verb') tertentu.

'Has to' digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan 'terpaksa' itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

'Verb'EnglishMelayu
GoHe has to go nowDia terpaksa pergi sekarang
CookShe has to cook immediatelyDia terpaksa memasak dengan segera
GoThe debate has to go onPerdebatan itu terpaksa diteruskan
StayHe has to stay one more dayDia terpaksa tinggal satu hari lagi
DecideThe minister has to decide fastMenteri terpaksa membuat keputusan dengan segera
DeliverThe government has to deliver on the promisesKerajaan mesti menunaikan janjinya

Catitan :

- 'Verb' selepas perkataan 'must' harus dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).

3. Struktur : (Objek) + 'have to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have to' diikuti ('verb') tertentu.

'Have to' digunakan bagi :

1. Objek : 'I, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Keadaan terpaksa itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

'Verb'EnglishMelayu
GoI have to go nowSaya terpaksa pergi sekarang
StopWe have to stop training nowKita terpaksa berhenti berlatih sekarang
VoteDo I have to vote? Adakah saya terpaksa mengundi?
LeaveThey have to leave earlyMereka mesti bertolak awal
GiveWe have to give him our answer todayKita mesti beri dia jawapan hari ini
PassYou have to pass your examAwak harus lulus peperiksaan awak

Catitan :

- 'Verb' selepas perkataan 'must' harus dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Must(Objek) + must + ('verb')SemuaPresent tenseAktif
Has to(Objek) + has to + ('verb')SingularPresent tenseAktif
Have to(Objek) + have to + ('verb')I, you, pluralPresent tenseAktif

No comments: