Perkataan Inggeris 'for' boleh digunakan dalam beberapa cara yang memberi makna yang berbeza.
1. 'For' boleh bermakna bagi.
2. 'For' boleh bermakna untuk.
3. 'For example' boleh bermakna sebagai contoh atau contohnya atau seperti.
4. 'For' boleh bermakna kerana.
5. 'For' boleh bermakna disebabkan, oleh kerana.
6. 'For' boleh bermakna selama.
7. 'For' boleh bermakna sejauh.
8. 'For' boleh bermakna ke.
9. 'For' boleh bermakna pada.
10.'For' boleh bermakna di.
11.'For' boleh bermakna dengan harga.
12.'For' boleh bermakna sokong, menyokong, setuju, suka.
13.'For' boleh bermakna kepada, terhadap, dengan.
1. 'For' boleh bermakna bagi.
English | Melayu |
For me | Bagi saya |
For me, it is a small matter | Bagi saya, itu hal kecil |
Good for you | Bagus bagi awak |
Living conditions for most of the citizens are very bad | Keadaan kehidupan bagi kebanyakan rakyat adalah sangat buruk |
For me personally, it was a complete disaster | Bagi saya secara peribadi, ia adalah satu kecelakaan yang lengkap |
She sings amazingly well for a child | Dia menyanyi dengan cukup baik bagi seorang budak |
It’s awfully expensive for a child’s toy | Ia sangat mahal bagi satu permainan kanak-kanak |
2. 'For' boleh bermakna untuk.
English | Melayu |
For what ? | Untuk apa ? |
Q : May I borrow your trousers ? A : For what ? | S : Boleh saya pinjam seluar awak ? J : Untuk apa ? |
For this purpose... | Untuk tujuan ini... |
For a while the enemy hesitated to renew the attack | Untuk seketika pihak musuh ragu-ragu untuk memperbaharui serangan |
I work for Uncle Johan on his ranch | Saya kerja untuk Pak Cik Johan di kebunnya |
3. 'For example' boleh bermakna sebagai contoh atau contohnya atau seperti.
English | Melayu |
For example | Contohnya, sebagai contoh |
When I visit Korea, I want to go to many cities, for example, Seoul and Taegu | Bila saya melawat Korea, saya mahu pergi ke bandar-bandar, contohnya Seoul dan Taegu |
I can play quite a few musical instruments, for example, the flute, the guitar, and the piano | Saya boleh bermain beberapa alat muzik, contohnya serunai, gitar dan piano |
Car companies, for example, Toyota and Ford manufacture their automobiles in many different countries around the world | Syarikat-syarikat kereta contohnya Toyota dan Ford membuat kereta mereka di banyak negara di seluruh dunia |
When I go camping, I bring lots of things, for example, a fishing rod, matches, and a sleeping bag | Kalau saya pergi berkhemah, saya bawa banyak barang, contohnya joran, macis dan beg tidur |
When I visit Korea, I want to go to many cities, such as Seoul and Taegu | Apabila saya melawat Korea, saya pergi ke banyak bandar, contohnya Seoul dan Taegu |
Catitan :
- 'For example' boleh diganti dengan 'for instance', 'such as' dan 'e.g.'.
4. 'For' boleh bermakna kerana.
English | Melayu |
I thank you for coming | Saya berterimakasih kerana sudi datang |
He works for money | Dia kerja kerana wang |
Thank you for inviting me | Terima kasih kerana menjemput says |
I was tired after my journey, for I had been forced to bike 20 miles | Saya penat selepas perjalanan, kerana saya terpaksa berbasikal sejauh 20 batu |
She began to grow nervous, for Ali had promised to meet her at dawn | Dia mula resah, kerana Ali telah berjanji menemuinya pada waktu petang |
5. 'For' boleh bermakna disebabkan, oleh kerana.
English | Melayu |
For this reason | Disebabkan hal ini |
There was a crash at the intersection. For this reason, we were late to school. | Terdapat kemalangan di simpang. Disebabkan hal ini, kami lambat ke sekolah |
He was sick for lack of food | Dia sakit kerana kurang makanan |
He looks better for having lost weight | Dia nampaknya lebih baik disebabkan mengurangi berat badan |
6. 'For' boleh bermakna selama.
English | Melayu |
He worked for three days | Dia berkerja selama tiga hari |
He was jailed for three days by mistake | Dia telah dipenjara selama tiga hari kerana kesilapan |
I've waited at that station for five hours | Saya sudah menunggu di stesen itu selama lima jam |
He had been taking care of her for nearly a year now | Dia sudah nenjaganya selama hampir setahun sekarang |
I've lived here for three years | Saya sudah tinggal di sini selama tiga tahun |
They fought for days over a pencil | Mereka bergaduh selama berhari-hari kerana pensil itu |
7. 'For' boleh bermakna sejauh.
English | Melayu |
They must have walked for at least three kilometers | Mereka tentu sudah berjalan sejauh sekurang-kurangnya tiga kilometer |
8. 'For' boleh bermakna ke.
English | Melayu |
Tomorrow I must start back for KL | Esok saya mesti balik ke KL |
The astronauts headed for the moon | Astronot-astronot itu menghala ke bulan |
Run for the hills | Lari ke bukit-bukit |
He was headed for the door when he remembered | Dia menuju ke pintu apabila dia ingat kembali |
9. 'For' boleh bermakna pada.
English | Melayu |
The meeting was planned for 10 o’clock | Mesyuarat itu telah dirancang pada jam 10 |
The release of her new album is scheduled for next August | Pengeluaran albumnya yang baru dijadualkan pada bulan Ogos depan |
10. 'For' boleh bermakna di.
English | Melayu |
She works for a firm of accountants | Dia berkerja di sebuah firma akauntan |
11. 'For' boleh bermakna dengan harga.
English | Melayu |
I sold my car for RM9,000 | Saya telah jual kereta saya dengan harga RM9,000 |
They bought the entire business for around RM15m | Mereka telah membeli keseluruhan perniagaan dengan harga sekitar RM15 juta |
He says he won’t fix the bike for less than RM600 | Dia kata dia tidak akan membetulkan motor itu dengan harga kurang dari RM600 |
12. 'For' boleh bermakna sokong, menyokong, setuju, suka.
English | Melayu |
Everyone says they are for equal opportunities | Setiap orang kata mereka menyokong peluang samarata |
Eight members voted for the proposal and six against | Lapan ahli mengundi menyokong cadangan itu dan enam menentang |
I’m for a picnic by the river | Saya setuju dengan berkelah di tepi sungai |
Anyone for tennis ? | Sesiapa suka tennis ? |
All those for the motion raise your hands | Semua yang setuju dengan cadangan itu sila angkat tangan |
13. 'For' boleh bermakna kepada, terhadap, dengan.
English | Melayu |
Support for the government’s reform programme has been overwhelming | Sokongan terhadap program pembaharuan kerajaan sangat meluas |
It’s clear that she has great affection for her grandchildren | Adalah jelas dia mempunyai rasa kasih yang mendalam terhadap cucu-cucunya |
I feel nothing but disgust for the whole process | Saya tidak rasa apa-apa kecuali jijik terhadap seluruh proses |
The biggest concern for most Americans was the quality of public education | Keprihatinan terbesar kepada kebanyakan orang Amerika ialah mutu pelajaran awam |
No comments:
Post a Comment